This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Sumber-Sumber di Malaysia

Menubuhkan perniagaan sendiri anda di Malaysia amat mengujakan, tetapi mampu memberi cabaran berliku sekiranya anda tidak benar-benar bersedia. Untunglah anda berada di sini yang menunjukkan anda di landasan yang tepat. Halaman ini memberikan anda petunjuk tentang apa yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa di Malaysia.

Sebelum anda mengatur langkah permulaan, pastikan anda mengikut petua-petua berikut:

1. Selidik Amalan-Amalan Perniagaan

Undang-undang dan amalan perniagaan, perbankan dan percukaian adalah berbeza dari satu negara ke satu negara. Sebelum anda memfailkan kertas kerja perniagaan di Malaysia, pelajari undang-undang dan keperluan pemerbadanan syarikat, dan selidik kadar bagi memperbadan dan memulakan perniagaan, membeli hartanah dan memulakan tugasan.

Di sini disertakan senarai penting:

 

2. Fahami Perbezaan Budaya dan Iklim Politik

Anda perlu memahami budaya dan iklim politik di Malaysia yang mampu mempengaruhi perniagaan anda. Lakukan sedikit penyelidikan bagi mengetahui budaya (daripada kekangan bahasa kepada pelbagai interaksi sosial dan trend pasaran) yang mempengaruhi produk dan perkhidmatan yang bakal anda tawarkan bagi memastikan terdapat pasaran dan permintaan untuknya. Tentu sahaja, dengan dapat membantu anda mengikuti dan memahami iklim pelaburan Malaysia dengan lebih baik.

 

3. Dapatkan Bimbingan Tempatan Berkaitan Imigresen

Berpindah ke negara lain dan memulakan perniagaan seakan idea menarik; tetapi turut menampilkan pelbagai cabaran. Sila lakukan penyelidikan, dapatkan nasihat yang boleh dipercayai dan ketahui selok-belok tentang Malaysia sebelum anda berpindah ke sini. Anda boleh meneliti informasi di laman sesawang kami:

  • Pegawai Dagang – Panduan A-Z untuk pengetahuan anda tentang segalanya (dan apa yang perlu dilakukan) berkaitan pegawai dagang.
  • Sumber Manusia dan Imigresen – Seksyen ini paling mustahak sekiranya anda mendapatkan khidmat pekerja asing atau jika anda sendiri berhijrah ke Malaysia di mana ia menyediakan panduan komprehensif berkaitan sumber manusia dan imigresen.

Jadi anda memikirkan untuk memulakan perniagaan di Malaysia? Meluaskan perniagaan anda ke Malaysia? Di sini terdapat beberapa tips bagi membantu anda bersedia, dengan menyenarai peraturan-peraturan serta ketetapan asas yang berguna untuk anda. Ingat, sedikit persediaan dan kajian dapat membantu anda menapak lebih jauh.