This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Caruman Gaji Wajib Di Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Caruman gaji wajib di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991:
Kumpulan Umur 60 tahun dan ke bawah | |
Majikan | a) Gaji bulanan RM5,000 ke bawah – Minimum sebanyak 13% daripada gaji bulanan pekerja b) Gaji bulanan melebihi RM 5,000 – Minimum sebanyak 12% daripada gaji bulanan pekerja |
Pekerja | Minimum sebanyak 11% daripada gaji bulanan pekerja @ |
[Jadual Ketiga (Bahagian A) Akta KWSP 1991] |
Kumpulan Umur 60 – 75 tahun dan ke bawah | |
Majikan | Tiada had bagi gaji bulanan – 4 % daripada gaji bulanan pekerja. |
Pekerja | Bahagian sumbangan pekerja pada kadar 0% |
[Jadual Ketiga (Bahagian E) Akta KWSP 1991] |
Pekerja asing dan pegawai dagang (ekspatriat)
Semua pekerja asing dan pegawai dagang dan majikan mereka dikecuali daripada sumbangan wajib. Mereka boleh, walaupun demikian, memilih untuk menyumbang dan kadar terpakai adalah seperti di bawah:
Kumpulan Umur 60 tahun dan ke bawah | |
Majikan | RM5.00 setiap pekerja bagi setiap bulan |
Pekerja | 11% daripada gaji bulanan pekerja |
[Jadual Ketiga (Bahagian B) Akta KWSP 1991] |
Kumpulan Umur 60-75 tahun dan ke bawah | |
Majikan | RM5.00 setiap pekerja bagi setiap bulan |
Pekerja | 5.5% daripada gaji bulanan pekerja |
[Jadual Ketiga (Bahagian D) Akta KWSP 1991] |
Kumpulan Umur 60 – 75 tahun dan ke bawah
Majikan | a) Gaji bulanan RM 5,000 ke bawah – Minimum sebanyak 6.5% daripada gaji bulanan pekerja |
b) Gaji bulanan melebihi RM 5,000 – Minimum sebanyak 6% dari gaji bulanan pekerja | |
Pekerja | Minimum sebanyak 5.5% dari gaji bulanan pekerja |
[Jadual Ketiga (Bahagian C) Akta KWSP 1991] akan terpakai bagi golongan pekerja berikut :
(a) Pekerja bukan warganegara Malaysia tetapi penduduk tetap di Malaysia dan
(b) pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah memilih membuat sumbangan sebelum 1 Ogos 1998.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – www.kwsp.gov.my
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mentadbir dua skim keselamatan sosial bagi pekerja yang mendapat gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan (Pindaan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016). Sekaligus, pekerja mendapat perlindungan tanpa mengira gaji yang mereka perolehi. Bagaimanapun, sumbangan maksimum adalah berdasarkan gaji sebanyak RM4,000 sebulan (Pindaan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016).
Terdapat dua skim yang ditadbir oleh Akta PERKESO, termasuk:
- Skim Bencana Pekerjaan yang memberi perlindungan insuran sosial ke atas kemalangan di tempat kerja, penyakit berkaitan khidmat pekerjaan dan urusan pergi balik ke tempat kerja.
- Skim Pencen Ilat yang memberi perlindungan 24 jam ke atas keilatan yang berpunca atau terbit dari sebarang dan tidak semestinya tertakluk kepada persekitaran kerja.
Di bawah skim-skim ini pekerja berhak mendapat faedah perubatan; faedah kecacatan sementara dan kekal; elaun kehadiran berterusan; faedah tanggungan atau pencen waris; pengebumian, rehabilitasi, faedah pendidikan; dan pencen ilat.
Skim Bencana Pekerjaan dibiayai sepenuhnya oleh majikan dengan caruman sebanyak 1.25% manakala Skim Pencen Ilat dibiayai dengan caruman sebanyak 1% yang ditanggung bersama oleh majikan dan pekerja. Kadar sumbangan tersebut ditetapkan di bawah gaji tidak ternilai RM4,000. Caruman ini adalah mandatori menurut undang-undang.
Adalah menjadi kewajipan bagi semua majikan yang layak yang merupakan warganegara Malaysia dan pemastautin tetap untuk mendaftar. Kesemua pekerja yang diambil bekerja secara kontrak perkhidmatan atau sebagai perantis dalam sektor swasta dan kakitangan kontrak/sementara bagi Kerajaan Persekutuan / Negeri, serta Badan-Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan / Negeri, perlu didaftarkan dan dilindungi PERKESO.
Skim Insurans Pekerjaan (EI) PERKESO berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Untuk pekerja asing sedia ada di Malaysia yang memiliki Skim Pampasan Pekerja Asing (FWCS) yang sah, mereka perlu didaftarkan dengan PERKESO oleh majikan mereka sehari selepas tarikh tamat FWCS, tertakluk kepada tempoh bertenang atau cooling-off period bagi FWCS pada 31 Disember 2019. Bermula pada 1 Januari 2020, semua majikan perlu mendaftar dengan PERKESO walaupun pekerja asing mereka masih dilindungi di bawah FWCS. Pekerja asing baharu yang memasuki Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2019 mesti berdaftar dengan PERKESO sebaik sahaja mereka disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di mana-mana titik kemasukan yang diwartakan.
Pekerja Dikecualikan Dari Perlindungan Di Bawah Akta Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 Adalah Seperti Berikut:
- Kakitanngan Tetap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Pembantu Rumah
- Bekerja Sendiri (kecuali menjalankan pekerjaan pemandu teksi, individu yang melakukan pekerjaan e-panggilan seperti Grab dan memandu bas sendiri)
- Pasangan pemilik tunggal atau rakan kongsi perniagaan
Bekerja Sendiri
Individu yang bekerja sendiri boleh mencarum di dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789)
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – www.perkeso.gov.my
Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)
Bagi memberi perkhidmatan awam canggih atau state-of-the-art public employment service (PES), informasi pasaran buruh (LMI) dan faedah pengangguran kepada tenaga kerja di Malaysia dengan tujuan menggalakkan pekerjaan sepenuh masa.
Kadar pembayaran EIS adalah berdasarkan Seksyen 18 dan Jadual 2 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Pembayaran adalah pada kadar 0.2% bagi majikan dan 0.2% bagi pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja.
Perlindungan EIS
- Semua majikan di sektor swasta dikehendaki membuat sumbangan bulanan bagi setiap pekerja mereka. (Kakitangan kerajaan, pembantu rumah dan individu bekerja sendiri dikecualikan).
- Pekerja ditakrif sebagai individu yang mendapat gaji di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan majikan. Kontrak perkhidmatan atau perantis tersebut mungkin jelas atau tersirat dan mungkin secara lisan atau secara bertulis.
- EIS melindungi semua pekerja yang merupakan warganegara Malaysia / penduduk tetap.
- Semua pekerja berusia 18 hingga 60 tahun diwajibkan mencarum. Bagaimanapun, pekerja berusia 57 tahun dan ke atas tanpa caruman lampau sebelum mencecah usia 58 tahun adalah dikecualikan.
- Kadar pembayaran ditetapkan pada insuran gaji sebanyak 00
Akta EIS TIDAK melindungi pembantu rumah, individu berkerja sendiri, penjawat awam, dan pekerja dengan majlis bandaran dan badan-badan berkanun.
Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah, iaitu faedah kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah kewangan termasuk:
- Elaun Pencarian Pekerjaan (Job Search Allowance)
- Elaun Pendapatan Berkurangan (RIA)
- Yuran Latihan (TF)
- Elaun Latihan (TA)
- Elaun Pekerjaan Semula Cepat (ERA)
Terdapat 2 jenis bantuan pencarian kerja termasuk:
- Program Penempatan Pekerjaan Semula
- Kaunseling Kerjaya
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (EIS) – Sistem Insurans Pekerjaan
Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) menjalankan operasi berdasar kepada sistem levi/geran. Majikan yang telah membayar levi Pembangunan Sumber Manusia adalah layak menerima geran latihan daripada HRDF bagi tujuan membiayai atau menanggung kos latihan untuk pekerja Malaysia mereka.
Syarikat dalam sektor Pengilangan dan Perlombongan dan Kuari* dilindungi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 seperti yang tertera di bawah:
Kategori Majikan | Kadar Sumbangan Levi |
Majikan dengan 50 pekerja Malaysia dan ke atas | 1% daripada gaji bulanan pekerja |
Majikan dengan 10 hingga 49 pekerja Malaysia dengan modal berbayar RM2.5 juta dan ke atas | 1% daripada gaji bulanan pekerja |
Majikan dengan 10 hingga 49 pekerja Malaysia dengan modal berbayar kurang dari RM2.5 juta diberi pilihan mendaftar dengan HRDF | 0.5% daripada gaji bulanan pekerja |
* Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2014, perlindungan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 telah dilanjutkan bagi memberi perlindungan kepada sub-sektor di bawah Sektor Perlombongan dan Kuari yang merangkumi syarikat dengan aktiviti perniagaan pengekstrakan petroleum dan gas dan penggalian mineral dan batu kuari.
Sumber: Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) – www.hrdf.com.my
YANG BOLEH dan TAK BOLEH berhubung caruman KWSP/PERKESO/HRDF serta pemulangan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Perlu bayar sebelum 15 haribulan pada bulan berikutnya atau sehari selepasnya dengan secepat mungkin jika ia jatuh pada hujung minggu atau Cuti Umum.
- Adalah dinasihatkan bagi mengambil kira kerangka masa sewajarnya bagi urusan kemasukan cek/pembayaran. Sebaliknya mana-mana pembayaran seterusnya selepas tarikh akhir bagi pembayaran adalah tertakluk kepada penalti pembayaran lewat.
Pautan Pantas
Rangkuman Undang-Undang Pekerjaan di Malaysia
Pengambilan Pegawai Dagang di Malaysia
Rangkuman Proses Imigresen
Keperluan Modal Berbayar Syarikat bagi Pengambilan Pegawai Dagang
Keperluan Membuat Permohonan Pas Pekerja Pegawai Dagang
Kelulusan Diperlukan Daripada Agensi/Badan Pengawal Selia bagi Permohonan Pas Pekerja
Senarai Jawatan Tidak Boleh Diisi Pegawai Dagang