This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Malaysia

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Malaysia

PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad merupakan satu bentuk kenderaan perniagaan Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional. Secara ringkasnya, PLT menawarkan segala kelebihan yang ada pada syarikat sendirian berhad tanpa keperluan pelaporan yang membebankan.

Walaupun syarikat sendirian berhad merupakan kenderaan perniagaan yang amat baik, ianya agak mahal terutama bagi pemilik perniagaan kecil di Malaysia.

Tinjauan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Malaysia

Akta PLT diperkenal di Malaysia pada 6 Disember 2012. Sebelum Akta tersebut diperkenalkan di Malaysia, usahawan-usahawan yang berhasrat menjalankan perniagaan di negara ini mempunyai pilihan mendaftar perniagaan mereka sebagai badan korporat, perkongsian, atau pemilikan tunggal. Akta PLT 2010 yang baharu telah ditampilkan sebagai kenderaan baharu perniagaan di Malaysia.

Segala tanggungjawab dan hutang PLT perlu dipenuhi dengan aset yang dimiliki PLT. Dalam kata lain, rakan-rakan kongsi individu tidak menanggung pembayaran hutang bagi Perkongsian Liabiliti Terhad. PLT menikmati status undang-undang yang sama seperti juga badan korporat. Ini bermakna ia mampu dikenakan saman atau menyaman atas namanya, boleh memegang aset, serta bertindak sebagaimana badan korporat boleh bertindak menurut lunas undang-undang. Tambahan lagi, PLT memiliki tarikan istimewa dan dinamik bagi membolehkannya bersaing di peringkat antarabangsa, serta di pasaran domestik.

Selepas Perkongsian Liabiliti Terhad ditampilkan di Malaysia, usahawan-usahawan Malaysia menikmati lebih banyak pilihan bagi menentukan kenderaan perniagaan yang paling sesuai buat mereka. Ini tentunya memberi faedah kepada golongan profesional seperti setiausaha syarikat, jurukira, atau peguam, dana modal teroka (venture capital) dan juga perniagaan kecil seperti syarikat permulaan (startup).

Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia amat mudah dan pantas dengan menggunakan perkhidmatan 3E Accounting. Ketahui beberapa panduan mustahak berhubung cara memulakan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia serta perkhidmatan lengkap yang kami tawarkan bagi anda memulakan penerokaan perniagaan anda.

Persediaan Perkongsian Liabiliti Terhad

Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad

Terdapat peningkatan dalam permintaan bagi pembekal perkhidmatan menubuhkan perniagaan baharu di Malaysia. Negara ini terkenal kerana dasar kerajaannya yang kondusif, infrastuktur yang moden, kadar cukai yang menarik, kestabilan politik serta kemudahan akses yang amat baik. Inilah antara punca-punca utama bagi menubuh serta menjalankan perniagaan anda di negara ini. Terdapat peningkatan yang berterusan di dalam angka pelabur dan usahawan tempatan serta dari luar negara yang bergiat di dalam ekonomi Malaysia.

Para pelabur, pengeksport dan pemilik perniagaan di Malaysia menikmati banyak jenis faedah dari pelbagai geran, konsesi cukai dan dasar perniagaan yang ditawarkan. Maka, langkah menubuhkan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia merupakan satu keputusan yang rasional dan bijak. Kami di 3E Accounting menawarkan garis panduan tentang cara memulakan PLT anda di Malaysia. Ketahui lebih lanjut berhubung Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad.

Beralih kepada PLT

Penukaran kepada PLT

Ada masanya, kebanyakan dari anda mungkin menubuhkan perkongsian atau syarikat sendirian berhad dengan tergesa-gesa. Bagaimanapun, anda menyedarinya setelah sekian lama di mana terdapat banyak komplikasi dan perbelanjaan yang ditanggung. Dengan tampilnya PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia, mana-mana usahawan boleh menikmati kelebihan yang ada pada syarikat sendirian berhad di samping dapat mengelak perbelanjaan yang berkait dengan syarikat sendirian berhad. 3E Accounting mempunyai pasukan profesional yang mahir bagi membimbing anda menubuhkan PLT baharu atau menukar bentuk perniagaan semasa anda kepada sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad. Dalam pada itu, anda boleh bergantung kepada kemahiran yang anda miliki serta menumpukan kepada lain-lain keperluan perniagaan anda. Ketahui lebih lanjut berkenaan Penukaran kepada PLT.

Perkhidmatan Tahunan PLT

Perkhidmatan Tahunan PLT

Kami sedar anda mungkin terlupa tentang tarikh akhir menghantar perisytiharan tahunan bagi Perkongsian Liabiliti Terhad anda atau tidak ingat tentang menyelenggara dan mengemaskini Daftar PLT serta rekod statutori dari semasa ke semasa. 3E Accounting faham anda perlu memberi fokus kepada fungsi teras perniagaan yang anda miliki. Kami akan melakukan segala pemfailan tahunan anda serta pemulangan yang diperlukan agar anda damai melakukan tugasan. Pasukan kami yang berkemahiran akan memastikan semua kertas kerja diselenggara dan memfailkan semua keperluan pematuhan yang diperlukan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad anda. Kami akan turut memantau segala rekod statutori anda dan hanya akan mengenakan caj berpatutan bagi khidmat yang kami tawarkan. Ketahui lebih lanjut berhubung Perkhidmatan Tahunan PLT.

Syarat Pematuhan Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP/PLT)

Panduan Menubuhkan PLT

Penubuhan sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad tidak seringkas menubuhkan perkongsian biasa. Walaupun anda mungkin mampu mematuhi keperluannya secara sendirian, tugas anda akan lebih mudah sekiranya anda mendapatkan perkhidmatan profesional dari firma perundingan berkemahiran seperti 3E Accounting. Kami memiliki pengalaman luas di dalam penubuhan PLT. Pasukan kami yang berpengetahuan luas dan berkemahiran khusus dapat membimbang setiap langkah anda bagi penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia. Harga yang kami tawarkan amat kompetitif jadi anda tidak perlu risau tentang nilai yang dilaburkan ketika mendapatkan perkhidmatan kami. Ketahui lebih lanjut berhubung Panduan bagi Penubuhan PLT.

Panduan Menubuhkan PLT

Keperluan Pematuhan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP)

Setiap bentuk perniagaan perlu mematuhi beberapa keperluan undang-undang, dan Perkongsian Liabililiti Terhad di Malaysia tidak terkecuali dari hakikat ini. Anda mungkin mempunyai kemahiran di dalam perniagaan, tetapi mungkin mendapati ianya sukar dan rumit untuk mengingati kesemua keperluan pematuhan ini secara sendiri. Kerana inilah 3E Accounting hadir bagi membantu. Kami mendapatkan khidmat profesional yang cakna akan semua keperluan ini dan akan memastikan anda mendapat bantuan di dalam penghantaran deklarasi tahunan yang diperlukan, menyelenggara rekod sewajarnya, dan menyimpan segala daftar mustahak serta dokumen seperti yang diperlukan. Dengan khidmat kami, anda pasti sentiasa mendapat perkhidmatan berkualiti. Ketahui lebih lanjut berhubung Keperluan Pematuhan bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP).

Soalan Lazim PLT

Soal Jawab PLT

Selaku usahawan buat kali pertama atau berusaha menubuh dan menjalankan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia buat julung kali bukan perkara yang mudah. Mana-mana individu yang menimbangkan untuk memulakan PLT pasti berdepan cabaran, yang memerlukan pengurusan, perakaunan dan kemahiran kewangan antara lainnya. Sekiranya anda salah seorang dari mereka, anda mungkin tidak sedar semua aspek PLT. 3E Accounting menyenarai kesemua soalan yang sering diajukan (Soal Jawab PLT) oleh klien-klien kepada kami ketika menubuhkan PLT atau apabila mereka sibuk menguruskan kenderaan perniagaan ini di Malaysia. Anda boleh bercakap dengan kami jika anda fikir soalan anda tidak tersenarai. Salah seorang ahli pasukan kami yang mahir sudah pasti akan menghubungi anda kembali dalam tempoh 24 jam. Ketahui lebih lanjut tentang Soal Jawab PLT.

Percukaian bagi PLT

Percukaian bagi PLT

3E Accounting menawarkan senarai perkhidmatan yang lengkap bagi urusan percukaian di Malaysia. Perkhidmatan percukaian kami adalah fleksibel dan juga berdasarkan keadaan sebenar serta keperluan unik bagi perniagaan anda. Kami mendapatkan khidmat profesional percukaian yang berpengalaman yang tentunya selesa menangani urusan percukaian, yang melibatkan PLT anda. Ahli pasukan kami memiliki pengalaman relevan berhubung dasar-dasar cukai terkini dan sedar tentang kelebihan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Maka, apabila anda mendapatkan khidmat 3E Accounting, kami akan membantu anda melakukan penjimatan wang agar anda dapat meluangkan masa memajukan perniagaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Percukaian bagi PLT.

Isu Utama dan Kekeliruan Dihadapi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Isu Utama dan Kekeliruan Dihadapi oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Oleh kerana Perkongsian Liabiliti Terhad adalah satu bentuk kenderaan perniagaan yang agak baharu di Malaysia, terdapat beberapa isu dan kekeliruan bagi usahawan kali pertama. Tahap kesedaran, contohnya, masih berada di peringkat rendah di negara ini dan ia mampu memberi impak negatif kepada penjenamaan dan ketampakan PLT di pasaran. Pasukan di 3E Accounting menawarkan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi membimbing dan membantu anda menangani semua isu dan kekeliruan berhubung Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia. Anda boleh menulis kepada kami atau menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat rundingan daripada pakar-pakar kami secara percuma. Ketahui dengan lebih lanjut berhubung Isu Utama dan Kekeliruan Dihadapi oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Carian Nama bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Carian Nama bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan untuk memulakan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia, anda perlu memikirkan bagaimana hendak mendaftar dan memberikannya nama. Bagaimanapun, seperti bentuk perniagaan yang lain, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh menggunakan sesuatu nama bagi PLT baharu anda. Contohnya, anda tidak boleh memilih nama yang seakan dengan nama perniagaan sedia ada. Sekiranya anda kurang pasti bagaimana hendak memilih nama bagi PLT baharu anda di Malaysia, anda boleh berhubung dengan perunding profesional seperti 3E Accounting. Sebaik sahaja anda menghubungi dan mendapatkan khidmat kami, kami bertanggungjawab menyemak nama cadangan bagi PLT anda samada ia tersedia untuk digunakan atau sebaliknya. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Carian Nama bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Borang Persediaan Perkongsian Liabiliti Terhad PLT

Borang Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad PLT

Adakah anda berminat menubuhkan Perkongsian Liabiliti Terhad di Malaysia dan tidak tahu bagaimana hendak bermula? Jika anda menyasarkan untuk mendaftarkan PLT anda secara cekap, murah dan berkesan, 3E Accounting mampu membantu anda memulakan tugas dengan secepat mungkin tanpa sebarang kerumitan. Anda hanya perlu mengisi borang penubuhan PLT dan kerja selanjutnya akan dilakukan oleh pakar-pakar kami di 3E Accounting. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan mengisi borang atau mengemukakan borang penubuhan PLT, kami boleh dihubungi melalui telefon. Anda juga boleh menulis kepada kami dan kami akan memberi respon dalam tempoh sehari. Ketahui selanjutnya tentang Borang Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad PLT.