This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Skim Margin GST untuk Penjual Kereta Terpakai di Malaysia
Syarikat perniagaan biasanya boleh menebus kembali GST yang dikenakan ke atas pemerolehan mereka sebagai kredit cukai input. Bagaimanapun, jika para peniaga memperoleh sebahagian besar stok mereka daripada orang awam atau perseorangan yang tidak memiliki pendaftaran GST atau dari peniaga lain dengan menggunakan Skim Margin, para peniaga tidak dapat menebus kembali sebarang GST (contohnya Penjual Kereta Terpakai).
Bagi membantu penjual kereta terpakai yang berdepan masalah cukai berganda bagi barang terpakai, Kerajaan membenarkan mereka memohon “Skim Margin” bagi membolehkan para penjual mengenakan GST hanya pada margin keuntungan kenderaan terpakai dan bukannya nilai penuh yang boleh dikenakan cukai untuk kenderaan itu.
Mana-mana Orang Berdaftar GST boleh memohon Skim Margin secara dalam talian melalui Sistem TAP.
Peraturan 77 (1) Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GSTR 2014) menyatakan bahawa tertakluk kepada sub-peraturan (2), individu yang layak dicukai boleh memohon skim tersebut daripada Ketua Pengarah sekiranya:
(a) berdaftar di bawah seksyen 20 Akta GST 2014, dan
(b) di dalam perniagaan membeli dan menjual kenderaan bermotor terpakai yang dilesenkan di bawah Akta Peniaga Barang Terpakai 1946.
Skim margin ini membolehkan individu dengan kelulusan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan 75 Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (GSTR) yang memenuhi semua syarat dikenakan di bawah peraturan 77 GSTR 2014 untuk menilai dan mengenakan GST pada margin, iaitu perbezaan antara harga barangan dibekalkan (harga jualan) dengan harga di mana barangan diperoleh (harga belian). Sekiranya tiada margin (kerana harga belian melebihi atau sama dengan harga jualan), tiada GST dikenakan pembekalan tersebut.
Untuk tujuan GST, margin di bawah skim ini bermaksud perbezaaan di antara harga jualan dan harga belian. Sekiranya terdapat nilai yang ditambah kepada barangan yang ditawarkan, seperti kos pemulihan dan pembaikan, kos ini akan menjadi sebahagian margin selain keuntungan. Dalam kata lain, nilai tambah mesti dimasukkan dalam harga jualan dan bukan dalam harga belian.
Di bawah Skim Margin, cukai input tidak akan dituntut atas pembelian. Sekiranya barangan yang ditawarkan dijual tetapi syarat skim tidak dipatuhi (contohnya penyimpanan rekod, invois dan keperluan perakaunan), Skim Margin akan dibatalkan dan jualan mesti diuruskan di luar skim dengan cara biasa di mana cukai dikenakan pada kadar standard dan dihitung pada nilai penuh barangan yang dijual.
Skim Margin hanya tertakluk kepada kenderaan bermotor terpakai seperti yang termaktub dalam Peraturan 76 GSTR 2014. Pembelian kenderaan bermotor oleh pembeli yang diluluskan adalah dari status penjual berikut:
(a) penjual tanpa pendaftaran GST termasuk individu (tiada GST yang ditanggung bagi pembelian);
(b) penjual yang diluluskan di bawah Skim Margin yang menggunakan Skim Margin (GST dikenakan pada margin); atau
(c) penjual dengan pendaftaran GST yang menjual barangan cukai input yang disekat (tiada GST yang dikenakan ke atas pembelian itu).
Apabila penjual kenderaan di bawah Skim Margin menjual kenderaan bermotor kepada pembeli menggunakan transaksi biasa, invois cukai perlu dikeluarkan dan cukai output perlu dicaj dan diambilkira berdasarkan nilai jualan sebenar. (Ini dilakukan apabila pembeli ingin menuntut kredit cukai input kenderaan motor)
Setiap penjual yang diluluskan di bawah Skim Margin perlu mengambilkira cukai output ke atas pembekalan yang dibuat di bawah Skim Margin pada peringkat awal:
(a) apabila barang itu dikeluarkan atau ditawarkan;
(b) apabila invois dikeluarkan; atau
(c) apabila pembayaran diterima olehnya.
Anda perlu ketahui bagaimana menyediakan laporan bulanan dikenali sebagai Lampiran B – 0, P.T. GST Bil. 2E (rujuk Lampiran 2) dan hantar laporan tersebut kepada penjabat GST (stesen kawalan) dalam tempoh 15 hari selepas tamat satu bulan kalendar. Templat Lampiran B – 0, P.T. GST Bil. 2E boleh dimuat turun dari portal GST.
Bagi maklumat selanjutnya, lihat Panduan bagi Skim Margin.
Hubungi kami hari ini di [email protected] untuk khidmat rundingan percuma!
Pautan berkaitan:
Tinjauan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia
Tinjauan Panduan GST Spesifik di Malaysia
Perlukah saya mendaftar bagi GST di Malaysia?
Kesalahan dan Penalti bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia
Senarai GST bagi bekalan berkadar sifar, bekalan dikecualikan dan diberi pelepasan di Malaysia