This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Panduan Berurusan di Malaysia ketika Ramadhan

Panduan Berurusan di Malaysia ketika RamadhanMalaysia mempunyai populasi penduduk Muslim yang terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia. Ini bermaksud kalender Islam dituruti terutamanya semasa bulan Ramadhan (atau bulan puasa) dan seterusnya membawa kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketika tempoh ini, cara urusan dilakukan mungkin sedikit berbeza di negara-negara ini.

Sekiranya anda melakukan urusniaga di Malaysia, berikut adalah panduan ringkas bagaimana urusan dilakukan di bulan Ramadhan:

  • Perubahan Waktu Kerja – Sudah tentu amalan rutin populasi penduduk Islam berubah sepanjang bulan puasa, yang bermakna ramai pekerja memilih untuk mengubah waktu bekerjaMajikan amat digalakkan bersifat lebih fleksibel terhadap keperluan pekerja Muslim sebagai langkah amalan inklusif di tempat kerja. Majikan, contohnya, boleh memansuhkan waktu makan tengahari di sepanjang bulan ini bagi membolehkan pekerja pulang sejam lebih awal daripada kebiasaannya.
  • Elakkan Mesyuarat ketika Makan Tengahari dan Sarapan – Komuniti Muslim menghalang diri dari makan atau minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari, dan majikan dinasihati agar sensitif terhadap pekerja yang menahan lapar dan dahaga. Mesyuarat sewajarnya tidak dijadualkan ketika waktu makan tengahari dan sarapan pagi, dengan ianya lebih sesuai dilakukan selepas pekerja telah berbuka puasa.
  • Gunakan ucapan yang sesuai –Ketika bulan puasa, majikan boleh mengutarakan ucapan ringkas “Selamat Berbuka Puasa”. Pada sambutan Hari Raya AIdilfitri, ucapan ringkas yang diutarakan adalah “Selamat Hari Raya” atau “Selamat Aidilfitri”.
  • Keanjalan bagi Hari BekerjaKetika pekerja telah hampir menamatkan tempoh berpuasa dan sambutan Hari Raya bakal menjelma, ramai yang akan memohon cuti panjang untuk kembali ke kampung halaman. Majikan digalakkan memberi pelepasan sekiranya tiada halangan, malah dasar Sumber Manusia perlu dilonggarkan terutama bagi memberi ruang waktu bekerja anjal dan bekerja dari rumah.
  • Kepentingan Waktu Makan MalamKetika bulan puasa, waktu makan malam adalah juga waktu berbuka puasa, yang amat penting bagi pekerja Muslim yang telah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Pekerja Muslim amat mementingkan waktu berbuka puasa dan ianya perlu dilaksanakan pada waktu tertentu pada hari tersebut. Waktu berbuka boleh berubah menurut waktu terbenamnya matahari. Bagi pekerja yang berkerja pada sebelah malam, waktu rehat dan waktu mula bekerja perlu diubahsuai selari dengan perubahan ini. Sesetengah syarikat diketahui menganjurkan majlis berbuka puasa sebagai satu pasukan yang juga menyaksikan kehadiran bos dan pengurus-pengurus.