This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Panduan Memilih Nama Syarikat Anda di Malaysia

Langkah pertama bagi menubuhkan Syarikat anda di Malaysia ialah dengan mengesahkan tempahan nama syarikat anda.

Sudah memikirkan nama Syarikat baharu anda?

Hubungi kami di info@3ecpa.com.my bagi menyemak ketersediaan nama syarikat secara PERCUMA !!!

PANDUAN MEMILIH NAMA SYARIKAT ANDA DI MALAYSIA

Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sesebuah syarikat atau pertukaran namanya didaftarkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau Pendaftar Syarikat mesti terlebih dahulu meluluskan nama atau nama baharu syarikat itu dengan sewajarnya.

Peruntukan berkanun Akta tersebut memperuntukkan bahawa, kecuali dengan persetujuan Menteri, sesebuah syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini atau sesuatu nama, atau sejenis nama, yang diarahkan Pendaftar oleh Menteri agar tidak menerima bagi didaftarkan.

Prinsip-Prinsip Asas Dan Ciri-ciri Nama Yang Boleh Dipertimbangkan Sebagai Nama Syarikat

  1. Nama Syarikat hendaklah menggunakan bahasa dan ejaan yang betul;
  2. Jika nama tersebut mengandungi perkataan selain Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, maksud perkataan tersebut hendaklah diberikan;
  3. Nama-nama yang tidak mencemar kesucian agama atau mungkin menyinggung perasaan orang ramai;
  4. Nama-nama yang tidak menyerupai unsur-unsur agama;
  5. Nama tertentu yang tidak terlalu umum, contohnya “Attempt Bhd.” Atau “Beautiful Sdn. Bhd.”;
  6. Penggunaan nama individu hendaklah dari nama para pengarah yang dinamakan dalam Memorandum atau Artikel. Bagaimanapun, nama individu boleh dipertimbangkan jika nama tersebut merupakan nama ahli keluarga terdekat pengarah atau penganjur, contohnya nama anak, bapa, isteri, datuk atau nenek. Bukti hubungan keluarga perlu diberikan. Jika nama syarikat adalah dari nama individu kumpulan syarikat-syarikat yang telah wujud, surat persetujuan mesti diperoleh daripada kumpulan syarikat-syarikat yang memiliki nama individu tersebut;
  7. Nyatakan makna perkataan yang dicipta;
  8. Nama syarikat bukan akronim yang boleh digunakan untuk mengelirukan sebagai contoh nama syarikat multinasional seperti PNB, ICI, IBM;

Perkataan yang dilarang menurut Arahan Menteri

  1. Nama-nama yang menggambarkan hubungan dengan ahli-ahli keluarga Diraja atau dinaungi Raja-Raja termasuk nama yang mengandungi kata-kata seperti “Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja” or “Sultan”;
  2. Nama-nama yang menggambarkan hubungan dengan jabatan kerajaan negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana perbandaran atau pihak berkuasa tempatan yang lain, termasuk nama yang mengandungi kata-kata seperti “Persekutuan”, “Negeri” atau “Negara”;
  3. Nama-nama yang menggambarkan hubungan dengan mana-mana negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan mana-mana organisasi antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi kata-kata seperti “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC”, “OPEC”;
  4. Nama-nama yang menggambarkan hubungan dengan mana-mana parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, pertubuhan koperasi atau pertubuhan pembinaan;
  5. Nama-nama termasuk kata-kata berikut atau kata-kata sepertinya: “Bank”, “Banker”, “Perbankan”, “Bumiputra”, “Biro”, “Dewan Perniagaan dan Industri”, “Dewan Pengilang”, “Chartered”, “Kolej”, “Pengguna”, “Majlis”, “Kredit”, “Tukaran”, “Pelaksana”, “Harga Patut”, “Kewangan”, “Yayasan”, “Kumpulan Wang”, “Jaminan”, “Institut”, “Insurans”, “Pelaburan”, “Sewaan”, “Buatan Malaysia”, “Perdana”, “Pendaftar”, “Bendahari”, “Amanah”, “Unit Trust”, “Universiti”;
  6. Nama yang mengelirukan tentang identiti, sifat, objek atau maksud sesuatu syarikat atau dengan cara lain;
  7. Nama yang mencemar kesucian agama atau mungkin menyinggung perasaan orang ramai;
  8. Nama yang merupakan:
  9. terjemahan nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau
  10. boleh menyerupai atau disalah-anggap sebagai nama mana-mana syarikat lain atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau
  • mungkin menyerupai atau disalah-anggap sebagai nama yang dikhaskan untuk tujuan penubuhan sesebuah syarikat baharu atau pendaftaran sesebuah syarikat asing atau bagi maksud menukar nama sesebuah syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.

Jika pemohon atau penganjur sesebuah syarikat telah memberi justifikasi penggunaan nama atau perkataan yang terkandung dalam Arahan di atas, pemohon atau penganjur tersebut perlu memohon kepada Menteri melalui Pendaftar Syarikat, dengan menyatakan sebab atau alasan bagi menggunakan nama atau perkataan tersebut sebagai sebahagian daripada nama yang dicadangkan oleh syarikat itu, bersama-sama dengan pembayaran sebanyak RM150.00.

Larangan Penggunaan Nama-Nama Yang Tidak Diingini

Dalam menentukan sama ada nama yang dicadangan adalah nama yang tidak diingini, Pendaftar Syarikat telah menetapkan beberapa kriteria berdasarkan beberapa prinsip umum tetap, termasuk mana-mana undang-undang lain yang juga memberi peruntukan mengenai kawalan penggunaan nama yang berkaitan dengan aktiviti yang dikawal oleh undang-undang berkenaan, nama-nama yang berkaitan dengan aktiviti yang dikawal oleh Agensi Kerajaan dan bagi kepentingan nasional dan awam. Kriteria berikut perlu dipatuhi:

Nama-nama yang menggambarkan hubungan Dengan Kegiatan Terkawal oleh Undang-Undang Lain

  1. Akta Perbankan Dan Institusi Kewangan 1989 –
    “Bank”, “pengambilan deposit”, “kewangan”, “merchant bank”, “discount house”, “broker wang”, “broker tukaran asing”, “Kewangan”, “Pemfaktoran”, “Pajakan”, “Kredit Pembangunan” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  2. Akta Industri Sekuriti 1983 –
    “Bursa saham”, “pasaran saham”, “pasaran dagangan sekuriti” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  3. Akta Industri Niaga Hadapan 1993 –
    “Bursa niaga hadapan”, “broker niaga hadapan”, “penasihat perdagangan niaga hadapan” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  4. Akta Insurans 1963 –
    “insurance”, “assurance”, “underwriter” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  5. AktaTukaran Wang 1998 –
    “Pengurup wang”, “tukaran asing” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  6. Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 –
    “Ejen hartanah”, “ejen rumah”, “ejen harta tanah”, “ejen tanah”, “broker rumah” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  7. Akta Takaful 1984 –
    “Takaful” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  8. Akta Akauntan 1967 –
    “Percukaian”, “cukai”, “perakaunan”, “akauntan awam”, “juruaudit”, “perunding cukai”, “penasihat cukai” atau perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  9. Akta Perubatan (Iklan dan Jualan) 1956 –
    “Klinik swasta”, “klinik”, “klinik radiologi swasta”, “makmal perubatan swasta”, “ubat alternatif”, “herba tradisional”, “tabib”, “rawatan”, “klinik rambut”, “keguguran rambut”, “homeopati”, “perubatan herba tradisional” dan “dewan perubatan” atau perkataan-perkataan sedemikian yang memberi maksud yang sama;
  10. Sebarang undang-undang lain yang dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat dari semasa ke semasa
    Nama-nama yang mengandungi perkataan yang dilarang di bawah undang-undang di atas boleh dipertimbangkan jika pemohon atau penganjur syarikat memperoleh kelulusan bertulis yang diperlukan dari agensi yang mengawal undang-undang berkaitan. Surat kebenaran hendaklah dilampirkan bersama-sama borang permohonan untuk carian nama.

Nama-nama yang menggambarkan hubungan dengan Aktiviti yang Dikawal oleh Agensi Kerajaan Atau Badan Profesional

  1. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) –
    Kata-kata seperti “Labuan Offshore”, “Syarikat Luar Pesisir”, “Syarikat Amanah Labuan” atau perkataan yang membawa maksud yang sama;
  2. Lembaga Arkitek Malaysia – Perkataan seperti “arkitek”;
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia –
    Perkataan seperti “kolej”, “institut”, “universiti”, “sekolah” atau perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama;
  4. Jabatan Kemajuan Koperasi –
    Perkataan seperti “co-op”, “Koperasi” atau perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama;
  5. Jabatan Penerbangan Awam –
    Perkataan seperti “penerbangan”, “saluran udara”, “syarikat penerbangan”, “udara” atau perkataan yang sama maksudnya;
  6. Lembaga Jurutera Malaysia – Perkataan seperti “jurutera”;
  7. Institut Akauntan Malaysia – Perkataan seperti “akauntan” atau “cukai”;
  8. Jabatan Perdana Menteri – Perkataan seperti “dinar”;
  9. Kementerian Industri Utama –
    Perkataan seperti ““Pusat Serantau Pengurusan Hutan” (“Information Centre for Forest Management”);
  10. Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia –
    Perkataan seperti ”Crypto”, ”Muttaqim”, ”Mustaqim”, “Ehram Mukjizah”, ”Wakaf”, “Amil”, “Baitulmal”, “Halal”, “wasiat”, “faraid” atau kata-kata yang sama ;
  11. Bahagian Permohonan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) –
    Kata-kata seperti “Amanah” dan “Trust” untuk penubuhan syarikat amanah.
  12. Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut menggambarkan hubungan dengan aktiviti yang dikawal oleh Agensi Kerajaan atau badan profesional seperti yang disebutkan di atas boleh dipertimbangkan jika pemohon atau penganjur syarikat memperoleh kelulusan bertulis yang diperlukan dari agensi kerajaan atau badan profesional yang berkaitan. Surat kelulusan hendaklah dilampirkan bersama-sama borang permohonan untuk carian nama.

Nama-nama yang Penggunaannya Dikendalikan Dan Terbatas kerana Kepentingan Nasional Dan Rakyat.

  1. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan nama terkenal yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Cap Dagangan –
  2. Contoh: “Astro”, “DIGI”, “Berjaya”, “Chase”, “HICOM”, “Petronas”, “Intrakota”, “Celcom”, “Pernas”, “Perodua”, “Modenas”, “Telekom”, “Kenyir”, “Kulim Hi-Tech”;
  3. “Cyber” atau perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama;
  4. “Putrajaya” atau perkataan yang membawa maksud yang sama;
  5. “MSC/Multimedia Super Corridor”;
  6. “Orang Tengah”;
  7. “Rizab Melayu”;
  8. Perkataan yang menyerupai aktiviti perjudian seperti “sweepstake”, “loteri”, “peramal nasib” atau perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama;
  9. Kata-kata seperti “minuman keras” dan perkataan sepertinya; dan
  10. Kata-kata dari slogan Kerajaan seperti “Wawasan 2020”, “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Jatidiri” , “Kuala Lumpur 2001”, “Kuala Lumpur 2006”, “Kuala Lumpur 2008”, “Malaysia Boleh”, “Dulu, Kini dan Selamanya” dan lain-lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.