This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

3E Accounting adalah peneraju firma Malaysia yang menyediakan khidmat perbadanan professional, perakaunan, percukaian dan perkhidmatan setiausaha.

Apabila memilih perkhidmatan servis korporat yang terbaik, anda layak ditawarkan perkhidmatan seperti kos efektif dan servis mesra pelanggan dengan reputasi yang menjanjikan keputusan yang luar biasa. Oleh itu anda layak mendapat layanan itu dengan 3E Accounting.

Jaminan Servis dan Pernilaian yang Cemerlang
Jaminan Servis dan Pernilaian yang Cemerlang
Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan dan kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti yang menjangkau jangkaan anda. Kami mampu mencapai kecekapan kos dengan memanfaatkan pelaburan kami di dalam teknologi maklumat dan meluluskan simpanan ini kepada para pelanggan kami.

Tiada Caj Tersembunyi
Tiada Caj Tersembunyi
Jadual pembayaran servis 3E Accounting adalah telus – dan jaminan tiada caj tersembunyi. Tiada satu pun organisasi perkhidmatan yang berhak mendapat kepercayaan anda dengan mengenakan caj tersembunyi. Sila klik Yuran untuk penerangan lengkap mengenai bayaran kami. Anda akan mendapati bahawa ianya antara yang terendah di kalangan firma berkualiti di dalam industri ini.

Maklumbalas Pantas
Maklumbalas Pantas
Servis kami adalah berkualiti tinggi – polisi kami adalah untuk memberi maklumbalas dalam tempoh 24 jam untuk setiap e-mel dan mesej yang diterima.

Pantas Pendaftaran
Pantas Pendaftaran
Tidak ada satu pun firma di Malaysia yang boleh memperbadankan syarikat anda sepantas 3E Accounting dan kami mempunyai ribuan pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami untuk dibuktikan. Malah kami menolak kerenah birokrasi yang membosankan.

Ternyata Sebuah Satu Hentian Penyelesaian untuk Perniagaan Anda
Ternyata Sebuah Satu Hentian Penyelesaian untuk Perniagaan Anda
Kami menyediakan perkhidmatan satu hentian penyelesaian masalah untuk perniagaan anda. Kami menyediakan khidmat sokongan untuk menubuhkan, melancarkan dan juga menguruskan perniagaan anda di Malaysia. Tambahan pula, kami telah mempunyai rangkaian luas rakan kongsi dengan syarikat-syarikat tempatan yang berreputasi serta kos efektif yang pakar di dalam bidang terpilih.

Kami di Sini untuk Anda
Kami di Sini untuk Anda
Kami menghargai masa dan naungan anda adalah penting. Kerana itu panggilan anda akan dijawab sendiri oleh para pengarah kami dan bukannya mesin penjawab panggilan. Para pengarah kami sangat komited dalam memberikan anda perkhidmatan terbaik dan oleh kerana status senior mereka, mereka mampu menjawap setiap persoalan dan membuat keputusan dengan pantas. Firma perakauan lain kebanyakkannya memaksa para pelanggan membuang masa berbicara dengan staf junior – polisi kami sangat menghormati masa anda.

Sumber Atas Talian Menyeluruh
Sumber Atas Talian Menyeluruh
Laman web kami menyediakan anda maklumat yang menyeluruh dalam menubuhkan perniagaan anda di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pengarah kami yang mesra pelanggan sentiasa bersedia membantu dalam menentukan tindakan yang terbaik untuk kebaikan perniagaan anda.

Firma Berdaftar MIA
Firma Berdaftar MIA
Di Malaysia, profession perakauan dikawal selia oleh Akta Perakaunan 1967. Akta ini memerlukan seseorang yang memegang diri mereka sebagai, atau yang menjalankan amalan sebagai seorang akauntan untuk didaftarkan sebagai ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). 3E Accounting merupakan firma yang berdaftar dengan MIA (No Keahlian Firma. NF 1352). Ini membuktikan bahawa 3E Accounting adalah sebuah firma perakaunan berkelayakan yang boleh memberikan nasihat profesional untuk perniagaan anda.

GST
Ejen Berlesen Cukai GST
Adalah satu penghormatan untuk diiktiraf sebagai Ejen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Di bawah Seksyen 170 (1) Akta Perlesenan GST, tiada seorang pun dibenarkan bertindak bagi mana-mana pihak mahupun individu, di bawah akta ini melainkan jika dia adalah seorang ejen cukai lesen GST berdaftar. Lesen GST membolehkan 3E Accounting meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menyediakan pusat penyelesaian sehenti untuk sebarang perniagaan, termasuklah perkhidmatan mewakili para pelangganya bagi sebarang perkara berkait dengan GST, membantu proses pelaksanaan GST, menyediakan sumber yang betul untuk sebarang perisian akaun berkomputer, menyediakan latihan GST dan perisian perakaunan, perkhidmatan nasihat GST dan membantu memberikan sokongan dalam kerja-kerja pematuhan GST.


Pengiktirafan Antarabangsa
Pengiktirafan Antarabangsa
3E Accounting telah diiktiraf oleh ACCA sebagai Majikan yang Diluluskan sejak 8 Jun 2014. Pengiktirafah oleh Majikan Diluluskan ACCA selalunya hanya diluluskan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai piawaian tinggi dalam latihan dan pembangunan kakitangan. Pengiktirafan yang rasmi bukan sahaja mengesahkan kedudukan 3E Accounting komited dalam menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan kakitangan kewangan, malah membantu dan memastikan bahawa syarikat-syarikat seperti 3E mencungkil bakat-bakat baru ke dalam organisasi mereka. Dengan anugerah ini, ianya adalah bukti bahawa 3E memenuhi standard global untuk pendidikan dan pembangunan di dalam bidang ini.

Berkelayakan Professional
Berkelayakan Professional
Pada teras perkhidmatan 3E adalah sebuah pasukan yang tinggi pengalaman dan pengetahuan yang berkelayakan professional di dalam bidang mereka. Kakitangan kami sememangnya faham akan selok-belok mengenai perundangan di Malaysia, prosedur dan polisi. Kami mempunyai rangkaian rakan kongsi yang kuat dengan firma yang mempunyai kepakaran di dalam bidang terpilih. Kebanyakan kakitangan adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Memudahkan
Memudahkan
Kami sentiasa berusaha menyediakan khidmat yang fleksibel kepada para pelanggan kami. Kebanyakan komunikasi kami adalah melalui e-mel dan tidak memerlukan anda untuk hadir ke pejabat kami. Untuk memudahkan buat usahawan yang sentiasa sibuk, kami juga membuka perkhidmatan kami selepas waktu bekerja secara temujanji (kecuali pada hari Ahad dan cuti umum.)