This page is also available in: enEnglish (English)

Sumber Manusia & Imigresen di Malaysia

Sumber manusia merupakan salah satu elemen terpenting dalam organisasi – kemahiran dan bakat tenaga kerja adalah aset intangible sesebuah syarikat. Bahkan, banyak majikan mengetahui kepentingan dan manfaat mengoptimumkan produktiviti serta kejayaan adalah disebabkan para pekerja dengan kelayakan relevan, punyai personaliti dan aplikasi praktikal untuk dipadankan dengan tugas serta budaya syarikat. Bagaimanapun, proses pengambilan dan dokumentasi pekerjaan dilihat sebagai hanya sekadar formaliti pentadbiran, terutama apabila tiba kepada proses penggajian bakat-bakat asing.

 

Pertimbangan Pra-Pengambilan

Sebelum seseorang diambil bekerja, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbang ketika menelusuri proses pengambilan, yang mana ianya merangkumi pemahaman undang-undang pekerjaan, melaksanakan temuduga dan membuat keputusan tentangnya. Di sini, kami menggariskan beberapa isu mustahak yang perlu dititikberat oleh majikan di dalam pengambilan pekerja di Malaysia:

  1. Fahami Ringkasan Undang-Undang Pekerjaan di Malaysia;
  2. Ketahui dengan lebih terperinci Peraturan Pas-Pas di Malaysia, and Keperluan Visa di Malaysia;
  3. Kendalikan temuduga; dan
  4. Buat keputusan tentang pengambilan pekerja.

Proses pengambilan pekerja adalah sebahagian daripada elemen mustahak dalam pengurusan sumber manusia. Satu lagi elemen kunci yang perlu disebut di sini adalah pengekalan pekerja, di mana ia melibatkan faedah kepada pekerja (atau disebut juga sebagai ‘perks’ oleh sesetengah syarikat). Masa kian berubah dan faedah pekerja telah berevolusi melangkaui hanya sekadar wang ringgit sahaja. Pekerja hari ini mengharapkan sedikit kemudahan di dalam kehidupan mereka, serta perancangan selepas persaraan.

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan PERKESO

Di Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) memperuntukkan faedah persaraan kepada para ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara efisien dan bertanggungjawab. Selain itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP atau EPF) turut memperuntuk kerangka mudah bagi para majikan melaksana potongan gaji statutori serta tanggungjawab moral kepada pekerja mereka. Selain sumbangan mandatori KWSP, setiap majikan di Malaysia juga memiliki akaun PERKESO yang mensasarkan perlindungan keselamatan sosial buat semua pekerja.

Kini, lihat pula secara dekat bagaimana KWSP, PERKESO, PCB berfungsi di Malaysia melalui informasi yang dibekalkan di bawah ini:

  1. Pendaftaran Akaun KWSP – Panduan Pendaftaran Akaun KWSP bagi Majikan
  2. Pendaftaran Akaun PERKESO – Panduan Majikan
  3. Jadual dan Kadar Potongan PERKESO
  4. Apa itu iPERKESO?
  5. Bila dan Bagaimana Membuat Potongan PERKESO (SOCSO)?
  6. Bagaimana Mendaftar dan Membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) di Malaysia

 

Selain faedah-faedah yang diterangkan yang anda sediakan di tempat kerja, selaku majikan, anda juga mungkin ingin ketahui tentang  Skim Insuran Pekerjaan (Employment Insurance Scheme (EIS)) di Malaysia dan Pendaftaran Akaun Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) di Malaysia yang menawarkan faedah dalam bentuk lain kepada pekerja. Anda juga mungkin tertarik untuk mengetahui manfaat dan risiko kontrak jangka panjang di malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan sumber manusia, jangan berlengah walau sesaat dan terus sahaja menghubungi kami!

Antara gambaran yang bakal anda perolehi di sini termasuklah: