This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Carian Nama bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Malaysia

 

Nama bagi Perkongsian Liabiliti Terhad

  • Nama bagi perkongsian liabiliti terhad perlu berakhir dengan perkataan “Perkongsian Liabiliti Terhad” atau singkatannya “PLT”.
  • Kecuali dengan persetujuan Menteri, suatu perkongsian liabiliti terhad tidak boleh didaftarkan di bawah suatu nama yang pada pendapat Pendaftar adalah-
    1. Tidak senonoh;
    2. sama dengan korporat atau badan perniagaan sedia ada;
    3. sama dengan nama yang dikhaskan di bawah Akta ini atauAkta Syarikat 1965; atau
    4. Suatu nama yang diarahkan Menteri agar Pendaftar tidak menerimanya bagi pendaftaran.

Anda telah memiliki cadangan nama?
Isi cadangan nama anda di Borang Penubuhan PLT dan emel kami info@3ecpa.com.my, kami akan memeriksa ketersediaan nama cadangan PLT anda dan memaklumkan kepada anda dalam tempoh 24 jam

Anda juga boleh memeriksa ketersediaan nama cadangan anda melalui MyLLP Customer Portal

  1. Daftar dengan My LLP Customer Portal
    My LLP Customer Portal
  2. Isi “Borang Pendaftaran” dan hantarkan
    (Nota: Ada Pengguna diluluskan secara automatik, dan dikehendaki ke Pejabat SSM bagi mengesahkan identiti dan kelayakan.)
  3. Aktifkan akaun seperti arahan dalam emel pengaktifan
  4. Login menggunakan nama & kata laluan
  5. Selepas login berjaya, klik pada tab “Periksa Ketersediaan Nama PLT/Check LLP Name Availability”
  6. Masukkan nama dan klik Carian atau ‘Search’
  7. Sistem akan memeriksa sekiranya terdapat nama yang sama atau nama tersebut mengandungi perkataan atau karater yang dilarang atau perkataan yang memerlukan Kelulusan Menteri. Bagaimanapun, keputusan akhir terletak pada SSM selepas pemeriksaan Nama Yang Ditempah atau penghantaran Pendaftaran PLT
Periksa Ketersediaan Nama PLT

Sekiranya anda ada sebarangan pertanyaan dan kekeliruan tentang PLT, emel kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan kembali kepada anda dalam tempoh 24 jam.