This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Kembangkan Perniagaan di Malaysia dengan 3E Accounting Singapura

Selama berkurun lamanya, Malaysia telah meraih untung dari lokasi strategik di persimpangan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Malaysia melonjak disebabkan lokasi strategik ini lalu muncul selaku pengeluar dan pengeksport terbesar bagi timah, getah, dan minyak sawit. Di sebalik kelemahan prestasi Ringgit Malaysia, ekonomi Malaysia menutup tirai tahun 2016 yang sukar dengan baik. Dalam kata lain, ekonomi Malaysia di landasan yang kukuh.

Sejak beberapa tahun, Malaysia telah menjalankan transformasi dalam lanskap perniagaannya melalui inisiatif pro-perniagaan seperti pembangunan modal insan serta liberalisasi sektor perkhidmatan. Inisiatif-inisiatif ini berserta dengan kebangkitan golongan kelas pertengahan, bakal membuka peluang perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan sektor berkaitan kepenggunaan seperti makanan dan jualan runcit. Diberkati secara geografi, Malaysia merupakan titik peluasan pertama yang menarik buat syarikat-syarikat Singapura kerana terletak berdekatan, dengan budaya yang seakan serta saiz pasaran yang lebih luas.

Venture to Malaysia with 3E Accounting Singapore

3E Accounting Singapura sudah menjangka peluang-peluang ini, lantas telah menubuhkan Meja Malaysia di Singapura bagi membantu anda menavigasi laluan dalam menjalankan perniagaan di Malaysia dengan khidmat perundingan profesional kami. Kami sedar perkhidmatan melalui talian telepon lebih mudah berbanding terpaksa berutus surat dan menantikan balasan, atau terpaksa mengambil cuti dari bekerja untuk mengunjungi pejabat di Malaysia. Makanya, Meja Malaysia terhasil bagi memberi pelanggan-pelanggan di Singapura kemudahan berganda dalam mendapatkan maklumat serta bantuan konsisten dan tepat berhubung khidmat pemerbadanan syarikat dan juga hal-hal lain berkaitan perniagaan. Selain itu, Usahawan-Usahawan Singapura mampu mendapatkan Geran Bantuan Persediaan Pasaran/Market Readiness Assistance (MRA) Grant melalui 3E Accounting Singapura, yang merupakan langkah mustahak dalam melengkapkan perniagaan anda dengan lebih peluang dan sokongan bagi melayari pasaran asing serta mengembangkan perniagaan ke peringkat global.

Namun, tindakan-tindakan selanjutnya termasuk pemerbadanan syarikat, GST dan rundingan cukai serta perkhidmatan lain berkaitan perniagaan perlu dilakukan di pejabat Kuala Lumpur sebaik tamat perundingan awal. Temujanji peribadi boleh dijadualkan di Malaysia sekiranya anda mahu mengetahui tentang segala urusan perniagaan di sana.

Usaha anda untuk meluaskan portfolio perniagaan ke tahap antarabangsa bakal menjadi lebih mudah dengan Meja Malaysia di 3E Accounting di mana anda ditawarkan konsultasi profesional dan pusat sehenti perkhidmatan. Tentu sekali 3E Accounting amat komited dalam memberikan anda perkhidmatan terbaik. Hubungi kami hari ini dan ketahui lebih lanjut bagaimana anda mampu meluaskan perniagaan di pasaran Malaysia tanpa sebarang kesulitan.