This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Perkhidmatan Pejabat Maya di Malaysia

Virtual Office ServicesIlham bagi mewujudkan pejabat maya kini semakin popular di dalam dunia perniagaan. Pejabat maya merupakan lokasi perniagaan yang hanya wujud di ruang siber. Penubuhan sesebuah pejabat maya membenarkan pemilik perniagaan dan para pekerja bekerja di mana-mana lokasi menggunakan teknologi moden. Jangan risau kerana pejabat maya menawarkan pelbagai kelebihan seperti penjimatan kos dan fleksibiliti berbanding sewaan ruang pejabat tradisional. Lebih banyak perniagaan bersaiz kecil dan sederhana kini berubah dan menyesuaikan diri dengan idea maya demi melakukan perniagaan tempatan dan antarabangsa tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Malah, sebilangan syarikat juga menyediakan perkhidmatan pejabat maya bagi memberikan prestij kepada pejabat-pejabat maya yang sering disediakan pejabat fizikal seperti alamat yang kelihatan mustahak, khidmat menjawab panggilan telefon dan sewaan ruang pejabat dan bilik persidangan yang dilakukan sesekali. Dalam kata lain, teknologi membolehkan usahawan menggapai ke peringkat global dan perniagaan tidak lagi hanya dilakukan di sesuatu rantau.

 

Sambungan Panggilan

Walaupun “pejabat maya” memberi tanggapan penjimatan ruang, aplikasi penuhnya termasuk komunikasi profesional secara langsung. Sambungan panggilan telefon merupakan salah satu ciri menarik di dalam pakej pejabat maya. Apabila anda memilih untuk menubuhkan pejabat maya, khidmat sambungan panggilan telefon sebenarnya mengukuhkan imej profesional anda. Anda akan mendapat nombor telefon perniagaan tempatan dan panggilan anda dijawab dengan nama syarikat anda, dan akan disambung ke mana sahaja anda berada di dunia. Tambahan lagi, anda boleh memilih bagi menyambungkan panggilan anda ke nombor mudah alih di Malaysia/nombor mudah alih antarabangsa atau talian tetap dengan menggunakan perkhidmatan sambungan panggilan telefon kami.

 

Sokongan Bilik Mesyuarat

Bagi kebanyakan perniagaan, akses kepada kemudahan bilik mesyuarat yang dapat menambat hati pelanggan adalah amat penting. Di 3E Accounting, kami menawarkan bilik mesyuarat yang dilengkapi sepenuhnya untuk kegunaan anda. Kami menyediakan akses internet yang pantas dan selamat dengan pasukan sokongan tempatan sedia membantu bagi membolehkan mesyuarat dan pembentangan anda dilakukan seperti yang dirancang.

 

Perkhidmatan Pejabat Maya di Malaysia

Tambahan lagi, lokasi pejabat kami di Menara Centara amat strategik kerana berhampiran perkhidmatan pengangkutan awam. Dalam kata lain, anda boleh memiliki sokongan bilik mesyuarat terbaik dengan harga menarik di 3E Accounting Malaysia!