This page is also available in: enEnglish (English)

Cukai Jualan Malaysia 2018

Berikutan pengumuman pengenalan semula bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) (yang bakal bermula pada 1 September 2018), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (“JKDM”) telah baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan kerangka kerja SST serta Soalan Jawab terperinci bagi meyediakan rakyat Malaysia dengan pemahaman secukupnya tentang rejim cukai baharu sebelum bermulanya SST.

 

Malaysia Sales Tax 2018Rangka Kerja Cukai Jualan

Cukai Jualan yang baharu ini bakal dikenakan ke atas barangan bercukai yang diimport ke, atau dikilang di Malaysia. Cadangan cukai jualan adalah sebanyak 5% dan 10%, atau dengan kadar khusus bagi barangan petroleum. Semua barangan adalah dikenakan cukai melainkan ia disenarai khusus di dalam senarai pengecualian cukai jualan.

Menurut Panduan JKDM yang terbaru, pengecualian umum di bawah cadangan Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Cukai Jualan) 2018 akan menggantikan proses pengecualian cukai jualan terdahulu (permohonan melalui Borang-Borang CJ5, CJ5A, dan CJ5B) untuk bahan mentah dan komponen.

Walaupun rejim baharu yang diperkenalkan ini akan meminimumkan beban pematuhan yang ditanggung pengeluar (berkaitan dengan pemfailan borang permohonan pengecualian), ia boleh membawa kepada lebih banyak audit JKDM untuk memastikan pengeluar berdaftar telah menggunakan pengecualian umum dengan tepat.

1. Barangan bercukai adalah seperti berikut:

Barangan bercukai yang dikilang di atau diimport ke dalam Malaysia oleh orang kena cukai adalah tertakluk kepada cukai jualan.

2. Barangan Dikecualikan

Di bawah kerangka kerja baharu, barang makanan, kimia, barangan farmaseutikal, ubatan, besi keluli serta mesin dan tanaman tidak akan tertakluk kepada cukai jualan.

3. Pengecualian Aktiviti Pengilangan

Jahitan, tempaan barangan kemas, perkhidmatan dan ukiran optik adalah aktiviti pengilangan yang dikecualikan.

4. Orang Yang Dikecualikan

  • Kerajaan Persekutuan dan Negeri
  • Raja-Raja di setiap negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Depot Pelupusan Dalam Negeri
  • Kedai Bebas Cukai
  • Pengilang sebilangan barang dikecualikan cukai
  • Pengilang berdaftar memperolehi bahan mentah, komponen dan pembungkusan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dikenakan cukai.

5. Pendaftaran dan Ambang

Pengeluar/orang yang mengeluar barangan bercukai dengan perolehan tahunan melebihi RM500,000. Pendaftaran SST dapat dilakukan secara dalam talian melalui sistem MySST JKDM.

Selain itu pihak kastam akan secara automatik mendaftarkan pengilang berkelayakan (pengilang yang memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetapkan) di mana pengeluar akan diberitahu dan dikehendaki mengenakan cukai mulai 1 September 2018. Bagi mana-mana perniagaan / perseorangan yang wajib mendaftar tetapi tidak didaftarkan secara automatik pada 1 September 2018, mereka mesti memohon pendaftaran dalam tempoh 30 hari bermula dari 1 September 2018.

6. Pemfailan Pemulangan

Pemfailan pemulangan cukai jualan boleh dilakukan samada secara manual atau melalui portal dalam talian MySST. Pemfailan pemulangan perlu dilakukan secara dwi-bulanan.

7. 7. Keperluan mengeluarkan invois

Menurut rejim cukai baharu ini, adalah menjadi keperluan mandatori bagi pengilang berdaftar mengeluar invois dengan butir-butir yang ditetapkan.

 

Apakah perbezaan di antara cukai jualan lama dengan model cukai jualan baharu?

1. Ambang Pendaftaran Lebih Tinggi

Di bawah rejim cukai jualan baharu, pendaftaran ambang lebih tinggi diperkenalkan dan ini mengecualikan industri kecil daripada rejim cukai. Tidak seperti cukai jualan terdahulu, perniagaan yang tidak mencapai perolehan tahunan ambang kini boleh memilih untuk mendaftar bagi rejim ini secara sukarela.

2. Pengurangan penalti bayaran lewat

Penalti cukai bagi bayaran lewat pada kadar 40% akan dikenakan berbanding kadar 50% terdahulu. Tambahan lagi, di bawah rejim cukai baharu ini, penalti maksimum akan dicapai dalam tempoh 90 hari berbanding 150 hari.

3. Senarai pengecualian baharu

Senarai pengecualian telah mengalami beberapa perubahan jika dibanding dengan senarai pengecualian terdahulu.

 

Perkara Peralihan

1. Audit Cukai Barang terakhir

JKDM telah menjelaskan bahawa ia bakal melakukan audit Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”) bagi tujuan penutupan bermula dari 1 September 2018 selepas bermulanya SST.

2. 2. Pengimportan barangan dan jualan yang di dalam ruang lingkup cukai jualan

Jualan barangan yang dipindahkan dari gudang pembekal sebelum 1 September 2018 adalah tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, barang yang dipindahkan pada atau selepas 1 September adalah tertakluk kepada cukai jualan.

Bagi kes-kes bil terdahulu (invois yang dikeluarkan atau pembayaran yang diterima) sebelum 1 September 2018, perniagaan dikehendaki menilai bil-bil awal dan pra-pembayaran memutuskan jika mana-mana bahagian jualan tertakluk kepada cukai jualan.

3. Subkontrak kerja yang termasuk dalam ruang lingkup cukai jualan

Perkhidmatan subkontrak yang dilakukan sebelum 1 September 2018 adalah tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan sementara perkhidmatan subkontrak yang dilakukan pada atau selepas 1 September akan dikenakan caj mengikut rejim cukai jualan. Bagi kes-kes bil terdahulu (invois yang dikeluarkan atau pembayaran yang diterima) sebelum 1 September 2018, perniagaan dikehendaki menilai bil-bil awal dan pra-pembayaran memutuskan jika mana-mana bahagian jualan tertakluk kepada cukai jualan.

Blog Berkaitan dan Berita mengenai SST di Malaysia

  • Blog mengenai SST di Malaysia – Click Here
  • Berita Terkini mengenai SST Malaysia – Click Here

Dimaklumkan

Melanggan Senarai Mel kami bagi Berita Terkini berhubung SST Malaysia – Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 dengan mengetik butang “subscribe ” di bawah.