This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Isu-isu Utama dan Kekaburan yang dihadapi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Berikut adalah isu utama dan kekaburan yang dihadapi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Namun, PLT masih merupakan salah satu pilihan terbaik bagi usahawan untuk memulakan perniagaan dengan mudah. Para usahawan akan mendapat manfaat daripada prosedur mudah dan penjimatan kos yang dihasilkan oleh keperluan pematuhan yang lebih rendah. 3E Accounting Malaysia adalah antara kumpulan pertama firma perakaunan yang mendaftar sebagai PLT. 3E Accounting memiliki kepakaran dan pengalaman dalam menasihati anda mengenai semua isu dan kekaburan PLT dalam Persediaan PLT Anda di Malaysia; Penukaran kepada PLT; Perakaunan dan Percukaian PLT. Hubungi kami hari ini di [email protected] bagi khidmat rundingan percuma!

 

A. Kesukaran dalam Mendapatkan Kemudahan Bank

Masa pemprosesan pembukaan akaun bank untuk PLT agak lama berbanding Syarikat (Sdn Bhd). Pihak bank memberitahu kami bahawa antara sebab proses yang berpanjangan adalah kerana tiada portal dalam talian untuk pihak bank membuat carian maklumat PLT. Sebaliknya, mereka dikehendaki pergi ke kaunter SSM untuk mendapatkan maklumat*.

Sehingga kini, para pelanggan kami tidak mendapat kemudahan perbankan dalam talian daripada Maybank2u kerana Maybank2u tidak menyokong PLT. Di samping itu, kami diberitahu pihak bank, PLT akan menghadapi kesulitan mendapatkan kemudahan kredit seperti pinjaman kerana tiada keperluan bagi audit statutori ke atas akaun PLT.

 

B. Tiada Perkhidmatan Dalam Talian untuk PLT

Kebanyakan agensi kerajaan hari ini menawarkan khidmat dalam talian, tetapi ianya tidak merangkumi PLT.

Contoh,

Walaupun PLT mudah ditubuhkan menggunakan portal MyLLP, permohonan profil dan sijil perniagaan masih perlu dilakukan di kaunter. SSM menawarkan portal e-maklumat bagi carian maklumat syarikat dan perniagaan*.

Bagaimanapun, Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak membenarkan pendaftaran cukai bagi PLT serta pemfailan cukai melalui portal dalam talian. Ini menyebabkan lebih banyak masa diperlukan bagi penghantaran melalui kaunter.

 

C. Kurang Kesedaran tentang PLT

Masih ramai yang tidak mengetahui tentang PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad. Ini memberi impak kepada penjenamaan perniagaan. Kebanyakan borang tidak disediakan untuk PLT seperti borang bank dan kebanyakan portal dalam talian tidak dapat menyokong kemasukan nombor pendaftaran PLT

 

D. Kesukaran Mendapatkan Tender Projek

Kebanyakan projek besar (terutama projek kerajaan) menetapkan syarat bahawa hanya Syarikat Sdn Bhd boleh memohon tender.

 

E. Penilaian Kredit Rendah

Kurang kesedaran mengenai PLT menyebabkan penarafan kredit yang lebih rendah untuk PLT. Di samping itu, PLT tidak dikehendaki mempunyai audit statutori tahunan. Sesetengah pelanggan kami menghadapi kesukaran mendapatkan kredit daripada vendor terutama syarikat-syarikat besar.

 

F. Insentif Cukai

Insentif khusus yang disediakan untuk syarikat tidak merangkumi PLT.

 

G. Prosedur Kabur

Kebanyakan garis panduan yang dikeluarkan agensi kerajaan seperti permohonan lesen perniagaan, prosedur imigresen dan sebagainya hanya menumpukan syarikat dan bukan PLT.

* SSM baru-baru ini menaiktaraf MyLLP portal yang menawarkan pembelian dalam talian bagi profil perniagaan PLT, penghantaran e-borang dsb.

Sekiranya anda memiliki pertanyaan berkenaan isu dan kekaburan dalam PLT, hantarkan emel kepada kami di [email protected] dan kami akan menjawab pertanyaan anda dalam tempoh 24 jam.

3E Accounting berbangga kerana dipaparkan dalam rencana PLT di Majalah ACCA – Rocky Path for LLP rollout, keluaran November 2015. Dalam rencana itu, 3E Accounting Malaysia diberi penghormatan ditemubual Majalah ACCA tentang isu-isu PLT.