This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Menubuhkan Syarikat Pegangan Di Malaysia – Sorotan
Sebuah syarikat pegangan di Malaysia ditubuhkan dengan tujuan mengawal dan mengurus dasar pelaburan dan aset aset satu syarikat lain. Sebuah syarikat pegangan di Malaysia merupakan satu jenis syarikat yang tidak menawarkan sebarang perkhidmatan, atau mengeluar sebarang barangan secara sendiri. Syarikat ini bagaimanapun, mendapat pulangan daripada hasil mengurus aset dan pelaburan syarikat syarikat lain.
Sebagai wakil kepada syarikat induk bagi perniagaan lain, syarikat pegangan di Malaysia memiliki hak mengundi dalam lebih banyak syarikat. Ianya merupakan tambahan kepada hak mengundi yang telah dimilikinya dengan syarikat induk bagi lain lain perniagaan. Menubuhkan syarikat pegangan di Malaysia dilakukan secara pemerbadanan dengan niat utama bagi memiliki pelbagai jenis harta dalam bidang hak cipta serta harta tanah.
Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Menubuhkan Syarikat Pegangan Di Malaysia
Sebelum memperbadankan sesebuah syarikat pegangan di Malaysia, anda perlu memahami pelbagai peruntukan yang tersenarai di dalam Akta Syarikat.
Sebelum menyiapkan syarikat pegangan anda di Malaysia, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Selaras dengan Akta Syarikat, perniagaan hanya dipertimbangkan sebagai syarikat pegangan di Malaysia jika ia memiliki akses kepada hak hak berikut:
- Anda perlu patuh kepada syarat syarat pemilikan asing dan panduan umum bagi menubuhkan jenis perniagaan ini seperti termaktub dalam Akta Syarikat dan Akta Cukai di Malaysia.
- Anda perlu memiliki lebih daripada separuh hak mengundi di dalam syarikat lain.
- Anda perlu memiliki lebih daripada 50% modal saham di dalam anak syarikat.
- Syarikat pegangan memiliki hak ke atas lembaga pengarah.
Sebuah syarikat pegangan di Malaysia hanya dianggap pelaburan menarik sekiranya:
- Keuntungannya dikecuali daripada cukai pulangan modal.
- Keuntungannya terhasil dari dividen yang dikembalikan oleh anak syarikat kepada syarikat induk.
- Dividen yang dibayar oleh anak syarikat kepada syarikat pegangan dikecualikan daripada cukai pegangan.
Syarikat syarikat pegangan di Malaysia hanya perlu mematuhi peraturan tempatan bagi laporan tahunan dan percukaian.
Holding companies in Malaysia will also need to observe the local rules for annual reporting and taxation.
Apakah Kelebihan Menubuhkan Syarikat Pegangan di Malaysia?
Malaysia kekal dianggap destinasi perniagaan yang menarik bagi para pelabur dari seluruh dunia, kerana lokasinya yang strategik dan faedah memperbadankan syarikat di Malaysia. Antara kelebihan yang dapat diraih para pelabur dengan menubuhkan syarikat pegangan di Malaysia termasuk:
- Lokasinya yang strategik di pusat Asia Tenggara.
- Akses kepada ekonomi yang berkembang.
- Syarikat pegangan boleh diguna untuk terus mengembangkan perniagaan di rantau Asia.
- Syarikat pegangan memiliki hak melantik para pengarah dalam syarikat lain (anak syarikat tidak boleh bertindak bagi perkara ini tanpa persetujuan syarikat pegangan).
Apakah Jenis Aktiviti Yang Dibenarkan Bagi Syarikat Pegangan Di Malaysia?
Dengan menubuhkan syarikat pegangan di Malaysia, anda akan dibenarkan melaksana aktiviti aktiviti berikut:
- Memegang pelaburan dalam sekuriti
- Memegang pelaburan dalam stok
- Memegang pelaburan dalam saham
- Memegang pelaburan dalam deposit
- Memegang pelaburan dalam pinjaman
- Memegang pelaburan dalam harta tak alih
Melaksana perkhidmatan pengurusan (berkaitan perakaunan dan sokongan).
Mendapatkan Keanggotaan Dalam Syarikat Pegangan Di Malaysia
Sebuah perbadanan tidak diterima sebagai ahli kepada syarikat berkaitan, dan pindahan saham saham daripada syarikat pegangan kepada salah satu anak syarikatnya tidak dibenarkan di Malaysia. Ini termaktub di dalam Akta Syarikat. Sekiranya anak syarikat terdiri daripada wakil persendirian atau pemegang amanah, maka peraturan di atas adalah tidak terpakai.
Menubuhkan Syarikat Pegangan Pelaburan di Malaysia
Aktiviti teras bagi sebuah syarikat pegangan pelaburan di Malaysia melibatkan pegangan saham dalam entiti lain yang sah. Jika sekurang kurangnya 80% pendapatan kasar syarikat diperoleh daripada pelaburan jenis ini, syarikat ditakrifkan sebagai syarikat pegangan pelaburan.
Menurut Ketetapan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, syarikat pegangan pelaburan hanya dibenarkan membangunkan aktiviti perniagaan tertentu. Jenis syarikat pegangan sebegini boleh berkecimpung dalam aktiviti berkaitan sektor harta tanah, menyewakan harta tanah dan aktiviti berkaitan dengan memberi sokongan dan senggaraan berkaitan harta tanah yang dimaksudkan.
Keperluan Cukai Syarikat Pegangan Pelaburan di Malaysia
Keperluan cukai bagi sebuah syarikat pegangan pelaburan di Malaysia bergantung kepada sama ada syarikat tersebut disenarai di Bursa Malaysia. Jika syarikat disenarai dalam tukaran saham Malaysia, ia akan dikawal selia di bawah Akta Cukai Pendapatan Perkara 60 FA. Syarikat tidak disenaraikan akan dikawal selia di bawah Akta Cukai Pendapatan Perkara 60F.
Untuk lebih informasi berkenaan menubuhkan sebuah syarikat pegangan di Malaysia, hubungi 3E Accounting, pakar terulung dan teratas dalam perkara berkaitan penubuhan syarikat di Malaysia.