This page is also available in: enEnglish (English)

Pendaftaran Syarikat di Malaysia

Ekonomi Malaysia yang berkembang dengan pantas telah menarik perhatian ramai. Selain kedudukan geostrategik, sumber-sumber asli, dan iklim pelaburan yang bertenaga, proses pemerbadanan yang ringkas dan mudah di Malaysia merupakan satu lagi titik tarikan. Banyak pihak yang mendapati ianya amat mudah bagi mendaftarkan dan menubuhkan syarikat di Malaysia.

Memperbadankan Syarikat Sdn Bhd Malaysia merupakan langkah yang mudah dan pantas. Berikut disediakan beberapa garis panduan tentang bagaimana memperbadan Syarikat Sdn Bhd Malaysia serta perkhidmatan lengkap yang kami tawarkan kepada anda.

Siapa kami?

3E Accounting merupakan Peneraju Pembekal Perkhidmatan Korporat Malaysia yang telah diberi pengiktirafan meluas oleh Pihak-Pihak Berwajib, Pengawal-Selia dan Badan-Badan Profesional. Kami turut ditabalkan selaku Pemenang Anugerah Jenama Malaysia yang dipersembahkan oleh Malaysia Brands. Secara khusus, kami telah terpilih sebagai Pakar Pendaftaran Syarikat untuk Tahun tertentu di Malaysia.

Best Company Registration Specialist of the Year
Incorporation

Perkhidmatan Memperbadankan Syarikat Malaysia

Apabila anda memulakan perniagaan, anda perlu memutuskan tentang strukturnya – pemerbadanan syarikat, lokasi syarikat, nama perniagaan, rancangan pemasaran, serta keperluan-keperluan khusus yang lain. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana hendak mendaftar syarikat atau bagaimana hendak melaksana proses memperbadankan syarikat, kami berada di sini untuk membantu anda. Kami boleh mempermudah cara pemerbadanan syarikat-syarikat, yang merangkumi semakan dan tempahan nama syarikat yang dicadangkan anda, serta menyediakan kertas kerja berkaitan bagi memperbadankan syarikat anda. Teruskan membaca

Incorporation

Teroka pasaran Malaysia dengan 3E Accounting Singapore

Malaysia merupakan negara pilihan pertama yang menawarkan kemudahan bagi pengembangan syarikat-syarikat Singapura disebabkan jaraknya yang berdekatan, persamaan budaya serta saiz pasaran yang lebih luas. Penerokaan anda bagi mengembangkan portfolio perniagaan di peringkat antarabangsa bakal menjadi lancar dengan Meja Malaysia yang disediakan 3E Accounting di mana anda boleh mendapatkan khidmat perundingan profesional serta pusat sehenti perkhidmatan. Teruskan membaca

Incorporation

Mengapa Pakej Pemerbadanan Syarikat dari 3E Accounting merupakan yang Terbaik di Malaysia

3E Accounting menawarkan pakej pemerbadanan yang paling komprehensif dan menjimatkan di pasaran. Anda turut mampu mendaftarkan syarikat dengan pantas dan mudah secara elektronik. Usaha kami untuk kekal sebagai pembekal perkhidmatan korporat yang terulung di Malaysia telah diiktiraf oleh Pihak-Pihak Berwajib. Teruskan membaca

Incorporation

Pakej-Pakej Pendaftaran Syarikat Malaysia

Kini, anda sudahpun memutuskan untuk memperbadan perniagaan anda di Malaysia. Kami memahami bahawa yuran-yuran yang terlibat di dalam proses pendaftaran syarikat adalah sebahagian daripada bajet anda di dalam menubuhkan perniagaan baharu. Di samping segala perundingan dan bantuan, 3E Accounting menjanjikan pakej-pakej pendaftaran syarikat yang paling berpatutan di pasaran. Dengan serendah RM2000, anda dapat memperbadankan syarikat anda dengan tanpa sebarang kesulitan. Pakej ini hadir dengan segala yang anda perlukan bagi mendaftar syarikat baharu, termasuk pendaftaran syarikat dengan SSM Malaysia, menyediakan dokumen-dokumen, membuka akaun bank dan juga khidmat pengarah nomini. Teruskan membaca

Incorporation

Khidmat Pengarah Nomini

Adalah menjadi kewajipan bagi semua syarikat Malaysia untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah tempatan (yang setiap satunya mempunyai kediaman prinsipal atau hanya tinggal di Malaysia) menurut Akta Syarikat Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi amalan biasa bagi warga-warga asing untuk menubuhkan syarikat di Malaysia dengan pengarah nomini yang bertindak sebagai pengarah-pengarah tempatan mereka. Di 3E Accounting, kami mampu membantu anda melantik individu yang secara langsung menjadi pengarah tempatan syarikat anda agar ia tidak menjejaskan bajet anda. Teruskan membaca

Incorporation

Melantik Individu Tepat sebagai Pengarah Nomini anda di Malaysia

Walaupun ianya penting untuk anda mendapatkan pengarah tempatan, anda perlu pastikan anda telah melantik individu yang tepat. Kami boleh menolong anda melantik Pengarah-Pengarah Nomini tempatan, yang juga warga Malaysia dan berkerja secara dekat dengan pasukan pengurusan di 3E Accounting, dengan jaminan perkhidmatan terbaik. Teruskan membaca

Opsyen Penubuhan Syarikat Asing

Menurut Garis Panduan Pendaftaran Syarikat Asing oleh SSM, warga asing boleh menubuhkan syarikat di Malaysia. Individu tersebut boleh memilih sama ada memperbadankan syarikat tempatan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau mendaftar syarikat asing di Malaysia dengan SSM. Halaman ini memberikan anda perincian maklumat tentang opsyen penubuhan biasa bagi syarikat-syarikat asing/warga asing yang berhasrat menubuhkan syarikat baharu di Malaysia. Teruskan membaca

Incorporation

Prosedur Standard Pemerbadanan di Malaysia

Halaman ini membantu anda memahami prosedur standard yang terlibat dalam pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan. Sekiranya anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, ini merupakan tempat terbaik bagi mendapatkan gambaran jelas tentang prosedur tepat di dalam urusan pemerbadanan syarikat. Teruskan membaca

Incorporation

Panduan Mendaftar Syarikat Malaysia

Adalah menjadi amalan biasa bagi syarikat-syarikat yang mendaftar di Malaysia bagi menangani pelbagai perkara berkaitan peraturan, dasar-dasar, standard, garis panduan dan kod etika. Halaman ini memberi tinjauan tentang isu-isu utama dalam pemerbadanan syarikat dan pendaftaran syarikat di Malaysia, termasuk pengenalan kenderaan-kenderaan perniagaan serta aplikasi, formaliti dan maklumat yang diperlukan di dalam pemerbadanan syarikat serta panduan lengkap prosedur-prosedur pemerbadanan. Teruskan membaca

Incorporation

Panduan Memilih Nama Syarikat Malaysia Anda

Setiap perniagaan perlukan nama yang baik untuk syarikat dan ianya merupakan langkah yang baik dalam prosedur pemerbadanan syarikat. Nama syarikat yang baik merupakan perkara pertama dalam menyambut pelanggan berpotensi, dan mungkin menjadi sebahagian amalan dalam perancangan pemasaran anda. Di Malaysia, anda perlu mengemukakan permohonan carian nama kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Malaysia) untuk mendapatkan kelulusan SSM sebelum anda boleh menggunakan nama yang dicadangkan dalam syarikat baharu anda. Kami akan membantu membuat permohonan carian nama kepada SSM. Teruskan membaca

Incorporation

Semakan Nama Syarikat Malaysia Percuma

Menamakan perniagaan anda tidak hanya melibatkan strategi penjenamaan dan kreativiti, tetapi juga menyemak ketersediaan nama yang dicadangkan. Bagaimanapun, banyak perniagaan telahpun ditubuhkan dan tidak mengejutkan sekiranya nama yang anda gemari telahpun diambil dan didaftarkan. Anda juga boleh menyemak ketersediaan bagi mengelakkan ulangan dengan 3E Accounting sebelum anda mengemukakan permohonan carian nama. Perkara terbaik dalam semakan carian nama ini ialah – ianya hadir tanpa sebarang bayaran! Teruskan membaca

Incorporation

Soalan Lazim Pemerbadanan

Menubuhkan sesebuah syarikat bukanlah tugas mudah, daripada perancangan hingga pelaksanaan; dengan proses yang memakan masa serta tenaga. Halaman ini secara harfiah memberi semua maklumat yang anda perlukan berhubung pemerbadanan syarikat di Malaysia. Bermula dengan prosedur pemerbadanan syarikat, keperluan pendaftaran perniagaan, kepada perkhidmatan pengarah nomini, anda mampu mendapatkan segala jawapannya! Layari halaman interaktif ini bagi melengkapkan diri dengan informasi yang anda perlukan di dalam memperbadan syarikat di Malaysia! Teruskan membaca

Incorporation

Menentukan Penamat Tahun Kewangan

Di Malaysia, tahun kewangan merujuk kepada tempoh perakaunan sesebuah syarikat yang bermaksud jurang masa di mana akaun keuntungan dan kerugian serta penyata kira-kira atau balance sheet dilengkapkan. Ianya tempoh di mana sebarang penyata kewangan syarikat dibuat (sama ada tempoh tersebut merupakan setahun atau sebaliknya). Penamat tahun kewangan bagi syarikat baharu mungkin menjadi satu tarikh seandainya ia jatuh dalam tempoh 18 bulan dari tarikh syarikat diperbadankan. Tambahan lagi, keputusan bagi menentukan penamat tahun kewangan syarikat (atau sebarang penukaran penamat tahun kewangan seterusnya) terletak kepada budi bicara mutlak syarikat anda. Teruskan membaca

Incorporation

Borang Pemerbadanan Atas Talian

Kini, anda sudah bersedia untuk memperbadan sebuah syarikat di Malaysia. 3E Accounting Malaysia bakal membawa prosedur pemerbadanan syarikat anda ke tahap lebih baik – anda boleh mengisi borang pemerbadanan syarikat atas talian dan menghantarnya segera apabila anda selesai! Anda kini boleh mengisi borang bagi pemerbadanan syarikat! Teruskan membaca

Incorporation

Pemilikan Tunggal vs PLT vs Perkongsian Umum vs Syarikat

Halaman ini menawarkan tinjauan kenderaan perniagaan yang tersedia di Malaysia dengan penjelasan terperinci bagi setiap entiti perniagaan dan keperluan bagi pemerbadanan. Teruskan membaca