This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Pematuhan CBP di Malaysia

Capai Pematuhan CBP sepenuhnya dengan kami

Setelah memperkenalkan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan menyeluruh sebanyak 6 peratus pada tahun 2015, semua perniagaan yang telah membuat pembekalan bercukai yang melebihi RM500, 000 dalam tempoh 12 bulan telah diwajibkan untuk mendaftar dengan sistem CBP yang baru diperkenalkan ini. Selain itu, pendaftaran dengan sistem cukai ini juga wajib bagi syarikat-syarikat yang menjangkakan perolehan perniagaan mereka melebihi RM500,000 dalam tempoh 11 bulan akan datang (termasuk bulan semasa). Perniagaan sedemikan juga haruslah berdaftar dengan sistem CBP dalam tempoh dua puluh lapan hari dari hujung bulan semasa.

Setakat ini, lebih daripada 400,000 syarikat yang beroperasi di Malaysia yang memenuhi syarat CBP telah mendaftar untuk sistem CBP dan 90% daripada mereka telah menfailkan pemulangan CBP dalam masa yang ditetapkan. Sasaran pendapatan Cukai Barang dan Perkhidmatan semasa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kastam ialah sebanyak RM39 bilion, iaitu 9 bilion lebih banyak daripada hasil yang berjaya dikumpulkan pada tahun 2015.

Sekiranya anda juga membuat atau menjangkakan akan membuat pembekalan bercukai melebihi RM500,000, maka anda wajib berdaftar dengan sistem CBP di Malaysia. Selepas pendaftaran sistem CBP ini, cabaran terbesar yang biasa dihadapi oleh syarikat-syarikat adalah pematuhan CBP. Pematuhan dengan sistem cukai selalunya adalah proses yang paling sukar. Di sinilah kami dapat membantu anda!

 

Pematuhan CBP sekarang menjadi senang, bebas tekanan dan mudah

Di 3E Accounting Malaysia, kami dapat membantu anda mematuhi piawaian dan keperluan CBP. Pasukan kami yang terdiri daripada ejen cukai yang berpengalaman dapat memberikan anda pemeriksaan pematuhan cukai secara menyeluruh dan juga menyediakan laporan yang tepat dan terancang untuk anda, membantu anda mengurangi pendedahan kepada semua jenis risiko dalam perniagaan. Perkhidmatan perancangan dan pematuhan cukai kami telah membantu pelanggan kami mencapai pematuhan cukai sepenuhnya. Dan anda tahu apa maksudnya? Pematuhan cukai CBP sepenuhnya telah membantu mereka meneroka peluang perniagaan baru sambil mengurangi risikonya; dan ia tidak memberi mereka tekanan dan kekecewaan akibat audit cukai oleh pihak berkuasa cukai. Audit cukai kebiasaannya proses yang tidak disukai oleh syarikat tetapi dengan kami, anda tidak perlu bimbang tentang itu!

 

Hubungi Kami Hari Ini

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan atau bantuan pematuhan CBP segera hubungi kami. Benarkan kami membantu anda mematuhi sepenuhnya sistem cukai CBP dan beroperasilah di Malaysia dengan jayanya!