This page is also available in: enEnglish (English)

Sistem Percukaian Malaysia

Seperti negara-negara lain, Malaysia turut memiliki sistem percukaiannya sendiri. Cukai-cukai di Malaysia ditaksir pada tahun asas semasa dan terletak di bawah sistem pentaksiran sendiri bagi semua pembayar cukai. Segala pendapatan terakru, diterbitkan dari atau diremitkan ke Malaysia adalah tertakluk kepada cukai. Pun demikian, pendapatan mana-mana perseorangan (selain syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan perbankan, insuran atau pengangkutan laut atau udara) yang terhasil [daripada sumber-sumber] di luar Malaysia dan diterima di Malaysia adalah dikecualikan dari cukai. Satu perkara yang harus dijelaskan ialah Malaysia memiliki sejumlah besar perjanjian cukai berganda yang tersedia bagi mengelakkan Cukai Berganda atau Double Taxation.

Overview of Malaysia Taxation in Malaysia

Tinjauan Percukaian Malaysia di Malaysia

 

Cukai Pendapatan Korporat

Di Malaysia, syarikat korporat tertakluk kepada cukai pendapatan korporatcukai keuntungan harta tanah,  cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya. Dalam kata lain, organisasi pemastautin dan bukan pemastautin yang menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan bercukai di Malaysia akan dicukai bagi pendapatan terakru di atau terhasil dari Malaysia. Organisasi pemastautin yang menjalankan perniagaan pengangkutan air/udara, perbankan dan insuran boleh dicukai untuk pendapatan global mereka. Namun demikian, terdapat pengecualian bagi bank-bank tempatan, syarikat insuran dan syarikat Takaful [tertakluk kepada syarat-syarat]. Tahun cukai (atau tempoh asas) bagi perniagaan selalunya menuruti tahun kewangan berakhir dalam tahun pentaksiran tertentu. Contohnya, tempoh asas bagi Tahun Pentaksiran 2017 (YA 2017) bagi perniagaan yang menutup akaunnya pada 31 Disember 2017 adalah tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2017.

Pemfailan cukai mungkin menjadi rumit sekiranya anda tidak berapa mengetahui tentangnya. Anda mungkin mahu membaca lebih lanjut berkaitan pendapatan daripada sumber asingkadar cukai pendapatan korporatinsentif-insentif cukai serta percukaian bagi pelaburan hartanah di Malaysia untuk memastikan anda menimba pengetahuan  lebih luas berhubung sistem percukaian Malaysia. Kami memberi panduan dan informasi komprehensif yang juga merangkumi perancangan cukai korporat, di samping bantuan daripada tenaga perakaunan profesional.

 

Cukai Pendapatan Individu

Seperti namanya, cukai pendapatan individu di Malaysia dilaksanakan ke atas pendapatan yang dijana dan diterima di Malaysia daripada luar negara. Makanya, setiap individu tertakluk kepada cukai ke atas pendapatan terakru dalam dan terhasil dari Malaysia. Namun demikian, pendapatan yang dijana di luar negara (dan diremitkan ke Malaysia oleh pemastauntin atau individu) adalah dikecualikan daripada cukai. Pendapatan ditaksir bagi tempoh tahun asas semasa dan para individu perlu patuh dengan skim pentaksiran sendiri. Kadar Cukai adalah berbeza-beza kerana ia dikira mengikut pendapatan boleh kena cukai setiap pembayar cukai individu.

Sekiranya anda masih baharu kepada sistem percukaian Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun cukai pendapatan persendirian, kami di sini bagi membantu anda memahamkan sistem percukaian dan melakukan pemfailan cukai. Terus sahaja menghubungi kami bagi tahu lebih informasi tentang keperluan penyerahan cukai pendapatan peribadi di malaysia dan bantuan cukai peribadi di Malaysia

.

 

Tinjauan Sumber-Sumber berkaitan Percukaian Malaysia