This page is also available in: enEnglish (English)

Memulakan Perniagaan Restoran di Malaysia

Kita dapat saksikan banyak restoran yang bercambah di bandaraya. Fenomena ini membuktikan satu perkara: bahawa perniagaan restoran adalah penerokaan perniagaan biasa dalam dunia perniagaan hari ini. Pun demikian, pembinaan restoran dari mula bukannya mudah – semua kelebihannya datang dengan harga yang perlu dibayar.

Gambaran Ringkas Kelebihan Perniagaan Restoran

Meskipun memulakan perniagaan restoran merupakan proses payah dan mahal, terdapat kelebihan yang anda boleh dapati apabila menjalankan perniagaan restoran. Dek kerana permintaan yang tinggi, restoran yang baik akan senantiasa dipenuhi pelanggan – yang bermakna ianya mencatat keuntungan. Kemungkinan meraih keuntungan besar (dan mengelakkan kerugian) adalah tinggi di dalam perniagaan restoran. Dalam kata lain, restoran yang tepat di lokasi yang tepat akan menjanjikan perniagaan lumayan.
 

Pertimbangan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perniagaan Restoran di Malaysia

Menghasilkan perancangan perniagaan amat mustahak bagi kejayaan. Rancangan perniagaan yang dihasilkan dengan baik bakal memacu arah bagi perniagaan restoran anda lantas memastikan pulangan nan lumayan. Mari kita perhatikan apa yang perlu anda ketahui sebelum anda memulakan perniagaan restoran di Malaysia.

1. Konsep:

Ketahui dan tentukan konsep restoran anda sebelum anda melancarkannya. Sekiranya anda tidak pasti, anda sentiasa boleh menjalankan penyelidikan; rujuk para profesional untuk menyelaraskan idea anda. Pada dasarnya, konsep adalah seperti peta jalan yang merangkumi menu restoran anda, modal pelaburan, dan sumber bantuan kewangan, keuntungan yang diharapkan, serta pelan pemasaran..  

2. Lokasi:

Lokasi perniagaan restoran anda akan menentukan kejayaannya seperti juga dengan menu. Oleh itu, anda mungkin ingin menyelidik lokasi yang sesuai dengan trafik yang tinggi, akses mudah, dan dapat dilihat dengan baik. Faktor lain yang dapat menentukan kedudukan restoran anda ialah sasaran pasaran perniagaan anda serta pesaing yang ada berdekatan.

3. Menu:

Menu restoran adalah satu lagi pertimbangan besar apabila anda merancang perniagaan restoran. Apabila anda memutuskan apa yang perlu disertakan dalam menu, perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah sasaran pasaran, trend makanan semasa dan apa yang anda rancang untuk sajikan. Menu restoran yang bagus adalah kunci kepada pelan pemasaran mana-mana restoran.

4. Pemasaran:

Pelan pemasaran adalah rancangan bagaimana untuk mendapatkan hebahan tentang restoran baru anda. Kini pelan pemasaran menyaksikan banyak variasi di mana anda boleh memanfaatkan pelbagai platform media sosial. Fikirkanlah dengan idea cemerlang yang bakal membantu restoran anda untuk berjaya dan menjana keuntungan yang besar.

5. Perlesenan dan permit:

Sebelum anda boleh membuka pintu restoran anda, anda perlu memastikan anda mohon lesen yang betul. Di Malaysia, lesen perniagaan Malaysia dikeluarkan dari pelbagai sudut bergantung kepada sama ada anda pelabur tempatan atau asing. Untuk perniagaan restoran terdapat Lesen Papan Tanda, Lesen Alkohol (jika anda bercadang untuk menjual alkohol di restoran anda), Lesen Halal (jika berkenaan) MACP dan PPM (untuk restoran di mana mereka mengalunkan muzik di premis). Jika restoran adalah perniagaan milik asing, anda perlu dapatkan Lesen Dagangan Runcit yang diluluskan. Sila ambil perhatian bahawa lesen tersebut hanya diberikan untuk restoran dengan konsep yang unik (seperti restoran Arab, masakan Perancis) dengan ruang minimum 1,500 kaki persegi.

6. Perbadankan perniagaan restoran anda:

Satu lagi langkah ialah bagi memperbadankan perniagaan anda. Anda boleh memilih sama ada memperbadankan syarikat tempatan atau mendaftar syarikat asing di Malaysia

Sekiranya anda memulakan perniagaan restoran dan perlukan bantuan pakar-pakar, 3E Accounting sentiasa di sini bagi menolong anda memulakan perniagaan dari petak sifar. Jangan berlengah walaupun sedetik dan terus sahaja menghubungi kami!