This page is also available in: enEnglish (English)

Panduan Memulakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Malaysia

 

Apakah pusat jagaan kanak-kanak?

Secara umum, pusat jagaan kanak-kanak bermaksud pendidikan dan penjagaan yang diberikan kepada kanak-kanak kecil. Terma tersebut mungkin juga merujuk kepada penjagaan tambahan untuk kanak-kanak sejak lahir sehingga berusia lapan tahun oleh individu (atau individu-individu) selain ibu bapa. Maka, pusat jagaan kanak-kanak seperti namanya merujuk kepada tempat atau perniagaan yang membekal khidmat penjagaan kanak-kanak bagi ibu bapa yang bekerja.

 

Mengapa ibu bapa memerlukan pusat jagaan kanak-kanak?

Hari ini, majoriti keluarga menggunakan pusat penjagaan kanak-kanak   kerana ibu bapa sibuk dengan kerjaya atau tugas-tugas lain. Di Malaysia, pelbagai jenis pusat khidmat penjagaan kanak-kanak disediakan bagi ibu bapa bekerjaya. Merangkumi pengasuh sepenuh masa (atau pembantu rumah warga asing), ahli keluarga yang bersara (selalunya datuk atau nenek) sehingga kepada pusat jagaan kanak-kanak, Malaysia menyediakan pelbagai pilihan penjagaan kanak-kanak.

Banyak program atau perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang merangkumi elemen pendidikan seperti kelas pengayaan disediakan bagi membantu mendidik serta tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga program yang melibatkan komponen ibu bapa yang dicipta bagi mendidik para ibu bapa melalui penyertaan mereka di dalam aktiviti kanak-kanak. Bercambahnya pusat jagaan kanak-kanak menggambarkan permintaan tinggi bagi pusat tersebut terutama di bandar-bandar besar. Semakin ramai yang sedar kepentingan memiliki pusat jagaan kanak-kanak yang baik dan ramai juga yang sanggup melabur untuk menjamin pendidikan peringkat awal kanak-kanak yang lebih baik.

 

Panduan lengkap bagi memulakan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia

Ramai percaya bahawa pelaburan ke arah pendidikan awal kanak-kanak merupakan strategi yang baik di dalam pembangunan modal insan, yang seterusnya, menjadi sumber penting pertumbuhan ekonomi. Di sini disertakan beberapa perkara yang anda perlu ingati apabila merancang pusat jagaan kanak-kanak yang baru.
 
1. Fahamai keperluan dan prosedur terlibat

Sebelum memulakan pusat jagaan kanak-kanak, rujuk Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA. Garis panduan ini bakal memberi segala maklumat yang anda perlu ketahui berhubung panduan, borang-borang penting serta keperluan asas dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan.
 
2. Lakukan cetusan minda bagi kriteria berikut dan buat keputusan

a) Jenis pusat jagaan kanak-kanak

Di Malaysia, pusat jagaan kanak-kanak terbahagi kepada beberpa kategori:

  • Pusat jagaan kanak-kanak milik Kerajaan (Taska dalam komuniti sejak 2006)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan pusat jagaan kanak-kanak komuniti di kawasan bandar dan luar bandar bagi memberikan khidmat penjagaan berkualiti kepada keluarga berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar. Pusat-pusat ini menerima bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Keluarga [yang menghantar kanak-kanak ke pusat jagaan komuniti] turut menerima sumbangan bulanan berjumlah RM180 bagi setiap anak jika pendapatan keluarga di bawah RM2000 di kawasan bandar atau RM1200 bagi kawasan luar bandar. Tambahan lagi, geran berjumlah RM55, 000 juga akan diberi sebagai bantuan kewangan untuk penubuhan pusat jagaan kanak-kanak komuniti.

  • Pusat jagaan kanak-kanak di Tempat Kerja

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menggalak sektor swasta menyediakan fasiliti penjagaan kanak-kanak di pejabat bagi para pekerja. Antara insentif termasuklah pengecualian cukai sebanyak 10% bagi kos pembinaan pusat jagaan untuk tempoh 10 tahun.

Majikan boleh mengetahui lebih lanjut tentang insentif cukai pusat jagaan kanak-kanak di laman insentif cukai PEMANDU dan flexWorkLife.my.

  • Pusat jagaan kanak-kanak di Institusi dengan 10 kanak-kanak atau lebih

Ia sering ditubuhkan melalui inisiatif sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka menerima 10 atau lebih kanak-kanak di dalam kustodi.

  • Pusat jagaan kanak-kanak di rumah dengan kurang dari 10 kanak-kanak

Menerima 4 hingga 9 kanak-kanak dalam kustodi dan khidmat jagaan dijalankan di rumah sendiri.

Di sektor perladangan, khidmat jagaan akan diberi secara percuma di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia.

a) Tentukan waktu beroperasi dan struktur yuran pusat jagaan.

b) Kenalpasti lokasi serta saiz dan reka bentuk pusat jagaan.

c) Kenalpasti sumber kewangan.

d) Rancang aktiviti dan kurikulum bagi kanak-kanak di pusat jagaan.
 
3. Fahami undang-undang dan peraturan

Di Malaysia, Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 telah diluluskan bagi mengekal standard pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara. Akta tersebut merangkumi isu pendaftaran; pemantauan dan pemeriksaan pusat jagaan kanak-kanak; dan melindungi kepentingan dan keselamatan kanak-kanak [daripada kecuaian dan penderaan]. Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 telah dipinda oleh Parlimen dan kini dikenali sebagai Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 (pindaan) 2007.

Adalah mandatori bagi semua pusat jagaan kanak-kanak untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sila ambil perhatian bahawa KPWKM bertanggungjawab bagi kelulusan dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia sementara JKM bertindak sebagai badan pengawalselia dan penyelaras program Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 
4. Perbadankan pusat jagaan kanak-kanak anda

Langkah terpenting seterusnya ialah bagi memperbadankan pusat jagaan kanak-kanak milik anda. Sekiranya anda berminat meneroka sektor penjagaan awal kanak-kanak, anda boleh hubungi 3E Accounting Malaysia bagi mengetahui lebih lanjut tentang prosedur standard bagi pemerbadanan syarikat serta pakej pendaftaran syarikat yang kami tawarkan.