This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Perundangan di Malaysia

LegalPerkhidmatan atau nasihat perundangan seakan mempunyai sedikit kaitan dengan perniagaan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mendapatkan nasihat apabila anda berdepan pertikaian kontrak, atau tuntutan daripada pelanggan, atau pekerja memfailkan aduan. Jelas sekali, ini merupakan beberapa isu undang-undang yang anda mungkin hadapi sebagai pemilik perniagaan.

Maka, perkhidmatan atau nasihat perundangan boleh membantu anda berdepan peraturan yang mempengaruhi perniagaan atau industri anda, dan bagaimana menangani pertikaian, melindungi harta intelektual dan hak cipta dan sebagainya. Juga, anda akan dapat mengetahui cara melindungi diri anda daripada hutang lapuk, lebih memahami undang-undang keperluan insurans serta menetapkan terma dan syarat untuk produk atau perkhidmatan anda.

Maklumat yang dibentangkan di bawah ini bukanlah nasihat undang-undang. Kami mengesyorkan supaya anda bercakap dengan peguam kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan undang-undang.

Nasihat undang-undang

Kontrak atau perjanjian perdagangan merupakan istilah luas yang digunakan untuk pelbagai transaksi perniagaan seperti menggunakan khidmat luar (outsourcing), penjenamaan, francais, logistik dan penjualan serta penyediaan barang dan perkhidmatan. Dalam erti kata lain, setiap dari perkara tersebut boleh merangkumi perjanjian mudah kepada projek yang kompleks. Dalam hal ini, perniagaan memerlukan satu pasukan berpengalaman selain pendekatan yang fleksibel. Dalam 3E Accounting Malaysia, para peguam bersekutu kami terdiri daripada peguam dengan pengalaman industri yang membolehkan kami menawarkan kepakaran praktikal dan teknikal. Kami menyediakan Nasihat Undang-Undang pragmatik, yang bersifat komersial agar anda mendapat pendekatan peribadi dan profesional. Anda tidak memerlukan peguam untuk setiap isu perundangan yang timbul dalam perniagaan. Tetapi apabila anda perlukannya, anda tentu mengetahui di mana untuk mencari khidmat terbaik.

 

Perkhidmatan Pendaftaran Tanda Dagangan di Malaysia

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama merangkumi pelbagai kumpulan etnik seperti kaum Melayu, Cina dan India serta kumpulan etnik pribumi yang lain di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati di dalam memilih tanda dagangan bagi mengelakkan salah faham. Walau bagaimanapun, anda tidak harus bimbang tentang Pendaftaran tanda dagangan kerana kami mampu memberi nasihat tentang kesesuaian tanda yang dicadangkan bagi mengelak isu sensitif.

 

Perundangan

Tambahan lagi, kami akan membantu anda memahami kelayakan, keperluan serta pendaftaran tanda dagangan.