This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Kesalahan dan Penalti Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia

Carta ini menyediakan ringkasan Kesalahan dan Penalti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang penting di Malaysia. Untuk perincian Kesalahan dan Penalti, sila rujuk Akta GST 2014.

SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
S88. Penalti untuk Pulangan yang Salah Sesiapa yang

(a) membuat pulangan penyata yang tidak betul dengan tidak mengembalikan apa-apa maklumat;

(b) mengurangkan mana-mana cukai output atau menambah mana-mana cukai input dalam penyata; atau

(c) memberikan maklumat yang salah berhubung mana-mana perkara yang mempengaruhi liabiliti untuk cukainya sendiri atau liabiliti untuk cukai mana-mana pihak lain,

Melakukan kesalahan dan akan, jika disabitkan, dikenakan—

(A) denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(B) penalti setimpal dengan amaun cukai yang telah dikurangkan atau yang perlu dikurangkan sekiranya pulangan atau maklumat telah diterima sebagai betul.

S89. Penalti bagi mengelak atau penipuan cukai Sesiapa yang berniat mengelak atau membantu pihak lain mengelakkan cukai dengan—
(a) tidak memulangkan maklumat berkaitan mana-mana perkara yang menyentuh amaun cukai yang boleh dikenakan ke atasnya atau mana-mana pihak;
(b) menghantar penyata atau entri salah bagi mana-mana pulangan;
(c) memberi jawapan salah samada secara bertulis atau selainnyaa kepada mana-mana persoalan atau permintaan maklumat yang dibuat selari dengan peruntukan Akta;
(d) menyediakan atau menyenggara atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan buku-buku akaun, invois atau rekod-rekod yang salah, atau memalsukan atau memberi kebenaran bagi pemalsuan mana-mana buku, invois atau rekod yang salah; atau
(e) membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa penipuan, muslihat, atau tipu helah
Melakukan kesalahan dan jika disabitkan, akan dikenakan—
(A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali dan tidak lebih daripada dua puluh kali berbanding amaun cukai atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(B) bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun cukai atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa jika jumlah cukai tidak boleh dipastikan, individu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
S90. Penalti kerana Mendapatkan Bayaran Balik Salah,dsb Sesiapa yang menyebabkan atau cuba menyebabkan bayaran balik di bawah subseksyen 10(4), 17(6), 18(4), 38(3), 57(1), 61(1), 190(1) or 190(2) atau hak untuk pelepasan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 58(1) kepada mana-mana orang apa-apa amaun yang melebihi amaun yang betul supaya boleh dikembalikan atau dilepaskan kepadanya. melakukan kesalahan dan, jika disabitkan, akan dikenakan—
(a) denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgat atau hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
(b) penalti dua kali berbanding amaun yang dibayar balik atau berhak sebagai pelepasan yang melebihi amaun sebenar supaya boleh dikembalikan atau berhak sebagai pelepasan.
S91. Penalti bagi Kesalahan Berkaitan Barangan, Invois dan Resit Sesiapa yang mendapat pemilikan untuk atau berurusan dengan apa-apa barangan, atau menerima pembekalan apa-apa perkhidmatan, dengan sebab munasabah untuk mempercayai bahawa cukai ke atas pembekalan barangan atau perkhidmatan atau ke atas barangan yang telah dan akan dielakkan cukai melakukan kesalahan dan, jika disabit, akan dikenakan—
(a) denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b) penalti dua kali ganda bagi amaun cukai tersebut
  Sesiapa selain daripada orang berdaftar yang mengeluarkan invois atau resit yang menunjukkan jumlah sebagai cukai atau yang berkaitan dengan cukai melakukan kesalahan, dan jika disabit, akan dikenakan—
(a) denda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit dan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
(b) penalti dua kali ganda berbanding amaun cukai yang ditunjukkan
S92. Penalti bagi Menghalang, dsb., Pengawai Cukai Barang dan Perkhidmatan Sesiapa yang —
(a) dalam apa cara sekalipun menyerang, menghalang atau menyekat pegawai cukai barang dan perkhidmatan dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini; atau
(b) gagal memberi kemudahan atau bantuan sewajarnya bagi pegawai cukai barang dan perkhidmatan dalam usahanya menjalankan tugas di bawah Akta
melakukan kesalahan dan, jika disabit kesalahan, akan dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak lebih dari tujuh tahun atau denda tidak melebihi seribu ringgit atau kedua-duanya.
S93. Penalti Bagi Keenganan Menjawab Soalan atau Memberi Maklumat Salah Sesiapa yang, apabila diperlukan di bawah Akta ini bagi memberi apa-apa maklumat sewajarnya yang diperlukan pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang di dalam bidang kuasanya, enggan memberi maklumat atau memberi jawapan betul padahal diketahui atau difikirkannya salah melakukan kesalahan ini.

Apabila mana-mana maklumat telah dibuktikan tidak benar atau palsu secara keseluruhan atau sebahagiannya ia tidak akan menjadi pertahanan untuk mendakwa bahawa maklumat atau mana-mana bahagian maklumat itu diberikan secara tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau penipuan, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh juru bahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat.

 
S96. Penalti Am Seperti Penghantaran Lambat GST. Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini di mana tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, jika disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
S21. Pemberitahuan Liabiliti dan Pendaftaran Seseorang yang boleh didaftarkan tetapi gagal memohon pendaftaran GST hendaklah segera memohon pendaftaran. Cukai akan dikutip untuk tempoh tidak melebihi enam (6) tahun dari tarikh pendaftaran yang berkuatkuasa.

Penalti pendaftaran lewat tidak kurang daripada seribu lima ratus ringgit bagi suatu tempoh dalam masa tiga puluh hari dan tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi suatu tempoh lebih dari tiga ratus enam puluh hari.

 

PENALTI TERHADAP KEGAGALAN/PEMBAYARAN LEWAT CUKAI BARANG DAN CUKAI PERKHIDMATAN

Selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 41 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, berkuatkuasa dari 1/1/2016, kegagalan untuk membayar amaun cukai barang dan perkhidmatan yang perlu dibayar dalam tempoh yang dinyatakan akan dikenakan penalti. Penalti akan dikenakan untuk tempoh kena cukai yang mana pembayaran cukai dituntut dan perlu dibayar pada 31/1/2016.

Pengiraan penalti adalah berdasarkan jumlah hari cukai yang perlu dibayar tidak dilunaskan seperti jadual di bawah:-

JUMLAH HARI CUKAI DITUNTUT TIDAK DIBAYAR KADAR PENALTI SEDIA ADA (%)* KADAR PENALTI (%) BERKUATKUASA 01 JANUARI 2017**
1 – 30 5 10
1 – 60 15 25
1 – 90 25 40
> 90 25 (maksimum) 40

* Kadar penalti yang dikenakan pada amaun GST yang dituntut dan perlu dibayar.
** Kadar penalti yang dikenakan pada amaun GST yang belum dilunaskan.

Contoh:

Jika anda menghantar pulangan GST dan mengurangkan cukai output GST anda, anda akan dikenakan penalti seperti berikut:
– S88 Penalti Bagi Pulangan Salah – boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduanya; dan penalti sama dengan amaun cukai yang telah dikurangkan atau yang perlu dikurangkan sekiranya pulangan atau maklumat telah diterima sebagai betul.
– S41 Menyediakan pulangan dan pembayaran cukai – Bermula 01/01/2016 penalti bayaran lambat pada kadar 5% ke 25% bagi amaun GST dituntut dan bermula 01/01/2017 penalti bayaran lambat pada kadar 10% ke 40% bagi amaun GST yang belum dilunaskan.

Kemukakan pulangan GST anda dengan betul dari langkah pertama dan kurangkan masalah serta penalti.

Remisi penalti

Orang berdaftar yang telah dikenakan penalti lewat boleh merayu dengan mengemukakan permohonan untuk pengampunan ke stesen pengawas. Permohonan hendaklah dilampirkan dengan slip pembayaran asal atau penerimaan pembayaran untuk transaksi dalam talian sebagai bukti pembayaran. Pengampunan penalti adalah tertakluk kepada persetujuan oleh Ketua Pengarah.

Hubungi kami hari ini sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang kami Khidmat GST di Malaysia.

 

Pautan Pantas

Tinjauan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) di Malaysia
Senarai Bekalan Berkadar Sifar, Bekalan Dikecualikan dan Diberi Pelepasan GST di Malaysia
Tinjauan Panduan GST Khusus di Malaysia
Perlukah Saya Mendaftar bagi GST di Malaysia?