This page is also available in: enEnglish (English)

Pengauditan GST di Malaysia

Bersedia dengan keyakinan untuk pengauditan GST

Dikatakan sebagai tanah yang mempunyai peluang perniagaan tanpa batasan, Malaysia merupakan tempat mesra perniagaan dengan ekonomi yang stabil, amat sesuai untuk menubuhkan syarikat dan operasi baharu. Walau bagaimanapun, untuk perniagaan yang berjaya, ia adalah penting untuk beroperasi selaras dengan piawaian industri dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia). Ini merujuk kepada sistem GST yang dilancarkan dan dilaksanakan di Malaysia 1 ½ tahun yang lalu.

Jika anda mempunyai pembekalan bercukai melebih RM500,000, maka ia adalah penting untuk berdaftar dengan sistem GST dan memastikan ia dilaksanakan dengan betul. Sehingga hari ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah memilih 50,000 syarikat untuk pengauditan GST. Audit ini akan dijalankan untuk memastikan sistem GST dilaksanakan dengan betul. Dengan ini, kumpulan syarikat seterus yang berdaftar untuk GST akan diumumkan pada bulan Mac tahun depan. Pada mulanya, fokus utama JKDM adalah syarikat-syarikat yang berisiko tinggi seperti peruncit, perniagaan B2C dan restoran.

 

Bagaimanakah syarikat-syarikat dipilih untuk pengauditan GST?

Walaupun syarikat-syarikat ini dipilih secara rawak untuk diaudit menerusi sistem perisikan automatik, namun terdapat kriteria-kriteria tertentu yang pertimbangan:

  • Keputusan dan prestasi yang berbeza berbanding dengan pesaing industri
  • Memberikan maklumat yang salah dalam dokumentasi GST
  • Kerap menyerahkan pulangan GST lewat
  • Pindaan yang kerap dalam pemfilan pulangan GST

 

Penyediaan Audit

Persoalannya, adakah anda bersedia untuk pengauditan GST? Adakah anda melaksanakannya dengan betul? Adakah anda bersedia untuk pengauditan dari Kastam? Sekiranya anda tidak pasti, hubungi kami untuk perkhidmatan pengauditan GST.

Di 3E Accounting Malaysia, kami mempunyai pemahaman yang mendalam dan pengetahuan yang luas mengenai sistem GST di Malaysia. Kami mempunyai pasukan juruaudit yang berpengalaman dan berpengetahuan yang boleh mengaudit dan semak proses perakaunan cukai barangan dan perkhidmatan, invois cukai dan boring GST 03 anda. Kami di 3E Accounting Malaysia boleh membantu anda bersedia untuk pengauditan dengan kastam.

Anda tidak perlu risau sebab kami berhubung terus dengan pegawai Kastam, membantu menjawab soalan dengan betul dan juga menyediakan dokementasi yang dimohon oleh pegawai berkenaan.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai sistem pengauditan GST di Malaysia, bagaimana ia berfungsi, atau memerlukan bantuan pakar audit untuk memastikan perniagaan anda cukup bersedia untuk pengauditan Kastam dan sistem cukai dilaksanakan dengan betul dalam syarikat anda, maka hubungi kami hari ini!

Ejen GST kami sedia membantu anda membuat persediaan pengauditan dan menjadikannya suatu proses yang bebas tekanan untuk anda.