This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Sorotan Belanjawan Malaysia 2019

Pada 2 November 2018, Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2019 yang berjudul “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”.

Highlights of Malaysia Budget 2019

Berikut adalah antara intipati langkah percukaian di dalam Belanjawan Malaysia 2019.

 

Cukai Persendirian

  • Pelepasan cukai pendapatan bagi caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran premium insuran nyawa atau sumbangan takaful pada kadar RM6,000 dalam tahun pentaksiran (Year of Assessment YA) akan dinaikkan kepada RM7,000 dan dipecahkan seperti berikut:
  • Caruman kepada KWSP – sehingga RM4,000;
  • Sumbangan takaful atau pembayaran premium insuran hayat – sehingga RM3,000. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan sehingga RM7,000 bagi pembayaran takaful atau pembayaran premium insuran hayat diberikan.
    (Berkuatkuasa bagi Tahun Pentaksiran YA 2019)
  • Pelepasan cukai ke atas simpanan kasar di dalam SSPN akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun. (Berkuatkuasa Tahun Pentaksiran YA 2019 dan YA 2020)

 

Cukai Korporat

  • Kadar cukai pendapatan bagi PKS dan Perkongsian Liabiliti Terhad ke atas pendapatan bercukai sehingga RM500,000 diturunkan daripada 18% kepada 17%.
  • Pelepasan bagi kerugian hanya dibenarkan selepas tempoh bulan keduabelas bagi pelepasan syarikat bermula dari tarikh operasi dan dihadkan kepada 3 tahun pentaksiran berturut-turut; di mana syarikat yang membuat tuntutan dengan tidak menggunakan ITA atau menyerap kerugian permulaan tidak layak menuntut pelepasan kumpulan tersebut.
  • Keupayaan menangguh kerugian perniagaan yang tidak digunakan, elaun modal, elaun pelaburan semula, elaun pelaburan, kerugian permulaan dan elaun cukai pelaburan akan dihadkan kepada 7 tahun pentaksiran YA berturut-turut.
  • Program Pengumuman Sukarela akan ditawarkan kepada pembayar cukai yang secara sukarela mengumumkan pendapatan tidak dilaporkan dan kadar penalti adalah seperti berikut:
    Tarikh Pengumuman Kadar Penalti ke atas Cukai Kena Bayar
     3 November 2018 sehingga 31 Mac 2019 10%
     1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019 15%

    Bagi pengumuman yang dibuat selepas 30 Jun 2019, kadar penalti adalah di antara 80% dan 300%.

  • Rawatan cukai Pusat Kewangan Perniagaan Antarabangsa Labuan (International Business Financial Centre IBFC) akan distruktur semula seperti berikut:
    • Memansuhkan pemilihan cukai pada kadar RM20,000;
    • Memansuhkan kekangan urusniaga yang dilakukan dalam RM dan urusniaga antara entiti Labuan dan penduduk Malaysia;
    • Pengenaan syarat-syarat baharu;
      • Aktiviti Labuan IBFC adalah tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh ahli jawatankuasa;
      • Pendapatan aset harta intelektual yang dipegang oleh entiti Labuan tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
      • Penduduk yang melakukan urusniaga dengan entiti Labuan berhak mendapat potongan cukai pada perbelanjaan yang ditanggung (terhad kepada 3% dari perbelanjaan dibenarkan)

(Berkuatkuasa 1 Januari 2019)

 

Insentif Cukai

  • Majikan yang membuat pembayaran semula kepada pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja sepenuh masa layak mendapat potongan cukai bagi amaun pembayaran semula (dengan syarat tiada pembayaran PTPTN dilakukan oleh pekerja kepada majikan tersebut). (Berkuatkuasa 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019)
  • Potongan tambahan ke atas penggajian yang dibayar majikan kepada pekerja warga emas sepenuh masa melebihi usia 60 tahun atau bekas banduan dengan gaji bulanan tidak melebihi RM4,000. (Berkuatkuasa Tahun Pentaksiran YA 2019 hingga YA 2020)
  • Potongan cukai pendapatan diberi bagi sumbangan kepada mana-mana pertubuhan sosial tertakluk kepada maksimum 10% pendapatan agregat syarikat tersebut atau 7% dari pendapatan agregat perseorangan selain daripada syarikat. (tarikh berkuatkuasa belum diumumkan)
  • Syarikat yang menghasil produk plastik mesra alam berasaskan bio-resin dan biopolymer akan diberikan insentif cukai seperti berikut (tarikh berkuatkuasa belum diumumkan):
    • Status perintis pada kadar 70% dari pendapatan statutori bagi tempoh 5 tahun; atau
    • Elaun Cukai Pelaburan pada kadar 60% ke atas perbelanjaan modal berkelayakan bagi tempoh 5 tahun.
  • Insentif untuk Industry4WRD

1. Potongan cukai ke atas perbelanjaan Industry4.0 (I4.0) Penilaian Kebersediaan atau Readiness Assessment (I4.0-RA)
Potongan cukai bagi perbelanjaan penilaian kebersediaan I4.0-RA sehingga RM27,000 dibayar kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia.

2. Potongan cukai bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor Industry4WRD
Syarikat utama atau anchor company yang membangunkan vendor tempatan di dalam I4.0 adalah layak menuntut potongan dua kali ganda bagi kos pembangunan produk, meningkatkan kebolehan vendor dan latihan kemahiran vendor, yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Perbelanjaan operasi berkelayakan sehingga RM1 juta bagi 3 tahun pentaksiran berturut-turut.

3. Insentif Cukai Pendapatan bagi Pembangunan Modal Insan

  • Potongan dua kali ganda bagi biasiswa yang diberikan syarikat kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat teknikal dan vokasyenal, diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. (Bermula Tahun Pentaksiran YA 2019 kepada YA 2021)
  • Potongan cukai bagi perbelanjaan yang ditanggung syarikat yang terlibat dengan Skim Latihan Dwi Latihan Kebangsaan bagi program I4.0 yang diluluskan Kementerian Sumber Manusia. (Berkuatkuasa bagi program yang dilaksanakan dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019)
  • Potongan cukai bagi perbelanjaan pembangunan teknologi dan kursus baharu kejuruteraan I4.0 oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kursus baharu perlu disahkan oleh Kementerian Pendidikan. (Berkuatkuasa Tahun Pentaksiran YA 2019 hingga YA 2021)
  • Potongan cukai bagi perbelanjaan yang ditanggung syarikat di dalam meningkat dan membangunkan kemahiran teknikal pekerja dalam teknologi I4.0 bagi program latihan yang diluluskan agensi Pembangunan Pelaburan Malaysia atau Malaysian Investment Development Authority (MIDA); (Berkuatkuasa ke atas syarikat yang terlibat dengan Pelan Intervensi Penilaian Kebersediaan dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019)
  • Potongan dua kali ganda bagi perbelanjaan yang ditanggung syarikat di dalam melaksana program latihan internship yang diluluskan Kementerian Sumber Manusia untuk pelajar ijazah sarjana muda di bidang kejuruteraan dan teknologi. (Berkuatkuasa Tahun Pentaksiran YA 2019 hingga YA 2021)
  • Potongan cukai ke atas kelengkapan dan jentera yang disumbang syarikat-syarikat kepada Pusat Pembangunan Kemahiran, Politeknik dan Kolej Vokasyenal yang diiktiraf Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Pendidikan. (Berkuatkuasa bagi sumbangan yang dibuat dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021)

 

Cukai Jualan dan Perkhidmatan

  • Bagi membantu menyelesaikan masalah pengeluar kecil yang membeli produk mereka dari pengimport dan bukannya dari pengeluar-pengeluar berdaftar, Kerajaan memperkenalkan sistem kredit bagi potongan Cukai Jualan bermula 1 Januari 2019.
  • Kerajaan akan memberi pelepasan Cukai Jualan bagi perkhidmatan perniagaan kepada perniagaan (B2B) tertentu kepada entiti Cukai Perkhidmatan yang berdaftar. Ini akan mengelak peningkatan kos melakukan perniagaan sebagai hasil dari cukai yang dikenakan dan bagi melindungi persaingan di kalangan industri tempatan.
  • Bagi memastikan pembekal perkhidmatan tempatan mampu bersaing dengan pesaing dari luar negara, Cukai Perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimpot ke dalam Malaysia. Pengenaan Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan diimport akan dikenakan dalam dua fasa, perkhidmatan diimport oleh perniagaan Malaysia dari 1 Januari 2019 sementara perkhidmatan diimport oleh pengguna Malaysia akan berkuatkuasa 1 Januari 2020.
  • Duti Eksais pada kadar RM0.40 seliter akan dikenakan ke atas minuman bergula dengan kandungan gula seperti berikut:
    • Jus buah-buahan dan jus sayuran di bawah tarif 20.09, yang mengandungi kandungan gula melebihi 12 gram per 100 milliliter; dan
    • Minuman di bawah tarif 22.02, yang mengandungi kandungan gula melebihi 5 gram per 100 milliliter. (Bermula 1 April 2019

 

Duti Setem

  • Kadar duti setem bagi pemindahan harta tanah akan distruktur semula seperti berikut:
    Nilai harta (RM) Kadar Semasa Kadar Cadangan
    RM100,000 Pertama 1 1
    RM100,001 hingga RM500,000 2 2
    RM500,001 hingga RM1,000,000 3 3
    RM1,000,001 dan ke atas 3 4
  • Pembeli rumah kali pertama pada harga sehingga RM500,000 adalah dikecualikan dari membayar duti setem sehingga RM300,000 bergantung kepada instrumen pemindahan dan perjanjian pinjaman. (dilanjutkan untuk dua tahun sehingga 31 Disember 2020)
  • Pengecualian duti setem diberikan bagi pembelian oleh pembeli kali pertama pada kadar di antara RM300,001 dan RM1 juta dari mana-mana pemaju perumahan bagi tempoh enam bulan dari 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019.
  • Duti setem dikecualikan ke atas polisi insuran/sijil di bawah produk insuran Perlindungan Tenang dengan premium/sumbangan tahunan tidak lebih dari RM100. (Bermula dari polisi/sijil dikeluarkan dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020)

 

Cukai Keuntungan Harta Tanah (Real Property Gains Tax RPGT)

  • Kadar RPGT ke atas keuntungan dari jualan harta tanah atau pegangan di dalam syarikat harta tanah dalam tahun keenam dan seterusnya dari penjualan telah dikaji semula seperti berikut:
    • Syarikat, bukan warga negara, dan bukan individu penduduk tetap – dinaikkan dari 5% hingga 10%.
    • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap – dinaikkan dari 0% hingga 5%.

Peningkatan kadar ini tidak terpakai bagi penjualan rumah kos rendah, sederhana rendah dan kediaman mampu milik bernilai di bawah RM200,000 oleh warganegara Malaysia.