This page is also available in: enEnglish (English)

Memulakan Perniagaan Agensi Pelancongan di Malaysia

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan industri yang sentiasa berkembang pesat di negara ini. Lonjakan ketibaan pelancong terutama dengan kehadiran jumlah populasi pelancong dari China dan India, serta pasaran berpendapatan tinggi di Timur Tengah telah menjana pertumbuhan yang diingini bagi sektor pelancongan. Industri pelancongan yang berkembang pantas menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di negara ini dan ramai telah menyedari bahawa industri pelancongan menawarkan peluang perniagaan yang tersembunyi. Agensi pelancongan adalah salah satu perniagaan yang dititikberatkan dalam memacu pertumbuhan pelancongan di Malaysia.

Apakah agensi pelancongan?

Sebagaimana namanya, agensi pelancongan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi pembelian tiket kapal terbang, membuat tempahan hotel, menyediakan itinerari bagi kunjungan (dan pakej pelayaran) dan memberikan maklumat tentang destinasi tertentu.

Bagaimana memulakan perniagaan agensi pelancongan di Malaysia?

Memulakan perniagaan agensi pelancongan di Malaysia adalah berpandukan kepada prosedur umum pemerbadanan syarikat. Pun begitu, terdapat undang-undang dan peraturan tertentu yang membezakan perniagaan agensi pelancongan dengan jenis perniagaan lain di Malaysia. Sebagai rangkuman, disertakan beberapa perkara yang mampu membantu pihak yang berhasrat memulakan agensi pelancongan di Malaysia.

 

1. Fahami undang-undang dan peraturan

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menguatkuasakan akta dan peraturan berikut bagi industri pelancongan:

a) Akta Industri Pelancongan 1992;

b) Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;

c) Peraturan Industri Pelancongan (Perlesenan dan Kawalan Pemandu Pelancong) 1992;

d) Peraturan Industri Pelancongan (Perlesenan Institusi Latihan Pelancongan) 1994;

e) Peraturan Industri Pelancongan (Pengkompaunan Kesalahan) 1992;

f) Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan

g) Peraturan Kenderaan Pelancongan (Perlesenan dan Kawalan Kenderaan Pelancongan) 2000.

2. Dapatkan lesen dan permit tertentu

Penubuhan syarikat dalam industri pelancongan di Malaysia memerlukan beberapa permit perniagaan diperoleh sebelum perniagaan dapat dimulakan. Kementerian mengeluarkan beberapa garis panduan dan senarai semakan bagi mengelakkan kerenah birokrasi di dalam prosedur permohonan.

Di sini adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil sepanjang membuat permohonan:

a) Pastikan anda telah mengetahui selok-belok panduan berhubung agensi pelancongan dan cuba teliti segala yang dirangkumkan panduan tersebut.

b) Kedua, anda perlu mengisi Borang 1 – Permohonan Lesen bagi Menjalankan dan Menguruskan Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan dan hantarkannya bersama dengan yuran pemprosesan berjumlah RM100.00. Beberapa dokumen yang perlu dihantar terkandung di dalam senarai semak permohonan.

c) Sekiranya anda memohon lesen bas persiaran/kereta sewa dan pandu, pastikan anda telah melengkapkan Borang 1 – Permohonan Baru bagi Lesen Bas Persiaran atau Borang 2 – Permohonan Baru bagi Lesen Kereta Sewa dan Pandu dengan bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00. Anda juga dikehendaki mengemukakan dokumen seperti yang disenaraikan dalam senarai semak permohonan. Anda boleh merujuk kepada panduan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur dan dokumen lain yang diperlukan untuk permohonan ini.

3. Daftar syarikat di Malaysia

Menjalankan perniagaan agensi pelancongan sama juga dengan perniagaan lain di negara ini. Satu lagi perkara penting sebelum anda memulakan rancangan perniagaan ialah bagi mendaftarkan serta memperbadankan syarikat anda. Selain itu, anda perlu mendapatkan akaun korporat bagi transaksi perniagaan, maka dapatkan perkhidmatan perakaunan serta perakaunan cukai bagi memastikan perniagaan anda berjalan lancar.

Sebagai nota akhir, memulakan perniagaan pelancongan dari titik mula bukanlah mudah. Jika anda merancang memulakannya dan tidak pasti tentang prosedurnya, sama ada pemerbadanan syarikat atau permohonan perlesenan, jangan berlengah dan terus sahaja menghubungi kami hari ini!