This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Khidmat Nasihat Perniagaan di Malaysia

Menjalankan perniagaan sudah tentu bukan tugas yang mudah. Anda telah berusaha untuk memastikan perniagaan anda berjaya dan sekarang anda sedang memikirkan langkah seterusnya. Kita semua tahu bahawa amat penting untuk mendapatkan khidmat penasihat yang dipercayai bagi membantu di sepanjang jalan. 3E Accounting Malaysia bersedia membimbing anda pada setiap peringkat proses di mana kami bekerja dengan anda bagi menghasilkan satu pelan komprehensif yang memberi tumpuan kepada keperluan khusus anda. Tenaga profesional berpengalaman kami mempunyai pengetahuan dan objektiviti untuk menavigasi isu-isu penting berkaitan dengan perniagaan. 3E Accounting Malaysia menawarkan pelbagai khidmat nasihat khusus dan kami mampu membantu anda dalam membangun dan melaksanakan rancangan yang berkesan.

 

Belanjawan

Belanjawan merupakan pelan mudah dengan tujuan murni kerana ia menunjukkan sumber pendapatan yang dijangkakan dan bagaimana kita berhasrat untuk membelanjakannya. Dalam erti kata lain, belanjawan merupakan cara untuk menggunakan wang dan mengekalkan kawalan. Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa belanjawan yang baik merupakan salah satu elemen penting dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan dari wang syarikat, memantau situasi dan maju ke hadapan. Khidmat nasihat kami akan membantu anda menderaf belanjawan bagi perniagaan agar anda mengetahui berapa jumlah wang yang anda miliki, berapa banyak yang perlu dibelanja dan berapa banyak anda perlukan bagi mencapai matlamat perniagaan.

 

Ketekunan Kewangan

Adalah merupakan amalan biasa di mana ketika sesebuah syarikat dibuka untuk jualan, atau ingin menjual salah satu bahagiannya, syarikat tersebut perlu menunjukkan laporan terperinci tentang kedudukan kewangannya kepada bakal pembeli. Ini digelar sebagai kewajaran kewangan (financial due diligence). Bertujuan untuk menangani kebimbangan dan isu yang mungkin berkaitan dengan bakal pembeli, kewajaran kewangan menentukan sama ada akaun syarikat adalah konsisten dan mampu menilai situasi sebenar aset, liabiliti dan risiko cukai syarikat tertentu. 3E Accounting Malaysia menyediakan penyelesaian yang terbaik untuk membantu anda dalam menyelesaikan pelupusan anda..

 

Khidmat Laporan IFRS

IFRS bertujuan memberi kerangka global tentang bagaimana syarikat awam menyedia dan mendedahkan laporan kewangannya. Juga, ia menawarkan piawaian global bagaimana syarikat menyediakan penyata kewangan, dan bukannya menetapkan peraturan untuk pelaporan khusus industri. Bagaimanapun, penukaran kepada IFRS adalah usaha besar melibatkan pelbagai kaedah. Itulah sebabnya anda perlukan penasihat seperti 3E Accounting Malaysia di pihak anda. Kami tidak menyediakan anda dengan pakej satu-saiz-muat-semua dan jawapan teknikal. Kami meluangkan masa untuk mengenali perniagaan anda dan menghasilkan penyelesaian terbaik sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

 

Khidmat Penilaian

Nilai perusahaan perniagaan syarikat adalah maklumat penting untuk pengurusan. Bagi syarikat awam, penilaian perniagaan yang tepat diperlukan kerana ia menggambarkan nilai semua tuntutan dan kepentingan pemilikan, entiti operasi, termasuk hutang yang dikenakan faedah, ekuiti pilihan, dan ekuiti biasa. Juga, ia setara dengan nilai aset entiti termasuk modal kerja, harta tanah, jentera dan peralatan, serta aset tak ketara dan nilai muhibah. Terdapat tiga kaedah utama untuk menentukan penilaian syarikat merangkumi pendapatan, pasaran dan pendekatan kos.

 

Khidmat Perakaunan Forensik

Keadaan ekonomi semakin mencabar sedang kita bergerak ke hadapan, dan Malaysia memimpin jalan ketika permintaan bagi khidmat perakaunan forensik terus meningkat di tengah-tengah ekonomi dan tadbir urus korporat yang mencabar. Permintaan ini wujud kerana syarikat dipantau secara dekat dan dalam usaha menghalang fraud, usaha berganda diperlukan bagi mengesan dan menghalang kegiatan penipuan yang disokong tindakan undang-undang ke atas pihak yang didakwa dan didapati bersalah. Akauntan forensik berbeza dari akauntan biasa kerana kemahiran mereka merangkumi kebolehan sebagai detektif, penyiasat, pemeriksa malah saksi pakar.