This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Panduan Memulakan Perniagaan di Malaysia

Tersenarai di kedudukan ke 24 pada tahun 2018 bagi Kemudahan Melakukan Perniagaan oleh Bank Dunia, Malaysia semakin mendapat daya tarikan selaku salah satu destinasi kegemaran para pelabur untuk melakukan urusan perniagaan. Walaupun kedudukan tinggi oleh Bank Dunia bagi Kemudahan Melakukan Perniagaan tersebut menandakan bahawa perniagaan tidak berdepan banyak kesukaran di Malaysia, tugas rumit menanti anda sekiranya tiada panduan yang tepat. Panduan di sini berfungsi memberi pandangan menyeluruh tentang cara untuk memulakan perniagaan anda di Malaysia, serta dapat membimbing anda memahami selok-belok kaedah memulakan perniagaan di negara ini.

 

Sebelum Anda Memulakan Perniagaan di Malaysia

Guide to Start Business in MalaysiaLangkah pertama dalam perjalanan anda ialah untuk mengetahui “mengapa anda ingin memulakan perniagaan?” Walaupun ia seakan mudah dan biasa, ini adalah soalan yang sangat penting sebelum anda memulakan perniagaan. Ini kerana ia membantu anda memastikan niat dan alasan mengapa anda ingin memulakan perniagaan. Sebaik sahaja anda mengetahui tujuan memulakan perniagaan, anda boleh mulakan dengan bertanya kepada diri sendiri:

  • Adakah anda mempunyai kemahiran khusus?
  • Bagaimana anda membiayai perniagaan anda?
  • Berapa banyak modal yang anda perlukan / miliki?
  • Apakah idea perniagaan anda?
  • Telahkah anda menjalankan penyelidikan pasaran?

 

Bagaimana Anda Memulakan Perniagaan di Malaysia?

  1. Tetapkan rancangan perniagaan anda
    Tidak kira apa jenis perniagaan yang ingin anda lakukan, pelan perniagaan adalah salah satu langkah penting jika anda berfikir tentang memulakan perniagaan di Malaysia. Selain hakikat bahawa idea perniagaan adalah seperti mempunyai bahan asas dalam proses persiapan makanan, ia juga membantu anda memahami pasaran dan mengenali apa yang dilakukan oleh orang lain.
  2. Jika anda tiada pelan perniagaan, hasilkannya
    Ingat bahawa idea perniagaan yang hebat hanya mampu bertukar menjadi idea perniagaan yang hebat jika ia dipadankan dengan rancangan perniagaan yang dihasil dengan baik. Anda boleh mula merangka pelan perniagaan anda melalui penyelidikan pasaran – menjalankan penyelidikan pasaran untuk mengetahui siapa yang berpotensi menjadi pesaing anda dalam pasaran (dengan memahami kekuatan dan kelemahan mereka), apakah trend pasaran semasa serta kemungkinan risiko yang hadir. Ingatlah bahawa pelan perniagaan yang baik akan membantu anda melihat arah yang dituju syarikat anda, apakah cabaran yang mendatang, dan apa yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan perniagaan.
  3. Nilaikan kewangan anda
    Fikirkan bagaimana anda akan membiayai perniagaan anda. Memulakan sesuatu perniagaan pastinya memerlukan dana, namun anda boleh bermula dengan bajet pemasaran. Ini merupakan langkah penting yang membolehkan anda mengetahui jenis penyelesaian pembiayaan perniagaan yang diperlukan oleh syarikat anda.

 

Apakah Langkah-Langkah Memulakan Perniagaan?

  1. Guide to Start Business in MalaysiaKenalpasti Jenis Perniagaan
    Terdapat beberapa jenis entiti perniagaan yang tersedia di Malaysia. Setiap entiti perniagaan mempunyai keperluan pematuhan sendiri, struktur cukai dan sebagainya.

  2. Namakan Perniagaan Anda
    Setiap perniagaan memerlukan nama. Perniagaan yang baik adalah lebih daripada sekadar satu jenama – ia juga merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran dan identiti jenama anda. Lakukan semakan nama selepas anda memilih nama perniagaan:

    • Lengkapkan Borang Permohonan Ketersediaan Nama dan serahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”); dan
    • Anda perlu membayar yuran sebanyak RM30.00 untuk setiap nama yang dipohon.

    Selepas semakan nama, daftarkan nama tersebut dengan SSM untuk mendapatkan kelulusan dari Penubuhan Syarikat di Malaysia.

  3. Cari premis perniagaan
    Sama seperti nama perniagaan yang baik, lokasi perniagaan yang baik adalah sebahagian daripada strategi pemasaran anda.
  4. Daftarkan alamat pejabat
    Di Malaysia, setiap perniagaan mesti mempunyai alamat pejabat tempatan yang sah.
  5. Sediakan dokumen pemerbadanan
    • Memorandum dan Artikel Persatuan / Perlembagaan
    • Deklarasi Statutori oleh Pengarah atau Pencadang sebelum Pelantikan
    • Pengisytiharan Pematuhan
    • Surat kelulusan nama syarikat dari SSM (satu salinan).
    • Kad pengenalan setiap pengarah dan setiausaha syarikat (satu salinan)
  6. Perbadankan syarikat anda
    Anda perlu mengemukakan Dokumen Pemerbadanan kepada SSM dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat oleh SSM. Anda perlu memohon carian nama baharu jika anda gagal menyerahkan dokumen pemerbadanan anda kepada SSM dalam masa 3 bulan.
  7. Bayar yuran pendaftaran
    Yuran pendaftaran adalah pada kadar RM1,000.
  8. Pengeluaran Siji Pendaftaran
    Anda akan mendapat Sijil Pendaftaran perniagaan anda dalam masa satu jam dari transaksi pembayaran yuran pendaftaran dibuat.

 

Adakah Terdapat Geran Perniagaan Yang Ditawarkan?

Tak ramai orang tahu bahawa kerajaan Malaysia mempunyai skim pembiayaan untuk membantu usahawan dan PKS. Selain skim pembiayaan, kerajaan Malaysia juga menyediakan geran untuk membantu perniagaan berkembang, seperti berikut:Guide to Start Business in Malaysia

  1. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (“MESTECC”)
  2. Kementerian Kewangan (“MOF”)
  3. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (“KKMM”)

 

Bagaimana Memulakan Perusahaan Kecil di Malaysia?

Ramai yang mahukan perniagaan besar ketika memulakan perniagaan mereka sendiri, sementara ada juga yang lebih suka perusahaan kecil. Niat untuk memulakan perniagaan kecil berbeza-beza dari individu ke individu – Sesetengah orang mahu mempunyai lebih banyak masa bersama dengan keluarga; sesetengah lagi ingin meneroka perjalanan sebagai seorang usahawan; dan ada pula yang ingin mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam kehidupan mereka.

Seperti di banyak negara lain, perniagaan kecil sedang berkembang pesat di Malaysia – semakin ramai orang memulakan perusahaan kecil di negara ini. Dari perniagaan fesyen, kedai e-dagang ke pemasaran bersekutu, rakyat Malaysia mencari peluang dan ruang bagi perniagaan kecil. Orang asing juga boleh memilih untuk memulakan perusahaan kecil mereka di Malaysia.

  1. Tidak kira sama ada anda usahawan tempatan ataupun pelabur asing, anda boleh memulakan perniagaan kecil di Malaysia.
  2. Pertama, anda perlu fikirkan pelan perniagaan bersama dengan pelan belanjawan dan pemasaran anda sebelum anda maju ke langkah seterusnya – menubuhkan perniagaan anda.
  3. Langkah seterusnya termasuk:
    • Namakan perniagaan anda (jangan lupa lakukan do a name check)
    • Cari lokasi sesuai dan strategik
  4. Perbadankan syarikat
    • Sebuah syarikat merupakan bentuk entiti perniagaan biasa bagi sesuatu perusahaan kecil dan badan professional.

 

Bagaimana Memulakan Perniagaan Dari Rumah?

Perniagaan dari rumah atau home-based, seperti dicadangkan oleh namanya adalah perniagaan di mana pejabat utama terletak di rumah pemilik perniagaan. Ramai rakyat Malaysia sedang meneroka pasaran niche perniagaan berasaskan rumah. Secara tepat, ramai orang kini memulakan perniagaan dari rumah. Walaupun idea bekerja dari rumah atau memulakan perniagaan home-based sangat menarik, tidak semua orang tahu bagaimana memulakan perniagaan dari rumah.

  1. Ketahui jenis perniagaan dari rumah yang anda mahu mulakan:
    Terlebih dahulu, ketahui jenis perniagaan dari rumah yang anda ingin lakukan (di bawah adalah pilihan perniagaan dari rumah yang popular):

    • Perniagaan menjaga kanak-kanak di rumah (bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun)Guide to Start Business in Malaysia
    • Rumah Jagaan Kanak-Kanak
    • Penjagaan Warga Emas
    • Jurukira dan Penyimpan Kira Home-based
    • Perunding
    • Perniagaan Online
    • Penulis Blog Professional
    • Bakeri di rumah
    • Tenaga Pengajar (Tutor) Home-based
    • Pusat kecantikan kuku
    • Perniagaan Baikpulih Gajet
    • Penjagaan Haiwan Peliharaan
    • Pembantu Maya atau Virtual assistant
    • Perniagaan kedai dobi. 

     

  2. Mulakan bekerja
    Kemudian, draf pelan perniagaan dari rumah dengan strategi pemasaran dan penyelesaian pembiayaan anda. Walaupun anda tidak perlu untuk mencari premis perniagaan, anda harus menamakan perniagaan anda dan mendaftarnya.
  3. Perbadankan perniagaan dari rumah anda
    Di Malaysia, anda boleh memperbadan perniagaan dari rumah sebagai sebuah syarikat.

 

Anda boleh memilih samada ingin melakukannya sendiri, atau menggunakan khidmat syarikat profesional bagi memperbadankan syarikat yang mampu membantu anda memulakan perniagaan. 3E Accounting Malaysia sentiasa bersedia membimbing anda! Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pemerbadanan syarikat yang kami tawarkan serta pelbagai pakej pendaftaran syarikat dengan harga berpatutan!

Tanpa perlu membuang masa, mari memulakan perniagaan di Malaysia yang menjanjikan Pulangan Pelaburan yang baik untuk perniagaan anda. Sesiapa yang merancang memulakan perniagaan baharu di Asia Tenggara, sama ada perusahaan kecil atau pelaburan besar, Malaysia menawarkan pelbagai peluang.