This page is also available in: enEnglish (English)

Keperluan Pematuhan Korporat di Malaysia

Dapatkan khidmat firma profesional seperti 3E Accounting sebagai agen percukaian dan kesetiausahaan syarikat anda bagi membantu memenuhi keperluan pematuhan.

Untuk butiran lanjut berkenaan Keperluan Pematuhan di Malaysia, sila rujuk:

Standard Laporan Kewangan di Malaysia

Kriteria Kelayakan Pengecualian Audit bagi Syarikat Sendirian Berhad

Penghantaran Borang Pulangan Tahunan kepada SSM Malaysia

Peranan dan Tanggungjawab Setiausaha Syarikat di Malaysia

Format Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible (XBRL) bagi Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia

Deklarasi Berkanun di Malaysia

 

Ketahui lebih lanjut berkaitan Keperluan Pematuhan Korporat berikut:

No Keterangan Jangka Masa Rujukan
1.0 Tanggungjawab di bawah Akta Syarikat 2016
1.1 Publication of Name & Registration No

(a) Pejabat Berdaftar;

(b) Tempat Perniagaan;

(c) Tempat di mana kira-kira (Rekod Perakaunan) tersimpan; dan

(d) kesemua surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis-notis rasmi, penerbitan rasmi, laman sesawang, pertukaran bil, nota promissori, sokongan, cek, borang tempahan, invois, resit dan surat kredit dikeluarkan atau dilapor akan dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat, dan semua bentuk lain bagi surat-menyurat perniagaan dan dokumentasi perlu tertera nama Syarikat (samada membawa nama syarikat di dalam urusniaga atau tidak) & nombor pendaftaran syarikat

Serta-merta S.30 di bawah Akta Syarikat
1.2 Perlantikan Setiausaha Pertama Dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemerbadanan S.236 di bawah Akta Syarikat
1.3 Dokumen Perlu Tersimpan di Pejabat Berdaftar

a) notis pendaftaran dikeluarkan di bawah seksyen 15;
b) perlembagaan syarikat sekiranya ada;
c) sijil diberi di bawah Akta ini atau yang selari dengan undang-undang bertulis sebelumnya, sekiranya ada;
d) semua daftar, kira-kira, rekod dan dokumen yang diperlukan di bawah Akta;
e) minit semua mesyuarat ahli dan resolusi ahli;
f) minit semua mesyuarat dan resolusi lembaga dan AJK Lembaga;
g) salinan semua komunikasi bertulis kepada semua ahli atau pemegang saham dalam kelas yang sama;
h) salinan semua penyata kewangan dan penyata kewangan kumpulan;
i) rekod perakaunan syarikat diperlukan di bawah seksyen 245;
j) salinan semua instrumen menghasil dan membuktikan caj seperti diperlukan dalam seksyen 357; dan
k) dokumen-dokumen serupa yang diperlukan disimpan oleh Pendaftar.

Semua dokumen-dokumen di atas selalunya disimpan di Pejabat Pendaftar kerana kami mengendalikan Khidmat Kesetiausahaan Syarikat, kecuali item (i) rekod-rekod perakaunan syarikat yang tidak di bawah kustodi kami. Maka satu Notifikasi tentang perkara itu perlu dilapor kepada SSM.

Serta-merta dan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pertukaran S.47 di bawah Akta Syarikat
1.4 Rekod Perakaunan Lengkap

Menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod lengkap yang memberi penjelasan penuh berkaitan urusniaga dan kedudukan kewangan syarikat serta membolehkan kadar untung dan rugi sebenar & saksama serta balance sheet (penyata kira-kira)

Kesemua laporan tepat dibuat bagi rekod perakaunan dan lain-lain rekod dalam tempoh 60 hari selepas lengkapnya urusniaga di mana segala yang berkaitan dengan perakaunan dan lain-lain rekod disimpan bagi tempoh 7 tahun.

Merujuk kepada panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan penyimpanan rekod, adalah menjadi tanggungjawab agar semua dokumen perakaunan disimpan di dalam bentuk asal (hardcopy) walaupun ia telah diubah ke bentuk elektronik (salinan imbas) agar mudah dirujuk. Rekod perakaunan perlu tersedia sekiranya pegawai LHDB memohon salinan asalnya.

Dalam tempoh 60 hari dari lengkapnya urusniaga S.245 dibawah Akta Syarikat
1.5 Melaporkan Pulangan Tahunan, bagi setiap kalendar tahun tidak lewat dari 30 hari dari tarikh ulangtahun pemerbadanan syarikat. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh aniversari pemerbadanan syarikat S.68 di bawah Akta Syarikat
1.6 Persediaan Penyata Kewangan

Para Pengarah setiap syarikat perlu menyediakan penyata kewangan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemerbadanan dan seterusnya, 6 bulan dari tamatnya tahun kewangan.

Dalam tempoh 18 bulan dari pemerbadanan dan seterusnya 6 bulan dari tarikh tamat tahun kewangan S.248 dibawah Akta Syarikat
1.7 Tugas mengedarkan salinan Penyata Kewangan

Setiap syarikat perlu menghantar salinan Penyata Kewangan bagi setiap tahun kewangan kepada setiap ahli syarikat, setiap individu berhak menerima notis mesyuarat agung, setiap juruaudit syarikat dan pemegang debentur syarikat tentang segala permohonan yang dibuat, kepada alamat terakhir diketahui yang dimaklumkan kepada syarikat.

Dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tamat tahun kewangan syarikat swasta S.257 & S.258 dibawah Akta Syarikat
1.8 Tugas melapor penyata dan laporan kewangan kepada Pendaftar

Penyata dan laporan kewangan dalam kes syarikat swasta perlu dilaporkan kepada SSM melalui format XBRL dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyata dan laporan kewangan diedarkan kepada ahli-ahli.

Dalam tempoh 30 hari dari tarikh edaran laporan dan penyata kewangan S.259 dibawah Akta Syarikat
1.9 Penyata Kewangan Diaudit

Setiap syarikat diperlukan mengedar penyata kewangan telah diaudit kepada para pemegang saham dan para juruaudit melainkan syarikat dikecualikan berdasarkan Arahan Amalan berjudul “Kriteria Kelayakan bagi Pengecualian Audit Sebilangan Kategori Syarikat-Syarikat Swasta” yang dkeluarkan oleh SSM.

Syarikat berikut layak bagi pengecualian audit:-

(a) syarikat-syarikat dorman
(b) syarikat dengan keuntungan sifar
(c) syarikat dengan kelayakan ambang/threshold

S. 267(2) dibawah Akta Syarikat & Arahan Amalan SSM 3/2017
2.0 Tugas dan larangan bagi Pengarah di bawah Akta Syarikat 2016
2.1 Pengumuman kepentingan dalam kontrak, hartanah, pejabat, dsb

Mana-mana pengarah (termasuk indivdu berkaitan dengan pengarah) yang memiliki kepentingan secara langsung atau tidak langsung di dalam kontrak atau cadangan kontrak dengan syarikat perlu secepat mungkin mengumumkan perihal kepentingannya di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. Pengarah terbabit tidak boleh mengundi bagi kontrak atau cadangan kontrak tersebut.

Serta-merta S.221 dibawah Akta Syarikat
2.2 Pinjaman kepada pengarah & larangan pinjaman kepada orang berkaitan dgn pengarah

Sesuatu syarikat (selain syarikat swasta yang dikecualikan) tidak boleh memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat berkaitan atau individu berkaitan dengan pengarah.

Nota : Pengecualian syarikat swasta / Exempt Private Company (“EPC”) bermakna syarikat swasta di mana tiada badan korporat atau tidak lebih dari 20 ahlinya merupakan badan korporat memiliki pegangan kepentingan sahamnya.

 

Serta-merta S.224 & S. 225 di bawah Akta Syarikat
2.3 Tugasan am bagi membuat pengumuman

Pengarah perlu memberi notis bertulis kepada syarikat tentang butiran sebarang perubahan berkaitan saham, debentur, kepentingan penyertaan, hak-hak, opsyen-opsyen, dan kontrak dalam syarikat atau dalam perbadanan berkaitan

Dalam tempoh 14 hari dari tarikh sebarang perubahan S.219 di bawah Akta Syarikat
2.4 Mana-mana perubahan butiran pengarah, pengurus dan setiausaha

Mana-mana perubahan pada nama, kerakyatan, alamat kediaman, khidmat alamat, bidang perniagaan, butiran pengarah syarikat awam atau anak syarikat lain, nombor KP pengarah termasuk tarikh perletakan jawatan, pemberhentian, persaraan, tidak dipilih semula dan kematian. Dalam kes kematian, sila serta sijil kematian.

Dalam tempoh 14 hari dari tarikh sebarang perubahan S.58 di bawah Akta Syarikat
2.5 Perubahan kepada Alamat Perniagaan dan/atau Bidang Perniagaan

Di mana sesebuah syarikat telah memutuskan untuk menukar alamat perniagaan atau bidang perniagaannya, syarikat perlu memaklumkan SSM dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan tersebut.

Dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan. Arahan Amalan SSM 2/2017
3.0 Tanggungjawab sebagai Majikan
3.1 Mendaftar dengan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) Dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemasukan pekerja pertama www.kwsp.gov.my
3.2 Mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja PERKESO Dalam tempoh 30 hari dari tarikh Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA) berkuatkuasa untuk syarikat tersebut www.perkeso.gov.my
3.3 Mendaftar Fail Cukai Majikan (nombor E) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN (IRB) Bila-bila masa sebelum pembayaran gaji kepada pekerja www.hasil.gov.my
3.4 Mendaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (Tertakluk kepada syarikat disenarai di bawah Bahagian 1, Jadual 1 di bawah PSMBA)

Bermula 1 April 2017, Pendaftaran dengan Dana Pembangunan Sumber Manusia HRDF adalah diwajibkan jika majikan mengambil sepuluh (10) atau lebih pekerja di dalam 63 sub-sektor.

Lihat Apa itu HRDF bagi maklumat lanjut.

Dalam tempoh 30 hari dari pemerbadanan www.hrdf.com.my
3.5 Pendaftaran dengan Sistem Insuran Penggajian (EIS) Secepat mungkin www.perkeso.gov.my
4.0 Tanggungjawab di bawah Akta Cukai Pendapatan
4.1 Notifikasi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN (IRB) bagi mendapatkan Nombor Pendaftaran Cukai Syarikat (nombor C) Bila-bila masa sebelum pulangan cukai pertama www.hasil.gov.my
4.2 Jangkaan Cukai Perlu Dibayar

Setiap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu memberi jangkaan cukai perlu dibayar

Bermula pada Tahun Pentaksiran 2014, di mana PKS yang memulakan operasi tidak memiliki tempoh asas bagi tahun pentaksiran tersebut dan bagi tahun pentaksiran seterusnya, PKS terbabit tidak perlu memberi jangkaan cukai perlu dibayar bagi tahun pentaksiran tersebut dan bagi 2 tahun pentaksiran seterusnya.

2 tahun pertama Tahun Pentaksiran (YA) dari tarikh permulaan operasi dikecualikan. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan menghantar Borang CP204 memaklumkan LHDN tentang status PKS tanpa perlu memberikan amaun jangkaan cukai perlu dibayar bagi mengelakkan sebarang penalti dikenakan bagi jangkaan tidak menepati atau penghantaran tidak dibuat oleh pihak LHDN. Tahun Pentaksiran ke-3 dan seterusnya: 30 hari sebelum tempoh asas bermula.
4.3 Bagi semua syarikat (kecuali PKS) yang memulakan operasi buat pertama kali

Secara umum, PKS merujuk kepada syarikat pemastautin yang memiliki modal berbayar dari segi saham biasa bernilai kurang daripada RM2.5juta

 

Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permulaan operasi hanya jika tempoh asas bagi tahun tersebut tidak kurang daripada 6 bulan
4.4 Penghantaran semakan jangkaan cukai perlu dibayar Anda boleh menghantar CP 204A bagi menyemak semula jangkaan cukai perlu dibayar dalam bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas
4.5 Penghantaran pulangan cukai pendapatan
(perlu disiapkan berdasarkan akaun diaudit bermula Tahun Pentaksiran 2014)
Anda perlu menghantar Borang e-C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh selepas penutup tempoh perakaunan
5.0 Tanggungjawab di bawah Akta Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)
5.1 Pendaftaran GST Pendaftaran GST

Diwajibkan sekiranya pulangan dari jualan melebihi RM500,000 yang ditentukan samada dengan kaedah berikut

• Jumlah nilai pembekalan boleh dicukai bagi bulan semasa dan 11 bulan sebelumnya, atau

• Jumlah nilai pembekalan boleh dicukai bagi bulan semasa dan 11 bulan berikutnya

Pendaftaran Sukarela dibenarkan tetapi perlu kekal di dalam sistem selama sekurang-kurangnya 2 tahun.

Siapa perlu mendaftar

Individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, amanah, estet, pertubuhan, kesatuan, kelab, persatuan atau mana-mana organisasi termasuk jabatan kerajaan yang terlibat di dalam urusan membuat pembekalan boleh dicukai di Malaysia.

Dalam tempoh 28 hari dari tarikh akhir dalam bulan di mana pulangan boleh dicukai melebihi atau dijangka melebihi RM500,000
5.2 Tanggungjawab Utama Perseorangan Berdaftar GST

Perseorangan berdaftar perlu mematuhi keperluan di bawah GST seperti berikut:
a) akaun GST bagi pembekalan boleh dicukai dibuat dan diterima, iaitu cukai output dan cukai input;
b) hantarkan pulangan GST (GST-03) dan bayar cukai tidak lewat dari tarikh akhir bagi bulan berikutnya selepas tempoh boleh dicukai;
c) keluarkan invois cukai bagi mana-mana pembekalan melainkan dengan kebenaran Kastam;
d) maklumkan pihak Kastam berkenaan penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari selepas tamatnya perniagaan;
e) maklumkan Kastam sebarang perubahan ke atas alamat, aktiviti boleh dicukai, asas perakaunan serta tempoh boleh dicukai; dan
f) simpan rekod secukupnya bagi semua urusniaga perniagaan berkaitan GST dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris selama 7 tahun.

5.3 Tanggungjawab Utama Perseorangan Tidak Berdaftar GST
Caj Berbalik bagi pengimpotan perkhidmatanPembekal yang tidak berada di Malaysia dan membekalkan perkhidmatan kepada pelanggan di Malaysia tidak dikenakan GST. Bagaimanapun, pelanggan yang menerima perkhidmatan bagi sebarang tujuan yang dijalankannya perlu bertanggungjawab bagi GST dengan menggunakan mekanisme caj berbalik.Apabila perkhidmatan diimpot dari luar Malaysia dan dibekalkan kepada penerima di Malaysia, ia dianggap pembekalan boleh dicukai jika dilakukan di Malaysia, di mana penerima pembekalan perlu membayar GST jika pembekalan diimpot adalah bagi tujuan perniagaan dan dimanfaatkan di Malaysia. Dia perlu bertanggungjawab bagi cukai output bagi bahagian pembekalan yang dimanfaatkan di Malaysia. Sekiranya penerima merupakan orang boleh dicukai, dia berhak menuntut cukai input ke atas pembekalan jika pembekalan diimpot digunakan bagi membuat pembekalan layak dicukai.Sekiranya penerima bukan orang yang boleh dicukai, dia masih diperlukan bertanggungjawab ke atas GST sebagai cukai output dan mengisytihar cukai sebagaimana diterangkan dalam Borang GST-04. Cukai tersebut perlu dibayar tidak lewat dari tarikh akhir bulan berikutnya selepas bulan dimana pembayaran pembekalan dilakukan.Masa pembekalan bagi perkhidmatan diimpot tamat apabila pembayaran dibuat oleh penerima bagi perkhidmatan kepada tempoh mencakupi pembayaran dilakukan.Penerima tidak perlu mengeluarkan invois cukai apabila dia menerima perkhidmatan impot. Tetapi bagi tujuan audit, penerima perlu menyimpan invois yang diterimanya dari pembekal dari luar negara.
Umumkan cukai dalam Borang GST-04 dan cukai perlu dibayar tidak lewat dari tarikh akhir bagi bulan berikutnya dari bulan di mana pembayaran untuk pembekalan dilakukan.

 

Keperluan Pematuhan Korporat

Sekiranya syarikat anda dikecualikan daripada audit, kami di 3E Accounting mampu membantu anda sepenuhnya di dalam keperluan pematuhan. Sekiranya anda inginkan apa sahaja perkhidmatan audit di kemudian hari, kami akan membantu anda mendapatkan khidmat juruaudit berkualiti dengan harga berpatutan agar anda dapat menumpu sepenuh tenaga menguruskan perniagaan anda.

 

Penafian

Panduan ini merangkumi maklumat yang didapati dan diambil dari pelbagai sumber awam yang tersedia. 3E Accounting tidak berusaha mengesahkan kebolehpercayaan sumber-sumber ataupun kesahihan maklumat-maklumat tersebut. Kesemua informasi yang dibekalkan adalah “seperti yang tersedia” dan 3E Accounting tidak memberi perwakilan atau jaminan dalam apa jua bentuk (samada tersurat atau tersirat) tentang kesesuaian, kebolehpercayaan, jangka masa, kelengkapan atau ketepatan terbitan ini. Terbitan ini adalah bagi tujuan panduan umum dan tidak boleh ditakrifkan sebagai nasihat profesional. Justeru, ia tidak bertujuan dijadikan asas bagi sebarang keputusan dan anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat profesional khusus tentang sebarang urusniaga atau hal-hal yang mungkin menerima kesan dari terbitan ini sebelum membuat apa-apa keputusan atau mengambil apa-apa tindakan.

 

Pautan Pantas