Pegawai Dagang di Malaysia
Sejak beberapa dekad, Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing. Persekitaran ekonomi yang bertenaga kekal sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang. Bahkan, Malaysia telah mencatat transformasi sebagai hab kewangan antarabangsa yang menarik pelbagai bakat asing, seperti contoh pegawai dagang atau ekspatriat.
Terdapat pelbagai sebab di sebalik fenomena ini. Beberapa syarikat mengambil keputusan menggaji pekerja asing sebagai keperluan, sementara yang lain berhasrat mengembang atau meningkatkan syarikat mereka. Tidak kira apa alasannya, terdapat bermacam kelebihan di dalam merekrut tenaga kerja antarabangsa, dan walaupun proses menggaji bakat asing menampilkan berbagai cabaran, kebanyakan majikan atau pengurus pengambilan pekerja mendapati ianya berbaloi dengan usaha dan masa yang diperlukan.
Transformasi digital dalam merekrut pekerja telah merubah wajah proses pengambilan pekerja di mana proses secara atas talian (melalui papan pekerjaan), media sosial dan laman sesawang korporat telah membuka pasaran bakat global kepada syarikat-syarikat yang mencari kepakaran asing. Pun demikian, mereka perlulah memastikan pematuhan terhadap undang-undang pengambilan pekerja dan imigresen ketika mendapatkan khidmat pekerja asing.
Malaysia memiliki definisinya sendiri di dalam memberi takrifan bagi “pegawai dagang” – tidak semua bakat asing layak digelar pegawai dagang, tetapi perlu memenuhi keperluan yang merangkumi jenis pekerjaan dan jawatan. Malaysia telah menggariskan kriteria dan keperluan pekerjaan bagi individu yang digelar pegawai dagang. Kriteria dan keperluan jawatan tersebut sebenarnya merupakan sebahagian dari permohonan Pas Pekerja Pegawai Dagang di Malaysia.
Pas Pekerja
Seperti namanya, Pas Pekerja atau Employment Pass (EP) adalah permit kerja yang membolehkan pegawai dagang mendapatkan pekerjaan dengan organisasi di Malaysia (pas tersebut tertakluk kepada kontrak pekerjaan sehingga 60 bulan).
Berikut adalah gambaran ringkas Permohonan Pas Pekerja di Malaysia:
- Sebelum permohonan:
- Semak Kelayakan permohonan dan/atau
- Semak Keperluan Modal Berbayar Syarikat bagi Pengambilan Pegawai Dagang dan/atau
- Semak Keperluan pekerjaan dan kelayakan jawatan (anda juga boleh semak Senarai Jawatan Tidak Terpakai untuk Status Pegawai Dagang )
- Dapatkan Kelulusan:
Syarikat yang dikawal selia oleh Agensi Pemberi Kelulusan diperlukan menghantar surat kelulusan bagi setiap permohonan Pas Pekerja (Kategori I, II, dan III) daripada Agensi Pemberi Kelulusan berkaitan. Syarikat perlu mendapatkan kelulusan sebelum sebarang tindakan lanjut. - Teruskan dengan Permohonan
3E Accounting Malaysia menawarkan perkhidmatan permohonan pas pekerja dengan kadar berpatutan. Semak butiran Permohonan Pas Pekerja di Malaysia sebelum anda membuat tindakan selanjutnya.
Masih keliru? Anda boleh melayari laman sesawang kami bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung Ringkasan Proses Imigresen bagi Permohonan Pas Pekerja di Malaysia.
Antara gambaran yang anda bakal peroleh ialah: