This page is also available in: enEnglish (English)

Melantik Orang Yang Tepat sebagai Pengarah Nomini di Malaysia

Semua syarikat dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah yang masing-masing mempunyai tempat kediaman utama atau hanya menetap di Malaysia mengikut Akta Syarikat Malaysia.

Adalah menjadi kebiasaan bagi warga asing menubuhkan syarikat di Malaysia dengan pengarah nomini bertindak sebagai pengarah tempatan.

Tanggungjawab agak berat bagi semua pengarah, termasuk pengarah nomini. Para pengarah nomini terpaksa membayar caj tambahan untuk syarikat termasuk caj pembubaran syarikat sekiranya pelanggan asing tidak lagi dapat dicapai.

Di 3E Accounting, Khidmat Pengarah Nomini yang kami tawarkan menyediakan profesional yang bereputasi dan boleh dipercayai. Kami akan memberikan anda Pengarah Nomini Tempatan rakyat Malaysia yang akan bekerja rapat dengan dengan Pasukan Pengurusan 3E Accounting, dengan jaminan tugas terbaik.

3E Accounting telah menyediakan perkhidmatan Pengarah Nomini sejak tahun 2011 di Singapura dan Malaysia. Berdasarkan pengalaman kami yang luas dan maklum balas yang baik dengan penilaian kepuasan 100% yang diterima setakat ini, kami yakin bahawa kami akan dapat menyediakan anda dengan jaminan kualiti Perkhidmatan Pengarah Nomini yang akan memenuhi keperluan anda. Para Pengarah Nomini disokong oleh profesional yang berkemahiran tinggi dan mempunyai set kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka sebagai pengarah tempatan dan membantu syarikat dalam memenuhi keperluan dan garis panduan seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat dan oleh Pihak Berkuasa tempatan. 3E Accounting boleh membantu syarikat-syarikat untuk mengekalkan kedudukan mereka yang baik dan memastikan pematuhan penuh peraturan pada setiap masa. Oleh kerana tanggungjawab Pengarah Nomini sangat berat, untuk menjaga kepentingan pengarah nomini, kami memerlukan deposit keselamatan disimpan dengan kami selagi Perkhidmatan Pengarah Nomini kami digunakan..

Pengarah Nomini kami akan menandatangani perjanjian dengan anda sebagai jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam operasi perniagaan anda, dan juga tidak menjadi penandatangan bank anda, supaya anda dapat mengawal sepenuhnya akaun bank dan syarikat.

Sekiranya syarikat anda berada dalam kedudukan yang baik berdasarkan tinjauan terperinci syarikat, kami dengan sukacitanya akan menawarkan kepada anda Khidmat Pengarah Nomini Malaysia kami dengan deposit keselamatan hanya RM5,000 untuk setiap pengarah. Walau bagaimanapun, semua pengarah, pemegang saham, prinsipal dan ejen, jika ada, mesti memenuhi keperluan kami berhubung keperluan “Mengetahui Klien Anda” (Know Your Clients).

Kami sedar bahawa kami mempunyai pesaing yang tidak meminta deposit keselamatan tetapi anda harus sentiasa ingat bahawa mereka biasanya dapat melakukannya dengan menggunakan perkhidmatan luar bagi Pengarah Nomini mereka.

Sesetengah penyedia perkhidmatan di Malaysia menyediakan perkhidmatan pengarah nomini tanpa melakukan sebarang kajian semakan wajar (due diligence). Penyedia perkhidmatan ini berdepan risiko berakhir dengan pelanggan berisiko tinggi terutama mereka yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram atau pembiayaan terorisme.

Sekiranya pengarah nomini berdepan tindakan undang-undang, semua syarikat dengan pengarah nomini yang sama akan mendapat kesan. Pengarah nomini akan melibatkan syarikat anda lantas menyebabkan siasatan dilakukan ke atas syarikat. Ini merupakan implikasi serius kepada anda dan akan menyebabkan kerumitan kepada anda termasuk memerlukan kehadiran anda di Malaysia bagi membantu siasatan.

Hanya pembekal perkhidmatan yang benar-benar tulen dalam perniagaan dan mahu mengekalkan reputasi kliennya akan melakukan semakan wajar dan memohon dokumen sah serta lengkap bagi memastikan pematuhan. Ini merupakan amalan baik yang memberi manfaat kepada anda kerana pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas bakal pelanggan di dalam memastikan semua pelanggan adalah baik dan tidak mendatangkan kesukaran serta kerugian kepada kedua-dua pihak.

Anda juga perlu sangsi dengan pembekal perkhidmatan yang tidak melakukan semakan minima dan mampu menubuhkan syarikat bagi anda dengan perkhidmatan pengarah nomini menggunakan sekadar maklumat asas seperti paspot dan bukti alamat. Pembekal perkhidmatan cuai sebegini mungkin disenarai hitam oleh institusi kewangan kerana kategori klien berisiko menyebabkan kesukaran dan memanjangkan proses pembukaan akaun bank.

Mungkin sesetengah orang akan bertanggapan serong bahawa syarikat dengan penubuhan asing tidak akan dapat membuka akaun bank dengan institusi kewangan dengan jayanya, ia adalah berikutan semakan wajar yang menyebabkan mereka disenarai sebagai pelanggan berisiko oleh pihak institusi kewangan. Itulah alasan mengapa kebanyakan bank menggemari warga asing dengan pas pekerja sah kerana mereka boleh melakukan semakan sewajarnya berdasarkan rekod yang tersedia di dalam pengkalan data kerajaan.

Dengan analisa di atas, anda tidak perlu risau kerana dengan 3E Accounting, anda tidak akan berdepan segala masalah tersebut. Semakan sewajarnya yang dilakukan kami berkelas dunia dan telah lulus semua penilaian oleh Pihak Berkuasa Singapura dan dijamin kualiti perkhidmatannya. Bagi pelanggan seperti anda dan mereka yang memiliki reputasi jenama di luar negara, kualiti seorang pengarah nomini tentunya amat penting dan kami memberi jaminan akan menyediakan anda dengan kestabilan yang diperlukan termasuk komitmen memenuhi segala peraturan dan ketetapan.

Dengan sistem yang baik, institusi kewangan meletakkan keyakinan tinggi ke atas kami dan kami mempunyai hubungan perbankan baik dengan mereka. Ini menjamin proses lancar dan mudah bagi anda di dalam membuka mana-mana akaun bank, malah untuk syarikat dimiliki 100% warga asing, sekiranya anda memulakan perniagaan tulen di Malaysia. Berdasarkan rekod kami, kami tidak pernah berdepan sebarang penolakan di dalam permohonan membuka akaun bank kerana isu pemilikan tunggal warga asing.

Memilih di antara memiliki nomini warga Malaysia atau tidak banyak bergantung kepada keperluan jenis perniagaan anda. Jika tidak berhati-hati dengan perlantikan, empat komplikasi ini mungkin timbul:

  • Semua pengarah diperlukan menandatangani dokumen bagi setiap perubahan kecil, nomini tidak hadir menandatanganinya.
  • Skor kredit nomini tidak baik dalam jangka panjang, dan ia memberi kesan kepada keadaan syarikat
  • Nomini tidak dapat dikesan dan akan membawa kepada kegagalan melengkapkan semua tugas kepatuhan dengan Jabatan Kerajaan yang mungkin menyebabkan penalti bernilai RM2000 atau lebih.
  • Perbalahan berkaitan tuntutan bagi bidang kuasa dan saham Syarikat.

 

Di 3E, kami menyediakan Pengarah Nomini anda sendiri bagi menjamin keselamatan pelanggan. Anda boleh menamatkan Khidmat Pengarah Nomini kami bila-bila masa dengan memberikan kami butiran berkenaan pengarah pemastautin tempatan alternatif. Kami akan menyiapkan kertas kerja yang diperlukan, memfail perubahan dengan pihak berkuasa dan serta merta membayar balik deposit keselamatan kepada anda.

Hubungi Kami