This page is also available in: enEnglish (English)

Sejarah Malaysia

Malaysia dikenali sebagai negara rantau Asia Tenggara yang terletak strategik di sepanjang laluan utama kapal-kapal laut. Hari ini Malaysia merangkumi tiga bahagian – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, walaupun ia tidak bermula sebegitu pada permulaannya. Beberapa masa lalu dalam kurun pertama dan kedua, pedagang dari China dan India mula menetap di pantai barat semenanjung, dan ketika itu jugalah kepercayaan Hindu dan Buddha diperkenalkan buat pertama kalinya di negara ini. Islam kemudiannya disebarkan buat kali pertama dalam kurun ke-10 di negara ini.

Pada 1511, penjajah Portugis menawan kerajaan Kesultanan Melaka tetapi akhirnya diusir pada kurun selepas itu oleh tentera Belanda dengan bantuan Sultan Johor. Kemudian, Semenanjung menjadi jajahan kesultanan Melayu yang diperintah Johor.

Pada 1786, Syarikat Hindia Timur Inggeris diberi kebenaran menggunakan Pulau Pinang sebagai pos dagangan oleh Sultan Kedah dan kurang dari sedekad selepas itu, Melaka pula diambil alih pihak British. British lantas mengambil alih Singapura pada tahun 1819 dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai Negeri-Negeri Selat yang ditadbir mereka.

Ladang-ladang getah diperkenal oleh British pada penghujung kurun ke-19 dan golongan imigran dari selatan China dan India dibawa masuk ke semenanjung bagi bekerja di lombong-lombong bijih dan sektor perladangan.

Pentadbiran kolonial di Malaysia bermula pada permulaan kurun ke-20 apabila sepoy India melakukan pemberontakan pada tahun 1915 dan hampir menguasai Singapura. 1931 pula menyaksikan tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM), sebuah parti yang mempunyai hubungan dengan pembangunan komunisme di China. Pada 1937, semangat nasionalisme anti-penjajah bermula di kalangan penduduk Melayu dan Kesatuan Melayu Muda lantas ditubuhkan.

Tentera Jepun kemudian hadir bagi menawan negara ini pada 1941 hingga 1945, dan telah ditentang secara meluas oleh penduduk berbangsa Cina. Selepas itu, British kembali menguasai Malaya tetapi ditentang juga secara aktif oleh PKM. Nasionalis Melayu mula berkempen untuk mencapai kemerdekaan dan akhirnya pada 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organization (UMNO) diasaskan.

Pada 1948, Malaysia merangkumi 11 negeri-negeri semenanjung sebelum Sabah dan Sarawak menyertainya. Pada 1956, kerajaan-kerajaan dari Persekutuan Malaysia, United Kingdom serta Ketua-Ketua Negeri-Negeri Melayu mencapai persetujuan ke arah Kemerdekaan pada penghujung Ogos 1957. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Malaysia mengumumkan kemerdekaan dan kemudian menyertai Negara-Negara Komenwel.

Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 1963 di antara UK, Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di bawah perjanjian tersebut, Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi negeri-negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang baharu, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Namun demikian, Singapura keluar dari persekutuan pada 1965 melalui persetujuan bersama lantas menjadi negara merdeka secara sendiri.