This page is also available in: enEnglish (English)

Standard Laporan Kewangan Malaysia

Kerangka Laporan Kewangan di Malaysia amat mudah, ia dilakukan sebegini – syarikat-syarikat berdaftar di Malaysia perlu menyediakan penyata kewangan berkanun. Dan kerangka laporan kewangan ini bertujuan sebagai panduan bagi memastikan setiap ciri-ciri yang diperlukan dipenuhi.

Penyata-penyata yang disediakan perlu mematuhi standard perakaunan yang diluluskan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Standard Perakaunan Malaysia, juga dikenali dengan nama singkatannya MASB.

Kerangka laporan kewangan yang ditetapkan ini terpakai bagi kesemua syarikat-syarikat berdaftar di Malaysia. Syarikat-syarikat asing juga tidak jauh berbeza. Syarikat-syarikat asing yang disenaraikan di Papan Tukaran Saham Malaysia boleh menyediakan penyata-penyata atau laporan-laporan kewangan mereka selari dengan standard perakaunan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Sebagai contoh, salah satu daripada standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ialah Standard Laporan Kewangan Antarabangsa, ataupun IFRS.

Sebelum kita melihat kepada Standard Laporan Kewangan Malaysia, terlebih dahulu kita perlu memahami jenis-jenis standard perakaunan yang diperakukan oleh MASB yang diiktiraf dan diamalkan di Malaysia.

 

Jenis-Jenis Standard Perakaunan diperakukan di Malaysia

Terdapat tiga jenis standard perakaunan yang diperakukan di Malaysia:

  1. Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) – Ini merupakan standard yang diperakukan oleh MASB bagi entiti-entiti, tetapi tidak tertakluk ke atas entiti-entiti swasta
  2. Standard Laporan Entiti Swasta (PERS) – Ini merupakan standard perakaunan yang diperakukan MASB bagi semua entiti persendirian. Bagaimanapun, ketetapan ini telah ditarik balik bermula pada 1 Januari 2016.
  3. Standard Laporan Entiti Swasta Malaysia (MPERS) – Ianya menggantikan PERS dan telah berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016.

Dengan pelaksanaan MPERS baharu, entiti-entiti persendirian kini boleh memilih antara kerangka PERS sedia ada atau menggunapakai kerangka Standard Laporan Kewangan Malaysia di dalam menyediakan laporan kewangan mereka.

Perbandingan di antara PERS, MPERS and MFRS di Malaysia

 

Standard Laporan Kewangan Malaysia

Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) secara umumnya digunapakai dan diamalkan oleh sesebuah syarikat yang memiliki syarikat pegangan yang perlu menyediakan akaun-akaun bersepadu kumpulan yang mematuhi standard laporan kewangan penuh yang telah ditetapkan oleh MASB.

Syarjkat-syarikat yang mendapat manfaat sepenuhnya daripada MFRS adalah syarikat-syarikat yang merancang IPO terutamanya bagi Perusahaan-Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan mematuhi dua syarat-syarat tertentu.

Antaranya, PKS perlulah mematuhi ketetapan berikut:

  • Kesemua pelaburan di dalam syarikat bersekutu perlu diambil kira
  • Nilai saksama bagi pendedahan maklumat perlulah komprehensif
  • Jenis-jenis penyata yang perlu disediakan termasuk penyata keuntungan dan kerugian, penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan syarikat pada awal tempoh komprehensif.

Penjelasan sepenuhnya dan terperinci tentang MFRS boleh didapati di MASB.

3E Accounting berhasrat menjadi kumpulan profesional yang menjadi rujukan dan kami bersedia membantu di dalam memberikan nasihat dan panduan yang diperlukan bagi memenuhi kesemua keperluan syarikat anda. Sila hubungi kami hari ini di  3E Accounting dan kami bakal menghubungi anda secepat mungkin.