This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

3E Accounting Malaysia – Dasar Rancangan Kesinambungan Perniagaan BCP Bagi Pekerja

Dasar Rancangan Kesinambungan Perniagaan BCP KamiDi 3E Accounting, Rancangan Kesinambungan Perniagaan kami membolehkan operasi kami berjalan dengan gangguan minima. Tujuan Rancangan Kesinambungan Perniagaan (BCP) ialah bagi menghasilkan sistem pencegahan dan pemulihan daripada ancaman berpotensi kepada organisasi. Dasar ini memastikan agar pekerja dan aset dilindungi dan selamat sekiranya berlaku krisis. BCP membolehkan organisasi-organisasi untuk mengaktifkan dan melaksana rancangan yang disediakan lebih awal seperti bekerja dalam talian, bekerja dari rumah, aturan kerja anjal dan saringan klien serta penerusan kerja sebelum, ketika krisis dan persediaan bagi pemulihan krisis.

 

Tujuan BCP

Penanda aras bagi sebuah organisasi efektif dan ahli komuniti perniagaan yang bertanggungjawab ialah memiliki BCP yang melindungi bukan sekadar operasi perniagaan tetapi juga menjaga pekerja dan pemegang taruh dalam masyarakat ketika berlakunya krisis.

Krisis berlaku dalam pelbagai bentuk, kekerapan dan peringkat, seperti:

  1. Wabak atau penularan jangkitan, seperti H5N1, SARS dan yang paling mutakhir COVID-19.
  2. Bencana alam, seperti gempa bumi, taufan, ribut dan banjir besar.
  3. Bencana kebakaran, yang berbeza-beza daripada kebakaran kecil di pejabat sehingga yang memusnahkan keseluruhan kawasan geografi.
  4. Bekalan elektrik terputus, yang berbeza-beza daripada yang melibatkan premis individu kepada yang melanda seluruh bandar raya.
  5. Insiden keselamatan, yang berbeza-beza di antara kes kecurian kecil, akses tanpa kebenaran ke dalam premis dan terrorisme.
  6. Gangguan rantaian bekalan huluan dan hiliran, yang melibatkan penamatan mengejut atau ketidaksediaan pembekal atau pelanggan utama anda.

 

Dasar Rancangan Kesinambungan Perniagaan BCP Kami

 

Bagaimana anda menyiapkan Rancangan Kesinambungan Perniagaan yang kukuh dan direka khusus? Ketahui lebih lanjut di sini. 

Sedang mencari templat dokumen yang anda boleh gunakan dan laksanakan segera? Lihat di sini bagi sumber-sumber

Perlukan bantuan dan nasihat bagi menyiapkan Rancangan Kesinambungan Perniagaan, hubungi kami di info@3ecpa.com.my