This page is also available in: enEnglish (English)

Cuaca dan Iklim Malaysia

Berada di perairan Laut China Selatan di tengah-tengah Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang merangkumi Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) dan Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) yang terletak di kepulauan Borneo ke arah timur. Bersempadan dengan Thailand, Singapura, Brunei, serta Laut China Selatan, Malaysia secara keseluruhan menempatkan penduduk yang mencecah 32 juta orang.

 

Gambaran tentang Cuaca dan Iklim Malaysia

Kerana ia terletak di rantau Asia Tenggara, Malaysia pada dasarnya mengalami cuaca tropika yang panas dan lembap dengan kelembapan yang agak tinggi, kecuali di tanah-tanah tinggi. Sepanjang tahun, iklim di Malaysia agak panas dan lembap dengan terdapat tempoh hujan lebat. Cuaca dan iklim Malaysia turut menampilkan musim tengkujuh (musim monsun berbeza-beza mengikut lokasi). Angin monsun sangat mempengaruhi cuaca Malaysia dan ia berbeza-beza di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia. Angin monsun bertiup dari Selatan ke Barat pada sepanjang bulan Mei hingga September, dan ia melanda di bahagian Utara ke Timur pada bulan November hingga Mac.

Untuk tujuan pengelasan iklim, Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berlainan: kawasan pantai, tanah tinggi, dan dataran rendah.

  1. Dataran rendah & Tanah Tinggi (lokasi termasuk Kuala Lumpur, Melaka dan Cameron Highlands)
    Panas dan lembap sepanjang tahun, Kuala Lumpur dan Melaka mengalami hujan yang turun hampir setiap hari. Walau bagaimanapun, tanah tinggi mempunyai iklim yang sangat berbeza berbanding seluruh Malaysia. Purata suhu sangat menyenangkan iaitu pada 22 ºC di siang hari dan agak sejuk pada 15 ºC di waktu malam dengan hujan lebat antara September dan awal Disember. Kawasan tanah tinggi adalah lokasi yang sangat baik untuk tanaman teh, bunga, serta buah-buahan.
  2. Pantai Barat (lokasi termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Pangkor)
    Tanah besar Pantai Barat dan pulau-pulau di Semenanjung Malaysia menikmati iklim tropika yang tipikal – panas, cerah, dan lembap dengan hujan di sepanjang tahun. Hujan lebat melanda pada bulan September dan Oktober.
  3. Pantai Timur (lokasi termasuk Kuantan, Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Terengganu, Redang dan Kota Bharu)
    Pantai Timur Malaysia terkenal dengan cuaca panas dan cerah sepanjang tahun dengan perairan bersuhu panas di Laut China Selatan. Bagaimanapun, pelancong dinasihatkan mengelakkan melawat pulau-pulau semasa musim Monsun Timur Laut yang melanda di antara November dan Februari. Ini kerana hujan lebat boleh mengganggu perjalanan dan keselamatan bot. Di luar bulan-bulan Monsun Timur Laut, Pantai Timur biasanya lebih kering berbanding seluruh Malaysia.

Walaupun cuaca dan cuaca Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat melanda semasa musim monsun, Malaysia merupakan tempat yang ideal untuk dilawati pada sepanjang tahun dengan iklim yang menyenangkan – terdapat hari-hari yang cerah dan malam-malam yang agak sejuk di luar musim monsun.