This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Soalan Lazim Pemerbadanan Syarikat di Malaysia

PROSEDUR PEMERBADANAN

Syarikat Sendirian Berhad merupakan entiti perniagaan paling popular di Malaysia. Ia mempunyai status undang-undang berbeza dari para pemegang sahamnya. Pengarah menanggung liabiliti terhad bagi hutang dan kerugian syarikat. Selalunya syarikat memiliki perkataan “Sdn Bhd” sebagai sebahagian dari namanya.

Kelebihan Kekurangan
Para Pemegang Saham tidak menanggung hutang dan kerugian syarikat secara peribadi Syarikat perlu mengekalkan pematuhan berterusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagaimanapun, anda boleh menggunakanl khidmat kami bagi tujuan pematuhan
Faedah dari insentif cukai syarikat tempatan, pengecualian dan geran istimewa kerajaan  
Lebih menarik kepada pelabur Perlu memenuhi keperluan audit statutori tahunan
Lebih potensi berkembang – boleh menjadi syarikat awam dan mengumpul dana awam  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pemilikan Tunggal vs PLT vs Perkongsian Umum vs Syarikat. Atau, anda boleh hantarkan pertanyaan lanjut kepada kami di [email protected] dan kami akan memberi jawapan dalam tempoh 24 jam.

  1. Lengkapkan Borang Pemerbadanan Online/ Emel kami maklumat diperlukan (nama cadangan, aktiviti perniagaan utama bagi penubuhan syarikat baru, salinan kad pengenalan dan paspot semua pengarah dan pemegang saham, alamat kediaman terkini semua pengarah dengan bukti alamat seperti bil utiliti (jika berbeza dengan IC), maklumat modal berbayar (minima RM2 atau maksima RM2,500), peratusan pegangan saham bagi setiap pemegang saham] kepada kami di [email protected].
  2. Kami akan semak ketersediaan nama syarikat dan kembali kepada anda dalam tempoh 24 jam.
  3. Sebaik maklumat diterima dan nama disahkan, kami akan emel anda sebutharga kami bagi pembayaran. Selepas pembayaran, nama syarikat akan disimpan mengikut permintaan anda.
  4. Sebaik nama diluluskan pihak SSM , kami akan sediakan set dokumen lengkap bagi pendaftaran.
  5. Urusan menandatangani dokumen dilakukan di pejabat 3E Accounting oleh semua pengarah dan pemegang saham.
  6. Sebaik dokumen ditandatangani, kami akan terus melakukan pemerbadanan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  7. Notifikasi Pemerbadanan dikeluarkan oleh SSM
  8. Setelah syarikat diperbadankan, kami akan emel anda segala dokumen berkaitan untuk rekod.

Keperluan menubuhkan syarikat sendirian berhad (dikenali dengan perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ disertakan dengan nama syarikat tersebut) adalah:

  1. Minima seorang pelanggan kepada saham syarikat (Seksyen 14 CA);
  2. Minima seorang pengarah pemastautin (Seksyen 122); dan
  3. Setiausaha Syarikat yang boleh menjadi:
  • Seorang individu yang merupakan ahli badan profesional diiktiraf Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); atau
  • Seorang individu berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat (SSM)

Untuk memperbadankan syarikat, maklumat berikut perlu dihantar kepada kami di [email protected]. Sebagai alternatif, anda boleh melengkapkan Borang Pemerbadanan Online  dan hantar kepada kami.

  • Cadangan nama syarikat
  • Aktiviti perniagaan prinsipal bagi penubuhan syarikat baharu
  • Salinan kad pengenalan atau Paspot semua pengarah dan pemegang saham
  • Alamat kediaman terkini semua pengarah dengan bukti alamat seperti bil utiliti (sekiranya berbeza dari KP)
  • Maklumat modal berbayar (min RM1 atau maksima RM2,500)
  • Peratusan pegangan saham setiap pemegang saham.

Dalam memenuhi keperluan “Mengenali Klien Anda di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Terrorisme Act 2001 (AMLATFA), kami memerlukan kehadiran semua pengarah/pemegang saham di pejabat 3E bagi menandatangani dokumen-dokumen pemerbadanan. Selain syarat AMLATFA, kehadiran fizikal diperlukan kerana 3E Accounting bertindak sebagai saksi kepada penandatangan Memorandum dan Artikel Persatuan (MA) serta borang deklarasi yang memerlukan pengesahan dari pesuruhjaya sumpah.

3E Accounting tidak dapat bertindak sebagai saksi kepada penandatangan Memorandum dan Artikel Persatuan (MA) serta borang deklarasi (Borang 48A).

Pemegang-pemegang Saham/Pengarah memerlukan seorang lain bagi bertindak sebagai saksi dan mengesahkan borang deklarasi dengan pesuruhjaya sumpah di negerinya (dengan berkunjung sendiri ke pejabat pesuruhjaya sumpan bagi tujuan tersebut). Kemudian penghantaran semula semua salinan asal dokumen pemerbadanan yang ditandatangani perlu dibuat kepada 3E bagi penghantaran pemerbadanan.

Berdasarkan pengalaman lampau 3E Accounting di dalam berurusan dengan SSM, keseluruhan proses pemerbadanan akan mengambil masa 5-10 hari bekerja dari tarikh para pengarah dan pemegang saham menandatangani dokumen pemerbadanan di pejabat 3E Accounting.

Namun demikian, sila ambil perhatian bahawa jangka masa pemerbadanan amat bergantung kepada ketepatan dan lengkapnya maklumat dan dokumen serta tertakluk kepada ketersediaan dan kestabilan sistem atas talian MyCoID di pihak SSM.

Setelah syarikat Malaysia anda diperbadankan, anda boleh memulakan aktiviti perniagaan dengan serta-merta. Bagaimanapun, anda mungkin perlu melakukan perkara-perkara berikut sekiranya ianya berkenaan dengan anda:

  • Membuka akaun bank
  • Sekiranya perniagaan anda memerlukan lebih dari satu lesen, anda mungkin perlu mendapatkan lesen-lesen berkaitan terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan
  • Mendaftar bagi Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) sekiranya perlu. Pendaftaran bagi GST bukan mandatori kecuali jika pendapatan tahunan anda melebihi RM500,000. Kami mampu membantu anda mendaftar bagi GST, jikanya anda perlu melakukannya
  • Sekiranya anda perlu mengambil pekerja tempatan (rakyat Malaysia dan/atau pemastautin tetap) anda perlu membuka akaun dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP (EPF). Peratusan daripada gaji pekerja tempatan perlu dimasukkan ke dalam Lembaga KWSP secara bulanan sebagai sebahagian daripada simpanan persaraan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi portal sesawang KWSP. Kami akan membantu anda mendaftar akaun KWSP syarikat anda dan menguruskan penggajian kakitangan sekiranya diperlukan.
  • Anda mungkin perlu menentukan penghujung tahun fiskal syarikat, yang mungkin sebarang tarikh dalam tempoh 18 tahun daripada tarikh pemerbadanan syarikat anda. Anda perlu merekod segala pendapatan anda perbelanjaan (kunci kira-kira) menurut standard perakaunan Bergantung kepada jumlah transaksi, kami menyediakan khidmat pembukuan (bookkeeping) samada berasaskan perakaunan mingguan, bulanan, suku tahunan dan tahunan.

Rujuk Keperluan Pematuhan Korporat bagi maklumat lanjut.

PERKHIDMATAN PEMERBADANAN 3E ACCOUNTING

3E Accounting boleh membantu anda mendaftar syarikat baharu anda di Malaysia dengan bayaran serendah RM1,600 SAHAJA dan percuma satu tahun Khidmat Kesetiausahaan. Perkhidmatan Pemerbadanan Syarikat Terbaik dan Terpantas di Kuala Lumpur, Selangor dan Malaysia yang menjanjikan tiada kos tersembunyi dan tambahan yang sulit. Sila lihat di bawah bagi maklumat lanjut!

Pakej perkhidmatan Pemerbadana Syarikat Malaysia Standard termasuk seperti berikut:-

  • Carian nama tanpa had bagi ketersediaan nama cadanagan bagi pendaftaran syarikat di Malaysia
  • Tempahan nama dengan pendaftaran SSM sebanyak 2 kali
  • Surat Kelulusan bagi Menggunaan Nama
  • Modal berbayar – RM1 ke RM1,000
  • Yuran Pendaftaran RM1,000 dibayar kepada SSM utk pendaftaran
  • Penghantaran Borang kepada SSM selepas pendaftaran
  • Menyediakan resolusi bagi Mesyuarat Lembaga Pengarah Pertama
  • Menyedia resolusi bagi membuka akaun bank syarikat (Percuma sehingga 2 akaun)
  • Menyediakan 2 set dokumen pemerbadanan disahkan salinan tulen
  • Khidmat perundingan dan nasihat pemerbadanan secara percuma
  • Perancangan cukai dan nasihat GST secara percuma oleh Pengarah Cukai dari Big Four
  • Percuma1 tahun Pendaftaran Nama Domain “.com”.
  • Bagi penubuhan syarikat Malaysia dengan pengarah dan pemegang saham lebih dari 2 orang atau entiti, caj tambahan RM100 bagi setiap orang atau entiti dikenakan.
  • Bayaran telus bagi Penubuhan Syarikat Malaysia

Yuran Pakej Perkhidmatan Kesetiausahaan kami termasuk perkata berikut:-

  • Kakitangan profesional berkelayakan kami (warga Malaysia) bertindak selaku setiausaha Korporat yang dinamakan
  • Menyimpan Meterai Syarikat, sekiranya ada
  • Menjaga Minit dan Buku Daftar
  • Menasihati berkenaan perkara kesetiausahaan/statutori/pematuhan/perakaunan/cukai/GST
  • Memantau dan memastikan pematuhan keperluan perundangan berkaitan, terutama di bawah Akta Syarikat dan Akta Cukai Pendapatan. Amaran pematuhan kerap melalui emel.
  • Peruntukan alatam pejabat berdaftar termasuk:
    • Penyata surat disediakan jika terdapat permohonan
    • Khidmat Imbasan surat jika terdapat permintaan
    • Notifikasi surat/bungkusan melalui emel percuma
    • Surat dan bungkusan dikutip sendiri antara Isnin – Jumaat: (9am ke 6pm) (tiada yuran pengendalian)
    • Penerimaan mel, mel udara, parsel biasa (di bawah 3 kg) atau surat berdaftar *
    • Penghantaran mel / khidmat kurier ke alamat tempatan / luar negara secara harian / mingguan / bulanan disediakan (Yuran servis RM 1 dikenakan bagi setiap penghantaran)

 

Terdapat keperluan berbeza bagi modal berbayar dan dibenarkan bagi perlesenan berbeza dan permohonan pekerja ekspatriat. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk Keperluan Modal Berbayar Syarikat bagi Pengambilan Ekspatriat.

* Kelulusan perlu diperoleh bagi barangan / parsel besar (terutama jika ia melebihi 3 kg) yang dihantar kepada alamat pejabat berdaftar. Yuran pengendalian harian dan yuran penyimpanan dikenakan.

** Penggunaan Perlembagaan adalah opsyenal di bawah Akta Syarikat 2016 (CA 2016) dan jika anda berminat menggunakan Perlembagaan standard kami bagi syarikat anda, yurang kami sebanyak RM400 yang merangkumi yuran setem (RM200). Caj tambahan bagi penyesuaian Perlembagaan dikenakan. Antara klausa khusus terkandung di dalam Perlembagaan standard kami adalah seperti berikut:-

  • Menandatangani resolusi lembaga oleh majoriti pengarah (ditandangan oleh pengarah seperti termaktub dalam CA 2016)
  • Penggunaan meterai yang sama (yang berguna apabila klien membeli harta tanah)
  • Venue utama mesyuarat ahli mungkin bukan di Malaysia (perlu diadakan di Malaysia seperti di dalam CA 2016))

*** Anda boleh memilih Add-on satu meterai syarikat pada harga RM100. (syarikat tidak diperlukan undang-undnag untuk memiliki meterai yang sama)

**** Anda boleh Add-on satu cap getah dengan harga RM50.

Di 3E, kami tidak percaya terdapat satu penyelesaian untuk semua keadaan bagi klien. Hubungi kami do +603 2733 8633 atau emel kami di [email protected] bagi berbincang bagaimana kami dapat membantu anda.

Jadual Bayaran bagi Perkhidmatan 3E Accounting telus secara sepenuhnya – tiada sebarang yuran tersembunyi. Sila rujuk sebutharga bagi khidmat pemerbadanan standard untuk butiran lanjut.

Yuran Pemerbadanan 3E adalah yang terendah di antara segmen industri yang memberikan kualiti terbaik. Pakej Pemerbadanan standard kami merangkumi segalanya bagi penubuhan syarikat dengan keperluan minima. Tiada bayaran tambahan dikenakan bagi pesuruhjaya sumpah untuk Perakauan Statutori Borang 48A, minit bagi mesyuarat lembaga pengarah pertama, resolusi kepada pembukaan akaun bank (maksima 2 akaun), pemulangan semula bayaran seperti percetakan & alat tulis, bayaran tambang ke pejabat SSM, telefon, faks untuk pendaftaran dan lain-lain.

Pemerbadanan dilakukan melalui sistem atas talian SSM dikenali sebagai MyCOID dan ia memerlukan bayaran pemerbadanan (Setiap Carian Nama – RM30; Yuran pendaftaran RM1,000 bagi pendaftaran modal dibenarkan sebanyak RM400,000; Duti Setem RM200 bagi proses menyetem Memorandum & Artikel Persatuan ) yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Ini bermakna 3E perlu membuat pembayaran kepada pihak SSM sebelum kami mula bekerja dan kerana itu, syarat perkhidmatan adalah pembayaran dibuat selepas perkhidmatan mendapat pengesahan.

Yuran pemerbadanan 3E merupakan yang terendah di antara segmen industri yang memberikan kualiti terbaik. Pakej Pemerbadanan standard kami merangkumi segalanya bagi penubuhan syarikat dengan keperluan minima. Jadual Bayaran bagi Perkhidmatan 3E Accounting telus secara sepenuhnya – tiada sebarang yuran tersembunyi.

Anda mungkin sedar sebahagian besar yuran pemerbadanan dibayar kepada SSM (Setiap Carian Nama – RM30; Yuran pendaftaran RM1,000 bagi pendaftaran modal dibenarkan sebanyak RM400,000; Duti Setem RM200 bagi proses menyetem Memorandum & Artikel Persatuan ) dan margin 3E adalah minima. Kami mampu memberi penjimatan kos signifikan dengan bersandar kepada teknologi maklumat dan kami pulangkan penjimatan ini kepada para klien.

Maka dengan penjelasan tersebut, adalah mustahil bagi 3E menawarkan lebih banyak diskaun, tetapi pasukan kami komited memberikan anda khidmat berkualiti dan tepat pada masanya yang mampu melangkaui jangkaan anda.

Seksyen 139 Akta Syarikat memerlukan setiap syarikat agar memiliki satu atau lebih setiausaha yang perlu dianggap pihak berkecuali dengan usia penuh, serta alamat kediaman utamanya adalah di Malaysia. Tambahan lagi, setiausaha syarikat pertama perlu dinamakan di dalam memorandum atau artikel syarikat.

Ini bermakna anda dikehendaki melantik 3E sebagai setiausaha syarikat pertama anda bagi kami membantu di dalam pemerbadanan syarikat yang anda cadangkan. Maka, kami memohon setahun yuran pendahuluan sebagai setiausaha syarikat.

Sebarang penglibatan perkhidmatan 3E adalah tertakluk kepada kesimpulan yang memuaskan dari aspek prosedur pemeriksaan pelanggan/prosedur “due diligence”. Pelanggan dikehendaki memberikan maklumat yang diperlukan bagi kami untuk membuat prosedur pemeriksaan pelanggan/pemeriksaan due diligence. Perjanjian setiausaha dikehendaki ditandatangani oleh wakil korporat / pengarah untuk mengesahkan pemahaman, persetujuan dan penerimaan skop perkhidmatan, tanggungjawab kedua-dua pihak dan terma dan syarat perkhidmatan.

Sekiranya perkhidmatan dianggap tidak dibenarkan di bawah sekatan bebas yang terpakai, kami berhak untuk menamatkan perkhidmatan dan Pelanggan bersetuju untuk melepaskan kami dari apa-apa kewajipan dengan serta-merta. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk memberi apa-apa perkhidmatan yang akan menyebabkan kami melanggar mana-mana undang-undang, perintah atau peraturan yang berkenaan, atau mana-mana piawaian profesional yang berkaitan dengan kami.

PENGARAH

i. Individu Berkecuali.
ii. Usia minima 18 tahun ke atas.
iii. Beliau tidak muflis dan tidak pernah disabit kesalahan atau dipenjara.
iv. Individu berusia melebihi 70 tahun tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat awam atau subsidiarinya, melainkan pelantikan beliau diluluskan sekurang-kurangnya 75% pemegang saham di mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 122(1) Akta Syarikat 1965, syarikat mesti sekurang-kurangnya ada seorang (1) pengarah yang masing-masing mempunyai kediaman utama atau hanya menetap di Malaysia. Keperluan residensi adalah terutamanya untuk memastikan bahawa terdapat titik hubungan di Malaysia dan untuk tujuan penguatkuasaan. (Perkhidmatan Pengarah Nom ini dari 3E boleh membantu anda memenuhi keperluan ini )

However, maximum number of directors to be appointed in the Board have to comply with each of the Company Articles of Association (e.g. number of director shall not less than 1 and not more than 9).

  • Para pengarah menguruskan perniagaan syarikat mengikut Artikel Persatuan syarikat dan undang-undang
  • Pendedahan kepentingan dalam kontrak, harta, pejabat dan sebagainya.
  • Kewajipan umum untuk membuat pendedahan selaras dengan Seksyen 135 Akta Syarikat, 1965.
  • Suatu perubahan tertentu (misalnya perubahan alamat, peletakan jawatan dan sebagainya)
  • Pematuhan kepada semua Keperluan Pematuhan Korporat

Mana-mana individu yang berumur di atas 18 tahun boleh dilantik sebagai pengarah dan sebelum seseorang boleh dilantik sebagai pengarah, dia mesti menyerahkan kepada SSM suatu pengisytiharan berkanun (Borang 48A) mengisytiharkan bahawa dia tidak dibatalkan kelayakan sebagai seorang pengarah kerana: –

  • belum dilepaskan daripada status muflis;
  • disabitkan dengan apa-apa kesalahan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia)
  • berkaitan dengan promosi, pembentukan atau pengurusan sesuatu perbadanan;
  • terlibat dengan penipuan dan ketidakjujuran yang boleh dihukum apabila disabitkan dengan pemenjaraan selama tiga bulan atau lebih;
  • di bawah Seksyen 132 berhubung peranan dan liabiliti pegawai atau Seksyen 303 liabiliti apabila akaun tidak disimpan sewajarnya , dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh perisytiharan ini;
  • Seksyen 303 kerana tidak menyimpan buku akaun yang sewajarnya sepanjang tempoh dua tahun selepas permulaan penyiasatan atau penggulungan atau tempoh antara penubuhan syarikat dan bermulanya penyiasatan atau penggulungan.
  • dipenjarakan atas apa-apa kesalahan yang disebut di atas dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh perisytiharan ini
  • beliau bersetuju untuk bertindak sebagai pengarah syarikat

 

Secara ringkasnya, warga asing boleh dilantik sebagai pengarah sekiranya dia tidak dibatalkan kelayakan sebagai pengarah dan syarikat telah memenuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 122(1) Akta Syarikat, 1965, iaitu sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya dua (2) pengarah yang masing-masing mempunyai tempat kediaman utama atau hanya menetap di Malaysia. Bilangan maksima pengarah yang akan dilantik dalam Syarikat hendaklah mematuhi Artikel Penubuhan bagi Syarikat (secara amnya, maksima adalah 9 pengarah)

Sila ambil perhatian bahawa warga asing akan dianggap sebagai pengarah pemastautin jika tempat utama kediamannya atau dia hanya menetap di Malaysia iaitu dia memiliki pas pekerja atau pas pemastautin tetap di Malaysia.

Menurut Seksyen 122(1) Akta Syarikat 1965, syarikat mesti sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) pengarah yang masing-masing mempunyai kediaman utama atau hanya menetap di Malaysia. Keperluan residensi adalah terutamanya untuk memastikan bahawa terdapat titik hubungan di Malaysia dan untuk tujuan penguatkuasaan.

Secara amnya, penduduk Malaysia merujuk kepada warganegara atau pemastautin tetap Malaysia atau individu dengan pas pekerja.

PEMEGANG SAHAM & MODAL PEGANGAN

  1. Berusia minima 18 tahun ke atas.
  2. Beliau tidak muflis dan tidak pernah disabit kesalahan dan dipenjara.

Telah lama didebatkan mengenai samada kanak-kanak bawah umur (iaitu seseorang di bawah 18 tahun) dibenarkan memegang saham dalam syarikat. Walaupun Akta Syarikat tidak menyatakan mengenai perkara ini, larangan untuk anak-anak di bawah umur untuk menandatangani kontrak di bawah Seksyen 11 Akta Kontrak 1950, telah ditafsirkan untuk dilanjutkan kepada pegangan saham dalam syarikat.

Para pemegang saham (juga dikenali sebagai ahli) memiliki syarikat dengan memiliki sahamnya iaitu pemilik syarikat, sementara para pengarah dilantik oleh para pemegang saham untuk menguruskan syarikat. Walaupun peranannya amat berbeza, seseorang boleh menganggap kedua-dua jawatan (kedua-dua pengarah dan pemegang saham adalah kumpulan orang yang sama), atau beberapa orang yang berbeza dapat memenuhi peranan ini.

Pengarah

  • Juga dikenali sebagai pegawai syarikat.
  • Boleh juga selaku pemegang saham.
  • Dilantik ke syarikat mengikut budi bicara pemegang sahamnya.
  • Bertanggungjawab menguruskan syarikat secara sah dan beretika menurut Akta Syarikat dan Artikel Persatuan.
  • Diperlukan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang kuasa mereka.
  • Diharap menggalakkan kejayaan sesuatu perniagaan dengan tujuan untuk membuat keuntungan untuk faedah syarikat dan pemegang sahamnya.
  • Mungkin menerima bayaran gaji dan dividen.
  • Hak dan kuasa ditentukan oleh pemegang saham
  • Bertanggungjawab secara sah untuk memastikan syarikat mematuhi semua Keperluan Pematuhan Korporat seperti memfailkan akaun tahunan yang benar dan adil, Pulangan Tahunan, dan Pulangan Cukai Syarikat sebelum tarikh akhir, dan memastikan semua cukai yang diperlukan dibayar tepat pada masanya.
  • Boleh dipecat dan hilang kelayakan jika mereka tidak cekap, memaparkan tingkah laku yang tidak sesuai atau melanggar kontrak mereka dengan apa-apa cara.
  • Boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi dan didakwa jika mereka gagal menegakkan tanggungjawab dan tugas mereka.
  • Selalunya diberi kuasa untuk menerbitkan dan memindahkan saham dalam syarikat, tetapi ini bergantung kepada Artikel Persatuan.

Pemegang Saham

  • Juga dikenali sebagai ahli. Para pemegang saham pertama dikenali sebagai pelanggan.
  • Boleh terdiri orang berkecuali atau badan korporat.
  • Memiliki beberapa atau seluruh syarikat melalui saham.
  • Liabiliti terhad kepada nilai nominal saham mereka. Sekiranya syarikat itu menanggung sebarang hutang, mereka hanya bertanggungjawab untuk jumlah saham mereka.
  • Boleh juga terdiri pengarah.
  • Tidak terlibat dengan aktiviti harian syarikat, kecuali mereka juga pengarah.
  • Memiliki kuasa untuk melantik dan menyingkirkan para pengarah dan setiausaha syarikat pada bila-bila masa.
  • Boleh memilih jenis kuasa dan hak pengarah syarikat.
  • Bahagian pemilikan bergantung kepada bilangan, nilai dan kelas saham yang dipegang.
  • Hak mengundi, hak modal dan hak dividen bergantung kepada Butiran yang Ditetapkan bagi saham mereka.
  • Boleh membuat keputusan tentang isu-isu penting seperti mengubah nama atau struktur syarikat, peluang pelaburan, mengeluarkan saham, melantik juruaudit untuk memeriksa akaun, melantik atau menyingkirkan pengarah, menukar kuasa pengarah, menukar Artikel Persatuan atau Perjanjian Pemegang Saham .
  • Secara normal berhak ke atas sebarang modal lebihan jika syarikat itu digulung.

Jumlah minima pemegang saham menurut Statutori adalah Satu (1).

Walaupun pengurusan harian syarikat itu adalah tanggungjawab Lembaga Pengarah syarikat, para pemegang saham ‘boleh memberikan pengaruh tidak langsung yang signifikan dengan menjalankan hak dan kuasa yang tersedia kepada mereka. Hak kepada mereka diberikan oleh Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Persatuan dan perjanjian pemegang saham.

 

  • Hak di mesyuarat pemegang saham – boleh bercakap dan mengundi mengenai penyelesaian
  • Hak mengundi pengarah
  • Hak mengundi menjual saham mereka
  • Hak untuk menerima dividen
  • Hak menyekat syarikat dari tindakan ultra vires
  • Hak untuk meluluskan sebarang perubahan dalam nama syarikat
  • Hak untuk mencabar perubahan klausa objek
  • Hak untuk memastikan pematuhan Memorandum dan Artikel persatuan syarikat
  • Hak menerima salinan penyata kewangan
  • Hak melantik dan memecat juruaudit
  • Hak memulangkan modal pada penggulungan
  • Hak untuk memanggil mesyuarat
  • Hak melantik proksi
  • Hak meminta syarikat secara bertulis untuk memberikan maklumat yang dipegang oleh syarikat (dengan hak untuk merayu kepada mahkamah jika syarikat menolak)
  • Hak untuk memeriksa rekod statutori [daftar ahli, buku minit, daftar pengarah, pengurus dan setiausaha]

Seorang pemegang saham Syarikat Berhad melalui saham (Sdn Bhd), tidak bertanggungjawab terhadap kewajipan (liabiliti) syarikat. Liabiliti pemegang saham adalah terhad kepada sebarang amaun tidak dibayar ke atas saham yang dipegang olehnya sekiranya berlaku penggulungan.

Modal dibenarkan juga dikenali sebagai modal berdaftar atau modal nominal. Ini adalah jumlah maksimum modal saham di mana modal terbitan dan berbayar syarikat terletak.

Bagi setiap saham yang dikeluarkan atau diperuntukkan, amaun yang dibayar sepenuhnya pada nilai nominalnya, dikenali sebagai modal berbayar. Keperluan minima modal dibenarkan untuk syarikat sendirian berhad di bawah Akta Syarikat adalah RM400,000 sedangkan modal berbayar adalah RM2 (tertakluk kepada keperluan yang berbeza di bawah kelulusan tertentu, lesen operasi, permit atau pendaftaran dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan).

Modal saham terbitan mesti dibayar dengan serta merta. Oleh itu, pakej pemerbadanan standard 3E hanya menyokong modal berbayar dari RM1 kepada RM1,000. Ini adalah amaun maksimum yang boleh diterima seperti yang dibayar oleh pemegang saham, secara tunai, tanpa mereka menghasilkan bukti dana.

Sekiranya modal berbayar yang dicadangkan adalah lebih daripada RM1,000, pelanggan dinasihatkan untuk memperbadan Syarikat dengan modal berbayar berkanun minima – RM1 dan seterusnya meningkatkan modal berbayar ke akaun yang dikehendaki selepas akaun bank dibuka supaya para pemegang saham dapat memberikan bukti pembayaran ke dalam akaun bank korporat.

Modal berbayar adalah wang yang dibayar oleh pemegang saham kepada syarikat untuk membeli saham. Dana ini boleh digunakan untuk semua perbelanjaan syarikat, termasuk membayar semua hutang syarikat. Tiada liabiliti peribadi ke atas pemegang saham individu jika amaun yang diperlukan bagi saham yang dilanggan telah dibayar sepenuhnya. Sekiranya jumlah ini tidak dibayar sepenuhnya, pemiutang boleh menuntut bahawa pemegang saham bertanggungjawab secara peribadi untuk kekurangan tersebut.

SETIAUSAHA SYARIKAT

Seksyen 139(1) , menetapkan setiap syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya satu setiausaha dengan kediaman utama atau hanya menetap di (rujukKhidmat Setiausaha yang Kos Efektif dari 3E)

  • Tiada siapa pun dapat bertindak sebagai setiausaha syarikat melainkan jika:
  • Beliau adalah ahli badan profesional;
  • Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA)
  • Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
  • Majlis Peguam
  • Persatuan Undang-Undang Sabah
  • Persatuan Peguambela Sarawak
  • Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS); atau
  • Beliau dilesenkan (LS) oleh Pendaftar Syarikat (SSM)
  • Seseorang akan hilang kelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha jika:
  • Beliau adalah seorang muflis yang belum dilepaskan
  • Beliau disabitkan samada dalam atau di luar Malaysia bagi sebarang kesalahan –
  • Berkaitan dengan promosi, pembentukan dan pengurusan sebuah syarikat;
  • Dihukum penjara selama 3 bulan atau lebih untuk penipuan atau ketidakjujuran
  • Beliau tidak lagi menjadi ahli badan yang ditetapkan oleh Menteri (dalam hal LS)
  • Beliau tidak lagi menjadi pemegang lesen yang sah yang dikeluarkan oleh badan yang ditetapkan

i. Memahami dan mentafsirkan klausa dalam Memorandum dan Artikel Persatuan

ii. Mengekalkan daftar berkanun – menyimpan dan mengemas kini daftar

iii. Memaklumkan kemaskini perubahan syarikat kepada SSM dengan mengemukakan borang dan dokumen yang diperlukan

iv. Memastikan pematuhan terhadap Akta Syarikat 1965

v. Berhubung dengan para pemegang saham

vi. Mengendalikan semua dokumen, dokumen berkanun dan perkara-perkara prosedural yang melibatkan menjalankan suatu syarikat.

vii. Memfail akaun yang diaudit dan pulangan tahunan dalam masa yang diperlukan di bawah Akta Syarikat 1965

viii. Melindungi aset syarikat (daftar statutori syarikat)

ix. Mengawasi susunan untuk membolehkan para pemegang saham dan orang lain memeriksa pendaftaran statutori tertentu syarikat.

NAMA SYARIKAT

Prinsip umum dan ciri-ciri nama yang boleh dipertimbangkan sebagai nama syarikat:

  • Nama hendaklah menggunakan bahasa dan ejaan yang betul;
  • Jika satu nama mengandungi perkataan selain Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, maka maksud perkataan tersebut mesti diberikan;
  • Nama yang tidak menghina agama atau mungkin menyinggung perasaan orang ramai;
  • Nama yang tidak menyerupai unsur-unsur agama;
  • Nama tertentu yang tidak terlalu umum, contohnya “Attempt Bhd.” Atau “Beautiful Sdn. Bhd. “;
  • Penggunaan nama individu hendaklah dari nama pengarah yang dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan. Walau bagaimanapun, nama individu boleh dipertimbangkan jika nama tersebut berasal dari nama ahli keluarga terdekat pengarah atau penganjur, contohnya, nama anak, bapa, isteri, datuk atau nenek. Bukti hubungan keluarga mesti diberikan. Jika nama syarikat adalah dari nama individu sekumpulan syarikat yang wujud, surat persetujuan mesti diperoleh daripada kumpulan syarikat yang mempunyai nama individu sedemikian;
  • Nyatakan makna kata-kata yang dicipta;
  • Nama syarikat bukan akronim yang boleh digunakan untuk mengelirukan sebagai nama syarikat multinasional seperti PNB, ICI, IBM;

(Sila rujuk Panduan Memilih Nama Syarikat Anda di Malaysia bagi maklumat lanjut)

  • Nama cadangan syarikat yang dipapar adalah sama dengan yang sedia ada dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai (kecuali surat persetujuan diberikan).
  • Nama cadangan syarikat sama dengan nama bekas syarikat yang sedia ada dan boleh menyebabkan kekeliruan yang tidak diingini kepada Orang Awam.
  • Nama cadangan syarikat adalah dilarang oleh Akta Syarikat 1965 atau mana-mana Akta lain yang berkaitan.
  • Nama cadangan syarikat tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat, contohnya, Ekor Ayam Sdn Bhd.

SSM secara rawak menjalankan latihan ketekunan wajar (due diligence), yang mungkin melambatkan proses kelulusan nama. Di samping itu, aktiviti perniagaan boleh tertakluk kepada kawalan dan peraturan oleh pihak berkuasa kerajaan yang lain dan oleh itu perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan.

Maka, adalah disyorkan agar anda menempah nama anda lebih awal, sekiranya anda mempunyai tarikh akhir untuk menggabungkan syarikat anda. Sila e-mel kepada [email protected] sekarang.

Syarikat boleh menukar kembali nama lamanya selepas 12 bulan tetapi syarikat tidak boleh menggunakan nama lama yang lain untuk memperbadankan syarikat baru.

Pemohon memiliki perniagaan dan ingin menggunakan nama itu untuk memperbadankan syarikat, namun kelulusan nama di bawah Akta Syarikat tidak automatik. Pemohon masih tertakluk kepada peruntukan Akta Syarikat

Jika hanya seorang promoter yang perlu diubah, tidak perlu mengemukakan Borang 13A baru. Pemohon boleh meneruskan pemerbadanan sebuah syarikat.

Sekiranya semua nama promoter akan diubah, pemohon perlu mengemukakan Borang 13A baru bersama dengan yuran baru, dan nyatakan alasan untuk permohonan semula ini.

Pemohon perlu melampirkan surat kebenaran dari syarikat induk untuk tujuan memasukkan syarikat subsidiari. Kelulusan nama masih tertakluk kepada persamaan syarikat sedia ada.

SSM boleh mengemukakan pertanyaan mengenai Borang 13A yang dikemukakan kerana surat persetujuan tidak lengkap dan/atau tidak mematuhi peraturan.

Ya, nama yang diluluskan boleh dipindahkan ke pihak lain dengan mengisi semula Borang 13A bersama-sama dengan yuran dan surat persetujuan dari pemohon terdahulu.

MEMORANDUM & ARTIKEL PERSATUAN (M&A)

Memorandum Persatuan sebuah syarikat, selalunya dipanggil Memorandum, adalah dokumen yang mengawal hubungan antara syarikat dengan pihak luar.

Memorandum Persatuan akan menjelaskan perkara berikut: –

  • Nama syarikat
  • Lokasi pejabat berdaftarnya
  • Klausa objek
  • Kuasa syarikat
  • Liabiliti anggota syarikat adalah terhad
  • Amaun modal dibenarkan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Artikel Persatuan sebuah syarikat, yang biasanya dikenali sebagai artikel, merupakan perlembagaan sebuah syarikat. Artikel tersebut memperincikan peraturan yang mengawal pengurusan dalaman hal ehwal syarikat dan penjalanan perniagaannya termasuk pengeluaran dan pemindahan saham; prosiding mesyuarat agung, mesyuarat lembaga; pelantikan pengarah, persaraan, peletakan jawatan, kuasa dan tugas; akaun; penggunaan meterai (common seal) dan lain-lain

Memorandum Persatuan (M&A) setiap syarikat mesti menyatakan objek bagi penubuhan syarikat itu. Klausa Objek yang menyatakan tujuan penubuhan syarikat itu ialah bagi mentakrifkan aktiviti-aktiviti syarikat yang dibenarkan untuk melaksanakan dan kuasa-kuasa yang mungkin dapat dilaksanakan syarikat tersebut (secara ringkas merujuk kepada jenis perniagaan Syarikat) .

Berkuatkuasa dari 12 Mei 2000, bilangan klausa objek untuk sebuah syarikat hanya terhad kepada tiga. Umumnya, 3E mencadangkan aktiviti utama syarikat diletakkan sebagai klausa objek 1, manakala pelaburan saham di nombor dua manakala perniagaan lain yang berkaitan dengan atau sebagai tambahan kepada perniagaan utama sebagai klausa objek ketiga dalam M&A.

Kod Standard Klasifikasi Perindustrian Malaysia (MSIC) digunakan dalam pengumpulan, penyusunan dan penerbitan statistik. MSIC bertujuan untuk menjadi klasifikasi standard aktiviti ekonomi produktif. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan satu set kategori aktiviti yang boleh digunakan untuk pengumpulan dan penyampaian statistik mengikut aktiviti tersebut.

Umumnya, kami menasihati klien kami untuk memilih hanya satu (1) kod perniagaan MISC yang paling relevan dengan Syarikat kerana SSM hanya membenarkan satu kod perniagaan MISC bagi setiap klausa objek/aktiviti perniagaan. Selain itu, setiap kod MSIC boleh merangkumi aktiviti perniagaan yang berasingan yang perlu dilaporkan secara berasingan untuk tujuan perakaunan, cukai atau GST.

Anda boleh dapati MSIC online.

LAIN-LAIN

SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia berfungsi sebagai agensi kerajaan untuk pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai.

Sebelum perniagaan mula beroperasi secara sah, perniagaan dikehendaki mematuhi beberapa bentuk perlesenan, yang merangkumi lesen am, lesen khusus industri / sektor atau lesen khusus aktiviti. Lesen perniagaan dikehendaki oleh perundangan dan ditadbir oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan termasuk pendaftaran, kelulusan, lesen dan permit. Keperluan pematuhan berbeza mengikut industri, aktiviti perniagaan dan lokasi.

Lesen perniagaan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan logik yang berbeza, iaitu:

(1) Lesen am

(2) Lesen Sektor Industri khusus; dan

(3) Lesen Aktiviti khusus.

(Sila rujuk Lesen-Lesen Perniagaan di Malaysia bagi maklumat lanjut)

 

Meterai atau common seal syarikat hanya boleh digunakan dengan kuasa pengarah atau jawatankuasa pengarah yang diberi kuasa oleh pengarah bagi maksud itu, dan setiap surat cara di mana meterai dilekatkan hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah dan ditandatangani oleh setiausaha atau pengarah kedua.

Takrif “buku” di bawah Seksyen 4 Akta Syarikat, 1965 termasuk apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa akaun atau rekod perakaunan, seperti mana ia disusun, direkodkan atau disimpan, dan juga termasuk mana-mana dokumen.

Buku Daftar/Statutori hendaklah disimpan di pejabat berdaftar atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh para pengarah di bawah Seksyen 159 (1), Akta Syarikat, 1965. Walau bagaimanapun, Buku Daftar/Statutori dan meterai biasanya disimpan di pejabat berdaftar Syarikat (Pejabat Setiausaha Syarikat).

Nombor Syarikat bermaksud: –

  1. Berkaitan dengan syarikat, nombor yang diperuntukkan oleh SSM bagi Pemerbadanannya;
  2. Berkaitan dengan syarikat asing, nombor yang diperuntukkan oleh SSM atas pemerbadanannya; dan
  • Berhubung dengan syarikat yang dicadangkan, nombor rujukan yang diperuntukkan apabila nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM.

Apabila Syarikat diperbadankan, nombor syarikat dan nama syarikat mestilah muncul di meterai dan semua surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi, penerbitan, bil pertukaran, cek atau surat kredit atau yang dilaporkan dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat di bawah Seksyen 121 (1) Akta Syarikat, 1965.

Sesuatu syarikat hendaklah dari hari yang mana ia mula menjalankan perniagaan atau dari hari ke-14 selepas tarikh pemerbadanannya, yang mana lebih awal, mempunyai pejabat berdaftar di dalam Malaysia yang mana semua komunikasi dan notis boleh dialamatkan dan yang mana hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang awam menurut Seksyen 119 (1) Akta Syarikat, 1965. Pada amnya, sebahagian besar Syarikat (Sdn Bhd) menggunakan pejabat setiausaha syarikat mereka sebagai alamat berdaftar.

Manakala Alamat Perniagaan adalah tempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan di mana-mana tempat di Malaysia, samada di rumah anda, kedai, kilang atau bahkan anda tidak perlu mempunyai alamat perniagaan kerana ini tidak diperlukan oleh SSM pada masa pendaftaran Syarikat .

Penggunaan premis pejabat 3E sebagai Alamat Berdaftar syarikat anda adalah percuma apabila anda melibatkan kami bagi khidmat Pemerbadanan atau Kesetiausahaan. Sila ambil perhatian bahawa alamat berdaftar ini hanya untuk memenuhi keperluan berkanun di bawah Akta Syarikat. 3E juga menawarkan Solusi Pejabat Maya yang efektif dan boleh dipercayai.

Setiap syarikat mestilah melantik seorang juruaudit atau beberapa juruaudit dan orang yang dilantik itu mestilah “juruaudit syarikat yang diluluskan” di bawah Akta Syarikat, 1965 dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan syarikat. Seorang juruaudit adalah orang yang tugas utamanya adalah untuk memeriksa penyata kewangan dan rekod akujanji dan melaporkan sama ada pada pendapatnya segalanya mencerminkan aktiviti yang dijalankan dengan sewajarnya dalam tempoh yang ditinjau dan bergubung aset dan tanggungannya pada akhir tempoh tersebut .

Para pengarah syarikat diwajibkan pada bila-bila masa selepas sesuatu syarikat diperbadankan tetapi sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama (“AGM”) Syarikat di mana akaun dibentangkan untuk melantik seorang atau beberapa orang sebagai juruaudit Syarikat. Jika para pengarah gagal membuat sebarang pelantikan sebelum AGM Pertama, syarikat itu boleh membuat pelantikan di mesyuarat agung. Juruaudit atau beberapa juruaudit yang dilantik akan memegang jawatan sehingga berakhirnya AGM Pertama.

Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 mentakrifkan tahun kewangan berhubung dengan mana-mana perbadanan sebagai tempoh yang berkenaan dengan apa-apa akaun keuntungan dan kerugian syarikat, dibentangkan di hadapannya pada mesyuarat agung diadakan, samada tempoh itu adalah setahun atau sebaliknya . Pendek kata, tempoh kewangan adalah tempoh perakaunan Syarikat.

Memandangkan Akta Syarikat 1965 tidak menyatakan tarikh dimana tahun kewangan akan bermula atau berakhir, keputusan untuk menentukan tahun kewangan, termasuk apa-apa perubahan, adalah sepenuhnya mengikut budi bicara syarikat.

Walau bagaimanapun, syarikat dikehendaki mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama (AGM) dalam tempoh 18 bulan dari penubuhannya (Seksyen 143 (1) CA 1965). Ini bermakna tempoh perakaunan pertama tidak melebihi 18 bulan.

Kebanyakan syarikat menggunakan samada akhir tahun kalendar (31 Disember) atau akhir mana-mana suku (31 Mac, 30 Jun atau 30 September) sebagai tarikh akhir tahun fiskal mereka.

Sila rujuk Artikel 3E Accounting tentang Cara Menentukan Akhir Tahun Kewangan untuk Syarikat Anda

Kedua-dua Syarikat persendirian yang dikecualikan dan tidak dikecualikan merupakan syarikat sendirian berhad dengan pengecualian berikut :

Ciri-ciri Syarikat Swasta Dikecualikan Syarikat Swasta Tidak Dikecualikan
Jenis Sdn Bhd Sdn Bhd or Bhd
Keahlian Hanya milik individu.

Tidak boleh mempunyai lebih daripada 20 ahli.

Tidak boleh mempunyai pemegang saham korporat.

Mana-mana, boleh dimiliki oleh individu atau korporat sehingga maksimum 50 ahli.
Pilihan tidak menghantar akaun diaudit kepada SSM Dibenarkan, dengan syarat syarikat itu adalah solven. Tetapi akaun teraudit masih diperlukan untuk disediakan dan dibentangkan di AGM.

Syarikat perlu memfailkan denganSSM pulangan tahunan, Sijil oleh Syarikat Swasta yang Dikecualikan dan Penyata Juruaudit.

Tidak dibenarkan, mesti memfailkan akaun teraudit dan pulangan tahunan.
Pinjaman kepada pengarah Dibenarkan tetapi hanya untuk tujuan berikut

  1. untuk menampung perbelanjaan yang ditanggung oleh pengarah bagi maksud syarikat itu atau untuk membolehkan pengarah menjalankan tugasnya dengan baik di syarikat itu;
  2. untuk membeli rumah (untuk pendudukan sendiri) jika pengarah berada di bawah penggajian sepenuh masa syarikat atau
  3. pengarah adalah di bawah penggajian sepenuh masa syarikat dan pinjaman yang diberikan kepadanya adalah di bawah skim pinjaman yang diluluskan oleh syarikat untuk pekerja syarikat.
Tidak dibenarkan.
Pinjaman kepada orang yang berkaitan dengan pengarah

Nota: Orang yang berkaitan dengan pengarah termasuk pasangan, anak, anak angkat atau anak tiri, ibu bapa, adik lelaki, adik perempuan dan pasangan anak, adik lelaki atau adik perempuan dan badan korporat yang dikaitkan dengan pengarah itu

 

Hanya dibenarkan kepada orang yang berkaitan dengan seorang pengarah yang terlibat dalam penggajian sepenuh masa sebuah syarikat untuk tujuan perbelanjaan perbelanjaan yang dilakukan atau yang akan dilakukan untuk membeli rumah atau pinjaman itu adalah di bawah skim pinjaman yang diluluskan oleh syarikat untuk pekerja syarikat.

 

Selaras dengan skim untuk pemberian pinjaman kepada pekerja yang diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat agung.

 

Nota: Perenggan ini tidak terpakai bagi syarikat yang perniagaan biasanya termasuk pemberian pinjaman atau wang atau memberi jaminan berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh orang lain, jika kegiatan perusahaan itu dikendalikan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perbankan, kewangan atau insurans atau tertakluk kepada pengawasan oleh Bank Negara Malaysia.

Tidak dibenarkan.

Nota: Perenggan ini tidak terpakai bagi syarikat yang perniagaan biasanya termasuk pemberian pinjaman atau wang atau memberi jaminan berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh orang lain, jika kegiatan perusahaan itu dikendalikan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perbankan, kewangan atau insurans atau tertakluk kepada pengawasan oleh Bank Negara Malaysia.

PEMBUKAAN AKAUN BANK

Bank yang berbeza akan meletakkan keperluan yang berbeza mengenai pembukaan akaun bank dan sesetengah bank mungkin mengenakan keperluan kehadiran pejabat fizikal sebelum memproses permohonan anda untuk pembukaan bank.

Anda dinasihatkan untuk melawat Bank untuk memahami keperluan dan prosedur pembukaan akaun bank. Kami akan membantu menyediakan penyelesaian untuk pembukaan akaun bank, sila berikan kami maklumat berikut:-

i. Nama, cawangan dan alamat Bank

ii. Jenis akaun – misalnya akaun semasa, perbankan internet, akaun matawang asing dll.

iii. Contoh/Format resolusi pembukaan akaun seperti yang disediakan oleh bank

iv. Jenis borang berkanun dan bilangan salinan yang diperlukan oleh bank (cth. Borang 24, Borang 49, Memorandum dan Artikel Persatuan dan lain-lain)

v. Butir-butir penandatangan yang sah (nama seperti Kad Pengenalan, nombor KP, jawatan (jika bukan Pengarah Syarikat))

vi. Cara operasi (tunggal atau perkongsian atau sebagainya)

Sebaik sahaja syarikat itu diperbadankan dengan jayanya (pengeluaran Borang 9 oleh SSM), anda boleh meneruskan permohonan pembukaan akaun bank bersama-sama dengan semua dokumen yang diperlukan (seperti resolusi pembukaan akaun bank, salinan sah kad pengenalan / passport yang disahkan benar, borang berkanun – M&A, Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan lain-lain).

Untuk mempercepatkan pembukaan akaun bank, terdapat beberapa bank yang menerima penyerahan pra-pemerbadanan bagi borang permohonan dan pengesahan penandatangan yang dibenarkan. Sila rujuk wakil bank anda dengan sewajarnya.

Pada amnya, bank-bank di Malaysia menghendaki semua Pengarah / Penerima yang Dibenarkan secara fizikal hadir di Malaysia untuk menandatangani dokumentasi rasmi pada masa pembukaan akaun Bank.

Walau bagaimanapun, sesetengah bank menerima dokumen yang ditandatangani secaraperseorangan di salah satu cawangan di luar negara atau disaksikan oleh notari awam. Di samping itu, bank-bank mungkin memerlukan dokumen tambahan berdasarkan kes demi kes.

Harap maklum bahawa semua bank di Malaysia mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang ketat. Oleh itu, mereka akan menjalankan satu siri pemeriksaan dan siasatan menyeluruh mengenai bakal pelanggan mereka sebelum membuka akaun baharu untuk sebuah syarikat. Ini bukan sahaja untuk melindungi risiko mereka dari sebarang kegagalan yang mungkin berlaku, tetapi juga sebahagian daripada pematuhan peraturan mereka dan dasar anti pengubahan wang yang ketat. Oleh itu, syarikat yang terlibat dalam urusan yang tidak sah tidak akan mudah untuk terlibat dalam transaksi tersebut.

Kami sangat mengesyorkan klien kami hadir di Malaysia untuk membuka akaun bank bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Sebuah bank sentiasa berhak untuk meminta pemilik benefisial hadir secara fizikal sebelum kelulusan akaun bank.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN & PULANGAN TAHUNAN

Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah mesyuarat rasmi yang diadakan sekali dalam setiap tahun kalendar menurut Seksyen 143 (1) Akta Syarikat, 1965. Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama mestilah diadakan dalam masa lapan belas (18) bulan pemerbadanannya, dan selepas itu tidak lebih daripada lima belas (15) bulan selepas penangguhan AGM sebelumnya yang terakhir. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 169 (1) Akta Syarikat, 1965 syarikat itu boleh mengadakan AGM dalam tempoh enam (6) bulan dari setiap akhir tahun kewangan.

Sebagai kesimpulan, AGM syarikat akan diadakan menurut Seksyen 143 (1) dan 169 (1) Akta Syarikat, 1965 atas dasar yang mana lebih awal.

Nampak rumit?

Jangan bimbang, Perakaunan 3E sebagai Setiausaha Syarikat akan melakukannya. Kami akan hantar pemberitahuan kepada anda tentang tarikh-tarikh akhir penting dan menasihato tentang tindakan sewajarnya. Sila tentukan penghujung tahun kewangan Syarikat dan maklumkan kepada kami agar kami dapat memberi peringtan sewajarnya kepada anda.

Selaras dengan Seksyen 165 Akta Syarikat 1965, semua syarikat dikehendaki pada setiap tahun melaporkan dengan SSM, Pulangan Tahunannya yang mesti dibuat sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) dalam tahun atau tarikh tidak lewat daripada 14 hari selepas tarikh AGM syarikat. Pulangan Tahunan yang disertai oleh sijil dan senarai ahli mesti ditandatangani oleh pengarah atau oleh pengurus atau setiausaha syarikat dan diserahkan kepada SSM bersama-sama dengan Penyata Kewangan yang Telah Diaudit dalam masa satu (1) bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Jangan bimbang, Perakaunan 3E sebagai Setiausaha Syarikat akan melakukannya untuk anda.

  1. Alamat pejabat berdaftar syarikat.
  2. Dalam keadaan di mana daftar anggota disimpan di tempat lain daripada di pejabat berdaftar, alamat tempat di mana ia disimpan.
  3. Ringkasan, membezakan antara saham yang dikeluarkan untuk wang tunai dan saham yang dikeluarkan secara penuh atau sebahagiannya dibayar selain daripada tunai.
  4. Maklumat mengenai jumlah hutang syarikat berhubung dengan semua caj yang dikehendaki didaftarkan dengan Pendaftar.
  5. Kecuali dalam hal suatu syarikat yang mana seksyen 166 terpakai, suatu senarai pada tarikh penyata itu atau pada apa-apa tarikh lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendaftar dalam hal mana-mana syarikat: –
    (a) yang mengandungi nama penuh dan alamat semua orang yang pada tarikh tersebut adalah anggota syarikat;
    (b) menyatakan jumlah saham yang dipegang oleh setiap ahli pada tarikh senarai; dan
    (c) jika nama-nama tidak disusun dalam susunan abjad, setelah dilampirkan kepada suatu indeks yang mencukupi untuk membolehkan nama mana-mana orang dalam senarai mudah dijumpai.
  6. Di mana syarikat telah menukarkan mana-mana sahamnya ke stok dan diberi notis penukaran kepada Pendaftar, senarai itu mesti memberikan butir tentang jumlah stok atau bilangan unit saham dan bukannya jumlah saham.
  7. Dalam kes sebuah syarikat menyimpan daftar cawangan: –
    (a) rujukan dalam perenggan 5 dan 6 kepada butir-butir yang dikehendaki hendaklah diambil sebagai tidak termasuk apa-apa butir-butir yang terkandung dalam daftar cawangan, setakat mana salinan penyertaan yang mengandungi butir-butir itu tidak diterima di pejabat berdaftar syarikat sebelum tarikh senarai yang dipersoalkan; dan
    (b) jika suatu penyata tahunan atau senarai ahli bertarikh antara tarikh apabila apa-apa penyertaan dibuat dalam daftar cawangan dan tarikh apabila salinan penyertaan itu diterima di pejabat berdaftar syarikat itu, butir-butir yang terkandung dalam penyertaan itu , setakat yang berkaitan dengan pulangan tahunan, hendaklah dimasukkan ke dalam penyata tahunan atau seterusnya yang sepatutnya sesuai dengan butir-butir yang termasuk dalam penyata itu berkenaan dengan daftar ahli syarikat.
  8. Semua butir-butir berkenaan dengan orang-orang yang pada tarikh penyata itu adalah, atau, disifatkan sebagai, pengarah syarikat dan mana-mana orang yang pada tarikh itu adalah pengurus atau setiausaha syarikat sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini dikehendaki terkandung di dalam daftar pengurus pengarah dan setiausaha.
  9. Nama dan alamat juruaudit syarikat.

 

HUBUNGI KAMI

Hubnngi Kami untuk maklumat lanjut.