This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Panduan Cukai Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Diimport

Sejak pelaksanaannya pada 1 September 2018,Cukai Perkhidmatan telah dikenakan ke atas perkhidmatan bergelar “perkhidmatan bercukai”. Di bawah akta ini, mana-mana individu yang membekalkan perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai ambang yang ditentukan perlu berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Mereka akan dikenali sebagai “perseorangan berdaftar”.

Perseorangan berdaftar adalah dikehendaki mengenakan cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan bercukai yang dibekalkannya kepada pelanggan. Bagaimanapun, perkhidmatan diimport adalah juga tertakluk kepada cukai perkhidmatan, bagi mana-mana yang dikenalpasti sebagai perkhidmatan bercukai.

Panduan Cukai Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Diimport

 

Apa Maksud Perkhidmatan Yang Dikenakan Bayaran?

Terma ‘perkhidmatan dikenakan bayaran’ di dalam perkara ini adalah mana-mana perkhidmatan yang dikenalpasti sebagai perkhidmatan bercukai di bawah Perkara 8 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Jadual Pertama bagi Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018).

“Perkhidmatan Diimport Dikenakan Bayaran” pula merujuk kepada mana-mana perkhidmatan yang dikenakan bayaran di mana ia diperoleh oleh mana-mana perseorangan di Malaysia daripada perseorangan yang berada di luar Malaysia. Ini dijelaskan dalam Perkara 2, Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

 

Terma dan Syarat bagi Cukai Perkhidmatan

Perkara 7 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 telah dipinda dan diganti dengan perkara-perkara di bawah:

  • Cukai yang dikenali sebagai cukai perkhidmatan akan dikenakan dan dilevi ke atas –
    • A tax known as service tax should be imposed and levied over –
      (a) mana-mana perkhidmatan bercukai dibekalkan di Malaysia oleh perseorangan berdaftar dalam kelangsungan perniagaannya; atau
      (b) mana-mana perkhidmatan bercukai yang diimport. “

Bermula 1 Januari 2019, perkhidmatan import dikenakan bayaran akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Mana-mana perseorangan yang melakukan perniagaan di Malaysia, dan meraih pendapatan dari perkhidmatan bercukai daripada mana-mana pembekal perkhidmatan di luar Malaysia perlu membayar cukai perkhidmatan. Perkhidmatan diimport yang dikenakan bayaran adalah mana-mana perkhidmatan yang dikenali sebagai perkhidmatan bercukai dalam Jadual Pertama, Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, dan pembekal perkhidmatan luar negara memberi perkhidmatan berkaitan dengan barangan, tanah atau mana-mana perkara berkaitan Malaysia kepada mana-mana perseorangan di Malaysia.

 

Pembayaran Cukai Perkhidmatan

Bagi Nilai Bercukai dan Pengiraan Cukai, pindaan-pindaan telah dilakukan kepada sub-perkara 9 (1) di mana:

  • Dalam kes perkhidmatan diimport bercukai, nilai perkhidmatan bercukai yang diimport adalah seperti yang dijelaskan.

Nilai perkhidmatan diimport bercukai adalah seperti yang termaktub di dalam Peraturan 4A, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di mana:

  • Nilai perkhidmatan diimport bercukai adalah seperti berikut:
    • Sekiranya perkhidmatan diimport bercukai diraih oleh perseorangan di Malaysia tidak berkaitan dengan perseorangan di luar Malaysia.
    • Dalam kes bagi premium polisi insuran atau sumbangan Takaful bagi sijil Takaful, premium dan sumbangan sebenar Takaful yang dibayar, atau
    • Dalam kes cukai perkhidmatan diimport bercukai selain daripada yang dinyatakan dalam sub-perenggan (i), nilai sebenar perkhidmatan diimport bercukai, atau
    • Sekiranya perkhidmatan diimport bercukai diraih oleh perseorangan di Malaysia berkaitan perseorangan-perseorangan yang berada di luar Malaysia, nilai perkhidmatan diimport bercukai sekiranya didapati dalam perjalanan perniagaan biasa oleh perseorangan tersebut tidak berkaitan dengan perseorangan di luar Malaysia.

 

Keperluan Pembayaran Cukai oleh Perseorangan Berdaftar dengan Cukai Perkhidmatan

Menurut Perkara 26 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, mana-mana perseorangan berdaftar dengan cukai perkhidmatan perlu membayar cukai ke atas perkhidmatan diimport yang dikenakan bayaran pada masa yang ditetapkan di dalam jadual pembayaran cukai pada borang SST-02. Nilai perkhidmatan diimport yang dikenakan bayaran perlu diisytiharkan dalam perkara berasingan pada B1 bagi SST-02 dengan menggunakan kod khas.

Penyata SST-02 perlu dikemuka, dan pembayaran perlu dilakukan tidak lewat daripada tarikh terakhir dalam bulan tersebut selepas tamat tempoh pengenaan cukai. Bagi tempoh pembayaran cukai di bawah perkara 25 (3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018, penyata perlu dikemukakan dan pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh pindaan percukaian.

 

Pembayaran Cukai oleh Perseorangan Tidak Berdaftar dengan Cukai Perkhidmatan

Perkara 26A di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 menerangkan kaedah dan tanggungjawab bagi mengemuka penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan yang kena dibayar oleh mana-mana perseorangan selain perseorangan berdaftar.

Mana-mana individu yang tidak berdaftar dengan cukai perkhidmatan perlu menjelaskan cukai perkhidmatan selepas sesuatu tempoh di samping perkhidmatan diimport yang dikenakan bayaran dengan menggunakan borang SST-02A. Pembayaran boleh dilakukan secara elektronik (MySST) atau dengan menggunakan cek atau deraf bank yang dikemuka kepada Pusat Pemprosesan Kastam (Customs Processing Center) di Kelana Jaya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan penyata SST-02A.

 

Penalti ke atas Pembayaran Lewat

Pembayaran lewat bagi cukai perkhidmatan oleh mana-mana individu selepas tarikh akhir akan menyebabkan penalti dikenakan ke atas individu tersebut seperti yang diterangkan di bawah.

 

Jumlah Hari Lewat Kadar Penalti
30 Hari Pertama 10%
30 Hari Seterusnya 15%
30 Hari Berikutnya 15%

 

Tanggungjawab Perseorangan Tidak Berdaftar dengan Cukai Perkhidmatan

Selari dengan Perkara 24 (5A), Akta Cukai Perkhidmatan 2018, adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana individu tidak berdaftar di dalam menjalankan perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan diimport yang dikenakan bayaran bagi menyimpan rekod segala transaksi berkaitan. Semua rekod rekod perlu disimpan dan diselenggara bagi tempoh tujuh (7) tahun, dan disimpan di Malaysia. Kesemua rekod rekod ini perlu disimpan sama ada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.