This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Di Malaysia, pilihan terbaik untuk nasihat dalam perakaunan, percukaian, undang-undang, pemasaran dan sokongan, anda memerlukan 3E Accounting, pakar dalam penyelesaian professional dengan kos yang efektif. Dengan 3E Accounting, anda dijamin menerima keputusan dengan menjangkaui jangkaan anda dengan harga yang mampu membuatkan anda tersenyum.

3E Accounting adalah firma yang berpengkalan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan professional dalam perakaunan, percukaian dan perkhidmatan khidmat nasihat untuk mereka yang baru memulakan perniagaan, ke firma bersaiz kecil dan sederhana. Kami beribupejabat di Kuala Lumpur.

3E Accounting Malaysia is an independent Member of 3E Accounting International Network
Kami adalah firma ahli 3E Accounting International.

Pasukan 3E Accounting diketuai oleh kumpulan professional yang diakreditasi dan berpengalaman.

Malaysian Institute of Accountants

A Firm Registered with the Malaysian Institute of Accountants

Rakan dan Pengarah kami dari Chartered Accountant of Malaysia (CA (Malaysia)) dari Malaysian Institute of Accountants (MIA), ahli kepada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), dan/atau Chartered Accountant of Singapore (CA (Singapore)) dari Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA). Tambahan pula, 3E Accounting diperakukan sebagai firma perakaunan yang didaftarkan di MIA (Nombor ahli NF 1352).

Chartered Tax Institute of Malaysia

Rakan dan Pengarah kami adalah ahli kepada Chartered Tax Institute of Malaysia atau Accredited Tax Practitioner (Income Tax & GST) dari Singapore Institute of Accredited Tax Professionals (SIATP).

Ejen Cukai Bagi Cukai Barang Dan Perkhidmatan

Kami adalah Agen Percukaian Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA)

Pasukan setiausaha korporat kami terdiri dari golongan professional yang menjadi ahli kepada Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA).

Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MMIHRM)

Rakan kami adalah Ahli Biasa Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MMIHRM).

3E Accounting Rangkaian Antarabangsa

3E Accounting Services Sdn. Bhd. adalah anggota bebas yang bersekutu dengan 3E Accounting International Network, yang menawarkan perkhidmatan penyelesaian yang berpusat. Jaringan kami berada di lebih 80 buah Negara, dan menyokong klien kami di Asia, Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Oceania dan Afrika.

ACCA Program Majikan

3E Accounting diiktiraf oleh ACCA sebagai Majikan Yang Diikitiraf sejak 8 Jun 2014. Program pengiktirafan majikan ini hanya diberi kepada syarikat yang diiktiraf oleh ACCA kerana mempunyai standard yang tinggi dalam pembangunan dan latihan pekerja. Dengan anugerah ini, anda boleh yakin bahawa 3E Accounting akan mampu membantu anda dalam mencapai standard global dalam pengajaran dan sokongan dalam pembangunan.

Penasihat Bertauliah Xero

3E Accounting adalah Penasihat Bersijil Xero yang membekalkan perisian Xero Cloud Accounting di Malaysia dalam nasihat perniagaan dan percukaian, yang akan membantu klien untuk menggunakan perisian Xero, membantu dalam percukaian serta membantu klien untuk mereka memahami bagaimana perniagaan mereka untuk berkembang.

Penasihat Professional QuickBooks

3E Accounting juga adalah QuickBooks ProAdvisors yang memberi perkhidmatan QuickBooks Online Services di Malaysia dalam membantu klien dalam pengetahuan produk dan perkhidmatan klien yang cemerlang.

Malaysia Brands Top Player

Enterprise Services Insights

Channel NewsAsia

3E Accounting telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam industry. Perkhidmatan mereka sering berada pada kualiti yang tertinggi.

Pasukan kami di 3E Accounting terdiri dari mereka yang berpengalaman professional pada sistem kewangan Malaysia, percukaian, korporat dan undang-undang. Pengarah dan pekerja kami terdiri dari pelbagai latarbelakang – dan kami berkongsi matlamat untuk memastikan kami mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan professional kami. Untuk memastikan anda mendapat manfaat dari perkhidmatan terbaik kami, pasukan kami adalah dipilih dari pakar-pakar dalam industry, serta mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam aktiviti perniagaan tersebut. Pasukan sokongan kami secara konsisten membekalkan anda dengan pengetahuan yang berharga, kerana itu 3E memperoleh pengiktirafan tertinggi dalam industri.

Komitmen kami pada anda: Pasukan 3E akan merespon dengan pantas dengan permintaan serta mencuba sedaya upaya untuk memberi nasihat terbaik untuk perniagaan anda. Sebagai satu pasukan, kami menawarkan perkhidmatan tanpa sekatan yang akan memberi fokus untuk membantuk klien kami dan mengembangkan kepakaran kami.

Kami bangga dalam proses pembinaan hubungan kami dan pelanggan secara masa panjang dengan memastikan anda menerima perkhidmatan dengan kualiti tahap tertinggi setiap kali anda berhubung dengan kami. Reputasi kami bergantung pada kemampuan kami mencapai harapan klien. Dan sebagai bonus tambahan, yuran perkhidmatan kami adalah antara yang terendah di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kualiti tinggi ini.

3E sudah pasti Penyelesaian Segalanya pada keperluan korporat anda.

3E membekalkan perkhidmatan yang merangkumi segala aspek: seperti pemasangan perisian, permulaan dan membantu pentadbiran dalam entiti perniagaan anda. Kami mahu melihat ke hadapan untuk membantu perniagaan anda di Malaysia.

 

Visi Kami

Mendahului dunia dalam perkhidmatan korporat, dan menawarkan perkhidmatan dengan cemerlang.

 

Misi Kami

Menawarkan 3E untuk anda: Efisien, Efektif dan Ekonomi sebagai Penyelesaian Segalanya untuk klien kami.

 

Nilai Teras kami

Profesional
Kami menjalankan urus niaga mengikut standard yang tertinggi bagi amalan profesional, integriti dan etika. Kami mengamalkan ketelusan, kejujuran, beretika dan adil dalam segala interaksi dengan para klien, pemegang taruh dan ahli pasukan.

Inovasi
Kami berinovasi bagi melakukan penambahbaikan inisiatif perniagaan berterusan yang disasarkan ke arah meningkat keupayaan dan standard bagi melangkaui jangkaan para klien kami, pemegang taruh dan ahli pasukan. Bekerja dengan penuh semangat dan ketelitian demi kelestarian, kami berusaha mencapai keberhasilan optimum di antara kecemerlangan perniagaan di samping memelihara persekitaran, komuniti dan masyarakat di tempat yang kami diami dan bekerja.

Sinergi
Kami memupuk rasa percaya dan kerjasama, serta nilai berpasukan, sifat inklusif dan maruah diri. Kami meraikan bakat unik setiap individu dan menghormati kepelbagaian hidup serta gaya kerja. Kami mendengar, berkomunikasi dan merasa empati serta hormat terhadap keperluan para klien kami, pemegang taruh dan ahli pasukan.

Kecintaan Mendalam
Kami berusaha ke arah menjadi lebih daripada pembekal perkhidmatan bagi klien kami dan pemegang taruh, dengan memberi bantuan segera dan bertanya soalan yang sewajarnya untuk merungkai punca isu. Melalui perbincangan mendalam dan jujur, ini membawa kepada keberhasilan yang relevan dan praktikal. Akhir sekali, kami menyasarkan untuk muncul selaku pemangkin ke arah penghasilan nilai korporat dan sosial.

Pendaftaran Syarikat Tanpa Sempadan Rakan Kongsi Yang Dipercayai

Pendaftaran Syarikat Tanpa Sempadan
Rakan Kongsi Yang Dipercayai