This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Bagaimana Menyemak Status Pendaftaran GST di Malaysia
Langkah-Langkah Menyemak Status Pendaftaran
Para pembayar cukai boleh menyemak status pendaftaran mereka menggunakan Taxpayer Access Point (TAP) pada bila-bila masa selepas mengemukakan permohonan. Pendaftaran boleh mengambil masa sehingga 14 hari untuk diproses.
Maklumat yang diperlukan:
- Kod Pengesahan
- Maklumat Emel
1. Klik Semak Status Pendaftaran
2. Pada Apakah kaedah yang digunakan untuk memohon? buat pilihan Taxpayer Access Point (TAP).
3. Pilih mana-mana semakan
4. Isi maklumat yang diperlukan dengan memasukkan:
- Nombor Akuan Terima atau
- Alamat Emel dan Pengesahan
5. Klik Semak
6. Skrin akan memaparkan status pendaftaran
(Bagi contoh ini, status menunjukkan Sedang Diproses dan permohonan dihantar pada 26.12.2013)
Sekiranya status pendaftaran ialah Sedang Diproses (Pending), pemohon boleh mengubah/mengemaskini maklumat pendaftaran dengan mengklik Retrieve Request atau Kemaskini Permohonan