This page is also available in: enEnglish (English)

Perkhidmatan Pembangunan dan Penjualan Perisian di Malaysia

 

Perisian Perakaunan MYOB

Mind Your Own Business MYOBDihasilkan bagi membantu perniagaan ke arah landskap digital, Perisian Perakaunan MYOB sesuai bagi pengusaha-pemilik bagi memproses jualan dan pembelian, menjejak hasil kutipan, invois dan lain-lain – dengan beberapa klik. Perakaunan MYOB istimewa kerana tidak mengandungi jargon perakaunan, menjadikannya mesra pengguna. Rekaannya yang ringkas dapat membimbing anda melalui automasi akaun perniagaan anda, menjadikan data perakaunan lebih mudah dikesan. Selain itu, sistem pengurusan inventori Perakaunan Perisian MYOB akan memaklumkan kepada anda dengan tepat apa yang terdapat dalam stok, dalam tempahan dan diberi komitmen. Ia adalah perisian perakaunan dan penggajian dalam talian yang memastikan anda terus mendahului perubahan cukai, mengawal kewangan anda, menjadikan anda lebih produktif dan mengurangkan risiko.

 

Perisian Perakaunan SQL

SQL AccountingPerakaunan SQL adalah lebih dari sekadar perisian perakaunan bagi anda memasukkan rekod kewangan. Ia memiliki ciri-ciri hebat termasuk jaminan keselamatan, keanjalan, sandaran data 24X7, carian dan pertanyaan tentang maklumat, navigasi arahan, grid dan laporan yang disesuaikan, pengetatan dokumen, bidang dan skrip DIY serta banyak lagi. Terdiri enam model teras: GL, Customer, Supplier, Stock, Sales, dan Purchase; ia dihasilkan bagi membantu perniagaan menyusun kewangan secara bijak di satu tempat simpanan. Perisian ini mampu disesuaikan bagi memenuhi keperluan perniagaan anda selain memjadikannya lebih mudah dan ringkas.

 

Perisian Perakaunan Awan Xero

Xero Certified AdvisorXero merupakan perisian perakaunan dalam talian yang menggunakan rangkaian awan bagi menyediakan pelbagai fungsi perakaunan lengkap. Direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil hingga sederhana, perisian Xero berfungsi sebagai platform kerjasama dan penasihat jarak jauh untuk golongan profesional perakaunan serta platform untuk pengguna menyelaras dan mengurus semua proses kewangan. Ia mudah digunakan dan menjimatkan, membantu orang ramai menguruskan tugas yang memakan masa seperti pemantauan transaksi, pembayaran, invois serta pengurusan perbelanjaan, dengan cara yang mudah. Dengan kata lain, perisian ini mengubah wajah pengurusan perakaunan dalam perniagaan kecil yang sebelum ini bergantung kepada spreadsheet, kertas kerja yang berantakan dan fail tersebar, ke dalam landskap digital.

 

QuickBooks Online

QuickBooks Certified ProAdvisorQuickBooks Online adalah versi web bagi pakej perakaunan QuickBooks yang amat popular. Salah satu ciri istimewa ialah ia secara automatik menyelaraskan profil pembiayaan perniagaan secara lengkap ke satu papan pemuka tunggal di mana berbilang pengguna boleh melihat laporan dan akaun syarikat yang terperinci. Platform tersebut mewujudkan laporan perdagangan, keuntungan dan kerugian serta penyelesaian bil dan invois yang mudah alih dan senang dicetak. Pengguna dapat menjejaki pembayaran, sejarah jualan serta butiran invois melalui perisian ini. Jika anda mencari penyelesaian perniagaan dengan penjimatan kos, QuickBooks Online menawarkan ciri-ciri hebat.

 

 

QuickBooks Online berbanding Perisian Perakaunan Xero Cloud

QuickBooks Online vs Xero Cloud Accounting Software

Jika anda sedang memikirkan untuk berpindah ke perisian perakaunan berasaskan awan, anda tentu tertanya-tanya apa perisian yang perlu dipertimbangkan. Anda tentu pernah mendengar Perisian Xero Cloud dan QuickBooks Online yang merupakan 2 perisian perakaunan hebat tetapi apabila dibuat perbandingan, mereka memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Di Malaysia, tiada pihak selain 3E Accounting yang mampu memberi nasihat terbaik serta perbandingan tepat di antara Quickbooks Online dan Perakaunan Xero Cloud bagi pertimbangan anda. 3E Accounting adalah penasihat bertauliah bagi kedua-dua perisian dan juga pengguna aktif kedua-duanya

 

 

Perisian Pengurusan Acara

Event Management SoftwareSebagai penganjur acara, hanya ada satu matlamat yang sepatutnya di fikiran anda – bagaimana untuk memastikan acara anda berlangsung tanpa halangan. Kejayaan sesebuah acara ialah apabila ia dapat mengumpulkan sejumlah besar peserta dan memastikan tahap penglibatan yang tinggi di kalangan semua yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Untuk melakukannya, anda memerlukan bantuan salah satu perisian pengurusan acara terbaik di pasaran – Live2Event. Live2Event adalah platform Q & A interaktif terbaik untuk acara dan persidangan di Malaysia, dan dengan itu, ia adalah perisian pengurusan acara terbaik di pasaran bagi penganjur acara dengan sebarang latar belakang.