This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Panduan Memulakan Perniagaan eDagang secara online di Malaysia

Panduan Memulakan Perniagaan eDagang secara online di MalaysiaDunia perniagaan kian beralih ke arah era digital, terutama sejak kebelakangan ini dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Pasaran eDagang merupakan antara segmen pasaran yang berkembang pantas secara global dan kepesatan pertumbuhannya tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa keadaan bakal berubah dalam jangka masa terdekat.

Memulakan perniagaan secara online, sama seperti perniagaan lain, dan ianya tentu hadir dengan pelbagai cabaran dan keuntungan pada masa yang sama. Kunci kejayaan terletak kepada keupayaan memahami hakikat bahawa perniagaan online melangkaui sekadar rekaan laman sesawang dan berharap agar jualan dilakukan melaluinya. Perniagaan eDagang seperti perniagaan lain memerlukan perancangan, masa, pelaburan, kretiviti dan tentu sekali modal sebagai permulaan.

 

Lakukan Penyelidikan Anda

Seperti juga perniagaan lain, memulakan perniagaan eDagang turut memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan penyelidikan dalam usaha memenuhi keperluan pasaran yang anda sasarkan dengan lebih baik. Kunci di dalam mengecap kejayaan termasuklah:

  • Menentukan apa yand anda jual
  • Kenal pasti pasaran yang anda sasarkan
  • Lakukan analisa aliran tunai
  • Kenal pasti kos permulaaan
  • Fahami kerangka perundangan yang terlibat dalam idea perniagaan
  • Pembentukan infrastruktur yang diperlukan

 

Pemerbadanan Syarikat

Perniagaan eDagang perlu diperbadankan seperti juga perniagaan lain. Pemerbadanan sebuah syarikat bermaksud anda mampu meraih keuntungan dari kelebihan struktur yang ditempatkan bagi membantu perniagaan yang merangkumi imej dengan kebolehpercayaan, insentif cukai serta kelangsungan.

 

Zon Dagangan Digital Bebas (Digital Free Trade Zone)

Zon Dagangan Digital Bebas yang lebih dikenali dengan singkatannya DFTZ merupakan inisiatif yang ditubuhkan bagi meraih keuntungan pertumbuhan ekonomi internet yang semakin bercambah di Malaysia. DFTZ membantu aktiviti eDagang rentas sempadan dan memudahcara dagangan rentas sempadan agar lancar bagi membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan dengan memberi keutamaan kepada eDagangan.

Malaysia adalah antara negara pertama yang menggunapakai platform ePerkhidmatan digital ini dan pada masa hadapan, platform digital ini akan disambungkan ke platform serupa di negara lain yang pasti akan mewujudkan perdagangan rentas sempadan menjadi proses lebih mudah. Berita ini tentunya baik untuk perniagaan di sini.

Platform DFTZ di Malaysia direka untuk membantu PKS mengeksport produk mereka secara global pada peringkat yang lebih mudah, dan membolehkan pasaran global mendapatkan produk yang dijual oleh pengeluar dan penjual Malaysia.

DFTZ juga menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab pemenuhan serantau bagi jenama global yang berharap untuk mencapai pembeli ASEAN, memberi rangsangan kepada perniagaan eDagang di Malaysia.

Perniagaan eDagang meraih banyak keuntungan dari DFTZ, iaitu:

  • Membolehkan PKS mendapat akses pasaran kepada pelanggan global
  • Memudahkan dan mempercepat proses pengeluaran kargo
  • Menyediakan sokongan end-to-end untuk perniagaan yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan
  • Rangkaian dan perkongsian pengetahuan untuk membantu memacu inovasi dengan ekosistem dalam talian
  • Memberi akses kepada pemain dalam ekosistem eDagang yang termasuk akses kepada pembiayaan, insurans, pemasaran digital dan banyak lagi
  • Memberi perkhidmatan eFulfilment terulung yang termasuk penggudangan, pemilihan, pembungkusan, pelabelan dan banyak lagi

 

Panduan Memulakan Perniagaan eDagang secara online di Malaysia