This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Ringkasan Undang-undang Pekerjaan di Malaysia

AKTA PEKERJAAN 1955

Akta Pekerjaan, 1955 merupakan perundangan utama mengenai hal ehwal buruh di Malaysia.

Akta Pekerjaan memperuntukkan terma dan syarat minima (kebanyakannya dalam nilai kewangan) untuk kategori pekerja tertentu :-

  1. Mana-mana pekerja selagi upah bulannya kurang daripada RM2000.00 dan
  2. Mana-mana pekerja dalam bidang kerja manual termasuk tukang, pelatih, pengendali pengangkutan, penyelia atau pengawas pekerja manual, orang yang bekerja di kapal bahkan pembantu rumah diklasifikasikan sebagai pekerja walaupun gaji mereka melebihi RM2000.00 sebulan.

 

Cuti Bersalin Bergaji : 60 hari
Jam Kerja Normal : Tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam dalam tempoh seminggu
Cuti Bergaji : Sekurang-kurangnya 11 cuti umum yang gazet (termasuk 5 hari cuti umum wajib; Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong, Hari Keputeraan Sultan/Hari Wilayah, Hari Pekerja dan Hari Malaysia) dalam setahun kalendar dan mana-mana hari yang diisytihar cuti umum mengikut seksyen 8 Akta Cuti 1951

 

Cuti Tahunan Bergaji bagi Pekerja:
Kurang dari dua tahun perkhidmatan : 8 hari
Dua atau lebih tetapi kurang dari lima tahun perkhidmatan : 12 hari
Lebih dari lima tahun perkhidmatan : 16 hari

*Cuti Tahunan Bergaji Minima perlu diberi kepada pekerja

 

Cuti sakit bergaji setiap tahun kalendar:
Kurang dari dua tahun perkhidmatan : 14 hari
Dua atau lebih tetapi kurang dari lima tahun perkhidmatan : 18 hari
Lebih dari lima tahun perkhidmatan : 22 hari
Dalam keadaan perlu dimasukkan ke hospital : Sehingga 60 hari (termasuk hak cuti bergaji seperti di atas)

*Cuti Sakit Bergaji Minima perlu diberi kepada pekerja

 

Bayaran bagi Kerja Lebih Masa:
Hari kerja biasa : Satu hari setengah X kadar bayaran sejam
Hari cuti rehat : Dua kali ganda kadar bayaran sejam
Cuti Umum : Tiga kali ganda kadar bayaran sejam

Sumber: Kementerian Sumber Manusia – www.mohr.gov.my

 

Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

  • Bagi mencegah eksploitasi buruh kanak-kanak
  • Dibawah 14 tahun – hanya kerja ringan dalam perniagaan keluarga
  • 14-16 tahun – Dalam kerja ringan yang tidak melibatkan penggunaan jentera
  • Maksima 7 jam sehari
  • Hanya dapat bekerja antara pukul 8 pagi – 6 petang

 

Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968

  • Bukan warganegara Malaysia perlu mendapatkan permit kerja yang sah sebelum mereka boleh bekerja di dalam negara.
  • Kerja tanpa permit kerja yang sah adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Imigresen 1966.

 

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

  • Akta ini yang memperuntukkan kerangka perundangan untuk menjamin keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di kalangan semua tenaga kerja Malaysia dan untuk melindungi orang lain daripada risiko keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti p
  • Seksyen 15 menggariskan tugas majikan termasuk penyelenggaraan loji dan sistem yang selamat dan tanpa risiko kesihatan, memberikan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Seksyen 16 memerlukan majikan merumuskan dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan sentiasa menyemaknya untuk menyelaraskan dasar-dasar dengan perubahan dan amalan terbaik dalam dunia perniagaan.
  • Dasar Keselamatan dan Kesihatan merupakan komitmen dan keprihatinan syarikat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Isu mengenai keselamatan dan kesihatan yang dinyatakan dalam dasar mesti diambil kira.

Sila rujuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and Health) bagi maklumat lanjut

 

Akta Kilang dan Jentera 1967

  • Memberi perlindungan dari segi kesihatan dan keselamatan bagi semua pekerja yang bekerja di kilang tanpa mengira jantina
  • Bidangkuasa akta itu meliputi semua kilang

 

Perintah Gaji Minima 2016

  • Gaji minima telah dilaksanakan pada tahun 2013 dan telah dituruti dengan teliti selepas itu.
  • Upah minima adalah upah asas, tidak termasuk sebarang elaun atau bayaran lain.
KADAR GAJI MINIMA (menurut Perintah Gaji Minima 2016)
Kawasan serantau Bulanan Sejam Sehari
Jumlah hari berkerja seminggu
6 5 4
Semenanjung Malaysia RM1,000 RM4.81 RM38.46 RM46.15 RM57.69
Sabah, Sarawak dan Labuan RM920 RM4.42 RM35.38 RM42.46 RM53.08
  • Dasar Gaji Minimum juga digunapakai untuk pekerja yang dibayar pada kadar sepotong, tan, perjalanan atau komisen. Majikan dikehendaki menambah upah pekerja sekiranya pendapatan mereka tidak berjumlah RM1,000 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sumber: Ministry of Human Resources Malaysia

 

Akta Usia Persaraan Minima 2012

  • Usia persaraan minima meningkat dari 55 kepada 60 untuk kakitangan awam dan pekerja sektor swasta di Malaysia.
  • Akta tidak menghalang pekerja daripada memilih untuk bersara awal jika kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif membenarkan persaraan awal.
  • Undang-undang baharu akan mengenakan denda RM10,000 atas mana-mana majikan yang didapati bersalah menghendaki seorang pekerja bersara sebelum usia 60 tahun. Walau bagaimanapun, undang-undang ini tidak menghalang pekerja daripada memilih untuk bersara lebih awal daripada umur 60 jika kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang terpakai untuk pekerjaan mereka membenarkan tarikh persaraan yang lebih awa

 

Akta Pampasan Pekerja 1952

  • Dikuatkuasa oleh Jabatan Tenaga Kerja
  • Hanya pekerja asing yang dilindungi di bawah Akta ini berhubung dengan pampasan bagi kecederaan pekerjaan dan juga kecederaan bukan kerana pekerjaan melalui Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pekerja Asing) (Insurans) 199
  • Untuk memberi pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja atau yang mengidap penyakit berkaitan pekerjaan.
  • Meliputi: • Pekerja asing memperoleh RM 900 sebulan
  • Pekerja mesti mengambil polisi insurans untuk menanggung liabiliti di bawah akta tersebut.
  • Apa yang Harus Dilakukan Jika Seorang Pekerja Terlibat dalam Kemalangan?
    • Setiap pekerja yang terlibat dalam kemalangan mestilah memaklumkan majikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan itu kecuali bagi kemalangan maut.
    • Majikan mesti memaklumkan Jabatan Buruh terdekat dari tempat kemalangan secara bertulis. Notis sedemikian hendaklah dikemukakan dalam tempoh 10 hari dari tarikh kemalangan.
    • Majikan hendaklah memastikan bahawa semua maklumat disertakan butiran lengkap dan dokumen sokongan seperti sijil perubatan atau sijil kematian.
    • Majikan mesti memastikan penyelesaian pampasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jabatan Buruh dibayar terus kepada pekerja yang cedera dengan mendepositkan pembayaran tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja sebagaimana yang diarahkan.
    • Namun demikian, penyelesaian ganti rugi tidak boleh dibayar terus kepada isteri, anak atau tanggungan, tetapi perlu didepositkan ke Jabatan Buruh yang berkaitan. • Kegagalan untuk memaklumkan Jabatan Buruh sekiranya berlaku kemalangan adalah satu kesalahan dan majikan yang disabitkan kesalahan, akan didenda sebanyak RM5,000 bagi kesalahan pertama dan RM10,000 bagi kesalahan kedua.

Pautan Pantas

Potongan Gaji Statutori
Pengambilan Pekerja Ekspatriat di Malaysia
Ringkasan Proses Imigresen
Keperluan Modal Berbayar Syarikat bagi Pengambilan Ekspatriat
Keperluan Memohon Pas Pekerja Ekspatriat
Keperluan Memohon Pas Pekerja Ekspatriat daripada Agensi/Badan Pengawalselia bagi Permohonan Pas Pekerja
Senarai Jawatan Tidak Boleh Diisi Ekspatriat