This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Ekonomi Malaysia – Satu Sorotan Ringkas

Ekonomi Malaysia

Bermula Sebagai Pengeksport Bahan Mentah Menjadi Kuasa Asia, Ini Sorotan Ringkas Ekonomi Malaysia

Daripada permulaan sederhana selaku pengeksport bahan-bahan mentah, hari ini ia muncul sebagai kuasa ekonomi Asia. Ekonomi Malaysia berkembang pesat dan ini puncanya.

 

Pada Permulaan

Pada tahun 1970an, ekonomi Malaysia tertumpu khusus kepada pengeksportan bijih timah dan getah. Kerajaan sejak itu sering melaksana penstrukturan semula aspek ekonomi dan kemasyarakatan. Ia memperkenal Dasar Pembangunan Baru (DPB) dalam usaha mengimbangi agihan semula kekayaan dan pertumbuhan ekonomi. DPB dahulunya dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dasar ekonomi dilaksana bagi menggalak pertumbuhan di dalam sektor swasta. Aktiviti sektor awam berikut telah diswastakan iaitu:

  • Keretapi nasional
  • Pengeluaran automobil
  • Pengangkutan udara
  • Syarikat pembekal elektrik
  • Telekomunikasi

 

Ekonomi Hari Ini

Hari ini, ia berada di kalangan ekonomi yang berkembang pesat, paling kukuh dan di antara ekonomi paling pelbagai di Asia Tenggara. Bahkan, ekonomi Malaysia tersenarai di tangga keempat di antara ekonomi terbesar di Asia Tenggara di belakang Singapura, Thailand dan Indonesia.

Ekonomi Malaysia terus kekal dengan aktiviti mengimport menjadi kaedah utama pengeluaran. Namun, ia juga pengeluar minyak sawit terbesar selain getah. Negara ini mengeksport gas asli dan petroleum dalam kuantiti yang banyak, menyumbang kepada pertambahan pengukuhannya. Malaysia juga antara sumber kayu-kayan komersil paling utama di dunia.

Ketika ia mengorak langkah kehadapan, ekonomi Malaysia kini menekankan pengeluaran berasaskan hasil eksport. Langkah ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonominya. Dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, infrastruktur yang baik, serta kestabilan iklim politik, Malaysia menarik perhatian para pelabur global. Terutama sekali pelabur pelabur dari Taiwan dan Jepun.

Ekonomi Malaysia juga kekal menokok dengan kukuh berikutan daripada ciri-ciri berikut:

  • Sumber negara yang kaya dengan hasil galian dan perlombongan, memberi sumbangan besar kepada KDNK.
  • Pengeluaran, yang berkembang pesat sejak 1970an. Pengeluaran menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi menjelang abad ke-21.
  • Sektor kewangan yang semakin meningkat dan aktif, dirancakkan lagi oleh dasar kerajaan. Kerajaan Malaysia dikenali kerana usaha mempromosi pelaburan asing dan persaingan pasaran.
  • Sumber semulajadi yang kaya dalam pertanian dan perhutanan.
  • Pelancongan, yang menjadi sektor utama dalam ekonomi Malaysia. Pada 2014 sahaja, pelancongan domestik meyumbang sebanyak RM37.4 bilion. Organisasi Pelancongan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWTO) mengiktiraf Malaysia di tangga ke-10 selaku negara paling kerap dikunjungi pada 2012.