This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Keperluan untuk Memohon Jawatan Pegawai Dagang

(Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Jabatan Imigresen Malaysia)

Keperluan minimum bagi permohonan untuk jawatan Pegawai Dagang adalah seperti berikut:

  • Ijazah dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan; dan/atau
  • Diploma dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan; dan/atau
  •  Sijil Teknikal atau setaraf, dengan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.

Untuk Pemegang Saham

  • Mesti dilantik sebagai Pengarah syarikat DAN / ATAU memegang kedudukan utama dalam syarikat

 

Pas Pekerjaan (Kategori I)

Kriteria Kelayakan:

  • Gaji asas bagi pemohon mestilah minimum RM10,000 sebulan; 
  • Pemohon mesti mempunyai kontrak pekerjaan selama 5 tahun
  • Tanggungan dibenarkan untuk tinggal bersama

Ciri-ciri:

  • Membenarkan pemegang pas untuk bekerja di Malaysia Barat oleh syarikat penggajian.
  • Pemegang Pas Pekerjaan layak mendapat Pas Tanggungan untuk pasangan suami/isteri dan anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah (rujuk halaman 21)
  • Remaja berumur 18 tahun keatas dan bujang layak mendapat Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) (rujuk halaman 22)
  • Ibu bapa / Mertua layak untuk Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) (rujuk halaman 22)
  • Layak untuk mengambil warga asing sebagai pembantu rumah (rujuk halaman 23)

Syarat:

  • Pembaharuan pas boleh dipertimbangkan bergantung pada keperluan.

 

Pas Pekerjaan (Kategori II)

Kriteria Kelayakan:

  • Gaji asas bagi pemohon mestilah minimum RM5,000 – RM9,999 sebulan;
  • pemohon perlu mempunyai kontrak pekerjaan selama 2 tahun
  • Tanggungan dibenarkan untuk tinggal bersama

Ciri-ciri:

  • Membenarkan pemegang pas untuk bekerja di Malaysia Barat oleh syarikat penggajian.
  • Pemegang Pas Pekerjaan layak mendapat Pas Tanggungan untuk pasangan suami/isteri dan anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah (rujuk halaman 21)*
  • Remaja berumur 18 tahun keatas dan bujang layak mendapat Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) (rujuk halaman 22)*
  • Ibu bapa / Mertua layak untuk Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (rujuk halaman 22)*
  • Layak untuk mengambil warga asing sebagai pembantu rumah (rujuk halaman 23)

Syarat:

  • Pembaharuan pas boleh dipertimbangkan bergantung pada keperluan.

 

Pas Pekerjaan (Kategori III)

Kriteria Kelayakan:

  • Pemohon memperoleh gaji pokok antara RM3,000 hingga RM4,999;
  • Kontrak pekerjaan pemohon tidak boleh melebihi 12 bulan
  • Tanggungan tidak dibenarkan untuk tinggal bersama

Ciri-ciri:

  • Membenarkan pemegang pas untuk bekerja di Malaysia Barat di bawah syarikat penggajian;
  • Tidak dibenarkan membawa tanggungan;
  • Tidak layak untuk menggaji warga asing sebagai pembantu rumah

Syarat:

  • Boleh diperbaharui untuk maksimum dua (2) kali, tertakluk kepada ulasan
  • Adalah wajib bagi permohonan yang berjaya untuk memperolehi Pas Pekerjaan (Kategori III)
  • Visa dengan Rujukan untuk masuk sesebuah negara (hanya berkenaan bagi negara yang memerlukan visa)

 

Pas Tanggungan (DP)

Kriteria Kelayakan:

  • Pasangan suami/isteri yang sah bagi pemegang Pas Pekerjaan; ATAU
  • Anak-anak yang berumur bawah 18 tahun bagi pemegang Pas Pekerjaan

Ciri-ciri:

  • Membenarkan pemegang tinggal di Malaysia Barat
  • Tidak dibenarkan untuk bekerja dan sekiranya ingin bekerja, perlu membuat penukaran kepada Pas Pekerjaan
  • Bagi tujuan sosial dan kebajikan, pemegang boleh meminta kebenaran khas dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

 

Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang)

Kriteria Kelayakan:

  • Anak-anak berumur 18 tahun ke atas dan bujang bagi pemegang Pas Pekerjaan; ATAU
  • Ibu bapa & Mertua bagi pemegang Pas Pekerjaan; ATAU
  • Pasangan suami isteri yang sah (hanya berkenaan untuk perhubungan heteroseksual) pemegang Pas Pekerjaan boleh dipertimbangkan

Ciri-ciri:

  • Membenarkan pemegang pas untuk tinggal di negara ini

 

Pautan Pantas

Keperluan Visa di Malaysia
Keperluan Pas di Malaysia
Penggajian Pegawai Dagang di Malaysia
Ringkasan Proses Imigresen
Keperluan Modal Berbayar Syarikat untuk Penggajian Pegawai Dagang
Syarat untuk Memohon Pas Pekerjaan Pegawai Dagang
Kelulusan Diperlukan dari Agensi / Badan Pengawalseliaan untuk Permohonan Pas Pekerjaan
Senarai Jawatan yang Tidak Berkenaan bagi Jawatan Pegawai Dagang
SS (PENGGAJIAN SEMENTARA)