This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
3E Accounting Menghasilkan Pelan Induk Digital Sebagai Persediaan Masa Depan Menghadapi Industri 4.0
3E Accounting telah mengecap kadar perolehan konsisten dan tinggi dengan pertumbuhan tahunan dua digit serta peningkatan hasil sepuluh kali ganda yang terhasil dengan pelaburan bijak dalam teknologi maklumat dan komitmen terhadap pendigitalan.
Hari ini, pasaran setempat dilihat semakin kompetitif. Firma yang tidak berinovasi akan mengalami kesan disruptif. Maka, sebagai sebahagian daripada Penerokaan Digitalnya, 3E Accounting telah membentuk pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Digital (DR&D) yang diterajui Pengasas, Lawrence Chai untuk memacu pembangunan dalam bidang pertumbuhan baharu berkaitan Automasi Proses Robotik (RPA), Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan (AI). Pasukan Digital R&D telah menghasilkan Pelan Induk Digital untuk menjana transformasi perniagaan, termasuk mengenal pasti cabaran utama, membuat pemetaan trend industri masa depan dan melakar peta jalan untuk kemajuan firma ke arah menjadi firma perakaunan robotik.
Salah satu projek pertama yang dibangunakan pasukan tersebut ialah Aplikasi Mudah Alih 3E Accounting. Aplikasi mudah alih ciptaan dalaman ini membolehkan urusan temujanji pada hari yang sama dilakukan, membantu tempahan dalaman serta luaran. Ia meningkatkan daya pengeluaran, dengan akses lancar kepada pelanggan. Aplikasi ini merangkumi pelbagai fungsi berkuasa seperti membenarkan pengguna mencari pejabat 3E Accounting dengan mudah dan menyemak waktu bekerja kami selain alamat dan nombor untuk dihubungi. Terdapat juga perkhidmatan Lokasi Google Maps untuk memandu arah pengguna ke destinasi pejabat kami.
Projek-projek seterusnya akan menggembleng Automasi Proses Robotik (RPA) melalui penggabungan data antara perisian pada peringkat Antara Muka Pengguna Grafik (GUI) dengan RPA tanpa memerlukan input manusia, Pengenalan Karakter Secara Optik (OCR) untuk menukar dokumen diimbas kepada data boleh disunting dan mudah dicari, Teknologi Pengenalan Wajah (FRT) untuk pengesahan pelanggan bagi tujuan mendapatkan mel, dan chatbot dengan Pemprosesan Bahasa Semulajadi (NPL) serta teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan jawapan kepada soalan yang tidak berbeza dengan jawapan manusia.
Ketika 3E Accounting ditubuhkan pada 2011, teknologi telah mula diperkenalkan bagi membantu meningkatkan dan memaksimumkan daya pengeluaran pekerja. Langkah pertama penerokaan digital kami ialah… Selanjutnya
Di saat 3E Accounting semakin berkembang, firma kami terus melaburkan masa dan usaha bagi menambah baik dan meningkatkan penggunaan teknologi. Kami melakukan transformasi melalui teknologi…Selanjutnya