This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Kaedah Membuat Pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Malaysia – Kini di Hujung Jari Anda
Pembayaran untuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan Malaysia (SST) kini merupakan proses yang mudah, terutama sekali kerana ia menjimatkan masa berbanding berkunjung ke pihak Kastam. Dengan pelaksanaan SST, setiap pemilik perniagaan perlu menghantar pulangan cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia setiap dua bulan. Tarikh akhir pembayaran SST ialah hari terakhir dalam bulan berikutnya daripada tempoh percukaian, yang bermaksud tempoh percukaian adalah dua (2) bulan sebelumnya. Kini ketahuilah Kaedah Membuat Pembayaran SST dengan maklumat berikut.
Pembayaran Mudah dan Pantas
Kesemua pembayaran cukai jualan dan perkhidmatan boleh dilakukan secara elektronik dengan menggunakan sistem Pertukaran Proses Kewangan (FPX) MySST atau secara manual dengan cek dialamat kepada pusat Pemprosesan Kastam. Untuk pembayaran cukai secara online, terdapat had untuk jumlah yang dibenarkan. Bagi pembayaran akaun korporat, had transaksi dalam talian ialah RM100 juta, sementara bagi akaun persendirian, had transaksi dalam talian ialah RM100,000.
Pulangan & Pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan di Malaysia
Setiap perniagaan perlu mengemukakan pulangan mereka melalui sistem MySST, di mana mereka perlu melengkapkan butiran yang diperlukan. Di penghujungnya, sistem akan memapar jumlah cukai yang dikenakan bagi pembayaran. Ini kemudian disusuli dengan pilihan untuk membayar secara online bagi amaun kena bayar. Jika amaun dalam lingkungan had transaksi, anda boleh bayar dengan menggunakan sistem FPX. Sekiranya jumlah cukai kena bayar melebihi had transaksi, anda punyai pilihan membuat pembayaran kadar had maksimum secara dalam talian, dengan bakinya dibayar menggunakan cek atau deraf bank. Deraf bank atau cek perlu dihantar bersama pulangan yang berkenaan, yang anda boleh cetak daripada sistem MySST yang telah anda hantar secara dalam talian. Anda juga boleh membayar semua cukai anda dengan menggunakan cek sepenuhnya jika pilihan ini lebih mudah bagi anda menjejak jumlah pembayaran cukai sepanjang tempoh ini. Semua pembayaran melalui cek mesti dibuat kepada ‘Ketua Pengarah Kastam Malaysia’ dan dipos ke alamat berikut.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pusat Pemprosesan Kastam
Kompleks Kastam Kelana Jaya
No.22, Jalan SS6/3 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Kesimpulan
Sehingga hari ini, kerajaan telah mengambil langkah memudahkan urusan perniagaan untuk semua pihak di dalam ekosistem perniagaan. Maka, kaedah pembayaran cukai jualan dan perkhidmatan secara dalam talian diterima secara meluas kerana ramai pemegang akaun kini memiliki akses kepada transaksi dan perbankan secara online. Hanya sebilangan sahaja yang masih gemar membayar menggunakan cek dan deraf bank kerana mereka selesa melakukan urusan secara manual.