This page is also available in: enEnglish (English)

Proses Pembatalan Pendaftaran SST Di Malaysia

SST DeregistrationBaru-baru ini, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Malaysia diumumkan bakal berkuatkuasa mulai 1 September 2018. SST akan menggantikan cukai terdahulu iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Malaysia yang sebelum ini mengenakan kadar cukai 6% ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

SST baharu di Malaysia adalah satu sistem cukai berperingkat tunggal, yang bermaksud bahawa jumlah akan dikenakan ke atas barang-barang boleh kena cukai yang dihasilkan dan dijual oleh mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai di negara ini. Sistem SST ditetapkan untuk menjadi sistem cukai yang lebih mudah, dan perniagaan di Malaysia dikehendaki mendaftar untuk SST jika nilai barang dan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai mereka dijangka melebihi nilai RM500,000.

SST dikenakan pada peringkat pengguna dan pengilang, di mana cukai dikenakan ke atas pengguna yang akan menggunakan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

Dengan sistem SST, perniagaan yang sebelum ini berdaftar dengan GST atau CBP akan didaftarkan secara automatik sekiranya mereka memenuhi syarat dan kriteria yang diperlukan. Bagaimanapun, sekiranya perniagaan anda telah didaftarkan secara automatik untuk SST dan anda ingin membatal pendaftaran dengan alasan tertentu, anda akan dapat melakukannya dengan mengemukakan permohonan anda kepada Jabatan Kastam. 

 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Membatalkan Pendaftaran SST Perniagaan Anda

Jika anda ingin membatal pendaftaran SST perniagaan anda , anda boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan Pembatalan Pendaftaran SST yang diperlukan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini boleh dilakukan jika anda telah didaftarkan secara automatik dengan SST dan perniagaan anda tidak menjana apa-apa perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai atau menghasilkan pendapatan yang berada di bawah paras ambang RM500,000. Sekiranya anda ingin menutup perniagaan anda, anda juga boleh mengemukakan permohonan Pembatalan Pendaftaran SST.

Jika anda ingin memohon proses Pembatalan Pendaftaran SST, anda perlu mengemukakan surat kebenaran (letter of authorization) kepada Jabatan Kastam. Sebab-sebab rayuan itu mestilah termasuk perkara berikut:

  • Kesalahan Kod Industri Utama MSIC yang digunakan
  • Perniagaan anda tidak mencapai nilai RM500,000
  • Perniagaan anda tidak membekalkan barang yang boleh dikenakan cukai
  • Perniagaan anda tidak membekalkan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai
  • Foto perniagaan runcit anda disertakan
  • Dokumen Pendafaran SSM
  • Contoh invois dengan keterangan
  • Pengecualian khas (Zon Bebas / Gudang Pengilangan Berlesen)
  • Penyata kewangan anda yang telah diaudit
  • Borang cukai pendapatan Akaun Pengurusan (Borang C/P/PT/B/M)

Semua dokumen perlu diserah dalam format salinan keras (hardcopy) kepada Stesen Kawalan Kastam dan juga menghantar e-mel ke alamat berikut: daftarcjcp@customs.gov.my

*Sila ambil perhatian bahawa senarai semak ini mungkin berbeza bergantung kepada Pegawai Kastam yang berkaitan.

Blog Berkaitan dan Berita mengenai SST di Malaysia

  • Blog mengenai SST di Malaysia – Click Here
  • Berita Terkini mengenai SST Malaysia – Click Here

Dimaklumkan

Melanggan Senarai Mel kami bagi Berita Terkini berhubung SST Malaysia – Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 dengan mengetik butang “subscribe ” di bawah.