This page is also available in: enEnglish (English)

Cukai Pendapatan Syarikat di Malaysia

Cukai korporat, atau cukai syarikat, merupakan levi yang diletakkan ke atas keuntungan/pulangan sesebuah syarikat dan ianya berbeza mengikut negara. Sepertimana cukai pendapatan peribadi mampu mempengaruhi tabiat perbelanjaan individu, cukai-cukai korporat juga dapat mempengaruhi cara sesebuah perbadanan melakukan urus niaga.

Panduan Cukai Pendapatan Korporat di Malaysia

Pendapatan daripada Kadar Cukai Korporat merupakan sumber pendapatan penting bagi kerajaan Malaysia. Malaysia mengguna pakai sistem cukai kesatuan atas dasar wilayah. Pemastautin cukai Malaysia, sama ada korporat dan individu, dilevi ke atas keuntungan/pendapatan yang diperolehi atau dijana dari Malaysia atau pendapatan dari luar negara yang dihantar ke Malaysia (kecuali syarikat pemastautin merangkumi operasi perbankan, insurans, pengangkutan laut atau udara serta individu pemastautin). Syarikat di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan korporat, cukai keuntungan harta tanah dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Halaman ini menyediakan anda dengan tinjauan bagi

  1. Pemastautin cukai
  2. Kadar cukai
  3. Sistem Tier Tunggal
  4. Potongan-Potongan Cukai
  5. Insentif-Insentif Cukai

 

Kadar Cukai Pendapatan Korporat Malaysia

Seperti namanya, Kadar Cukai Pendapatan Korporat adalah levi yang dikutip dari syarikat. Amaunnya adalah berdasarkan keuntungan bersih yang diperoleh syarikat semasa menjalankan aktiviti perniagaan mereka, biasanya selama satu tahun perniagaan. Penanda aras merujuk kepada kadar tertinggi bagi Pendapatan Korporat. Kadar cukai korporat untuk syarikat pemastautin dan bukan pemastautin (termasuk cawangan syarikat asing) adalah 20-24%. Purata kadar cukai korporat di Malaysia adalah 26.41% dari tahun 1997 hingga 2018. Dalam usaha membantu entiti perniagaan agar menjadi lebih kompetitif di pasaran, kerajaan Malaysia telah melaksana pengurangan kadar cukai korporat untuk PKS dari 19% hingga 18% ke atas pendapatan bercukai sehingga RM500,000 untuk Tahun Pentaksiran 2017. Anda boleh dapatkan penerangan terperinci bagi Kadar Cukai Pendapatan Korporat Malaysia dari laman sesawang kami.

 

Anggaran Cukai Patut Dibayar di Malaysia

Di Malaysia, syarikat boleh menyemak anggaran cukai pada bulan ke-6 dan ke-9 dalam tempoh asas menggunakan Borang CP204A. Bagaimanapun, mengira anggaran cukai bukan satu tugas yang mudah. Maka persoalan: Bagaimana melakukan kiraan anggaran cukai bagi CP204? telah menjadi salah satu soalan yang paling sering diajukan dalam mengisi Borang CP204. Dalam kata yang lebih mudah, syarikat mesti membuat beberapa andaian dan unjuran berdasarkan keputusan pengurusan tahun semasa untuk mengira kemungkinan cukai yang patut dibayar untuk tahun yang akan datang. Pengiraan adalah penting kerana ia dapat membantu meramalkan apa yang akan berlaku berdasarkan apa yang ada pada masa sekarang. Oleh itu, akaun pengurusan yang sentiasa dikemaskini telah menjadi faktor penting dalam mendapatkan ramalan dan pengiraan yang lebih tepat.

 

Perancangan Cukai Korporat di Malaysia

Berbanding dengan pematuhan atau pelaporan cukai, yang mencerminkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku, “perancangan cukai korporat” adalah aktiviti berpandangan ke hadapan dan merupakan sebahagian daripada penstrukturan strategik operasi perniagaan untuk meminimumkan liabiliti cukai. Secara amnya, aktiviti perancangan cukai korporat berusaha mengelakkan daripada kos cukai yang dicetuskan menurut undang-undang dan bukan langkah yang bercanggah dengan undang-undang untuk mengelakkan kewajiban yang sedia ada dalam membayar cukai. Anda boleh terus membaca bagi mengetahui apakah kedudukan cukai anda dan apa yang bakal mempengaruhi pertimbangan cukai anda.