This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Malaysia menggantikan rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatannya dengan Cukai Barang & Perkhidmatan – CBP (GST) berkuatkuasa 1 April 2015. Implementasi Sistem GST adalah merangkumi dua kadar GST (6% dan 0%), di samping memperuntukkan penarafan sifar bagi barangan yang dieksport, perkhidmatan antarabangsa, barangan makanan asas dan pelbagai buku-buku. Sebagai cukai yang dilaksana secara meluas, GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan. GST dikenakan ke atas segala pembekalan barang dan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai (dibuat dalam penerusan mana-mana perniagaan oleh orang berdaftar GST di Malaysia). Ia juga dikenakan ke atas pengimportan barangan dan perkhidmatan ke Malaysia.
Pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)
Di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, perniagaan dengan jualan tahunan sebanyak RM500,000 atau lebih, dikehendaki didaftarkan di bawah GST. Sekiranya jualan tahunan perniagaan anda tidak melebihi jumlah ini, anda tidak perlu mendaftar GST.
Di sini dikemukakan panduan langkah demi langkah bagi membantu anda mendaftar untuk GST dan memahami sistem cukai tersebut.
- Sebelum pendaftaran GST
- Lengkapkan diri dengan pemahaman GST:
- Skim Bayaran Balik Pelancong Malaysia,
- Skim Margin GST bagi Penjual Kereta Terpakai di Malaysia,
- Fahami apa yang dibayar anda bagi GST tetapi anda tidak boleh menuntut bayaran balik: Kredit Cukai Input Disekat GST Malaysia.
- Fahami apa yang dibayar anda bagi GST untuk perbelanjaan atau pembelian anda yang boleh dibuat tuntutan balik : Menuntut Balik Kredit Cukai Input GST
- Anda boleh mendapat jawapan bagi persoalan anda tentang GST di sini: Soalan Lazim berhubung Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)
- Ketahui sama ada anda layak mendaftar GST: Apakah Saya Perlu Mendaftar untuk GST
- Lengkapkan diri dengan pemahaman GST:
- Pendaftaran GST
- Selesai pendaftaran GST
Berhubung pendaftaran GST, ramai tidak sedar bahawa penalti dan kesalahan mungkin dikenakan sekiranya kesalahan berikut dilakukan:
- Ketidaktepatan pulangan GST
- Kegagalan menghantar
- Pulangan GST dikemukakan tanpa bayaran atau bayaran yang lebih rendah
- Sebarang bayaran balik yang dibayar tanpa kelayakan yang sewajarnya (Pengiraan salah mengenai kredit cukai input)
- Kegagalan mendaftar (walaupun jualan lebih daripada RM500,000)
Walaupun begitu, anda tidak perlu menyulitkan diri anda dan mengundang masalah berhubung GST serta pendaftaran GST. 3E Accounting sedia untuk memberi anda pelbagai perkhidmatan cukai GST yang meliputi:
Tolong jangan berlengah walau sedetik sebelum anda menghulur tangan mendapatkan bantuan kami!