This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Mengelak Dari Kena Bayar Cukai dan Tidak Membayar Cukai

Tiada siapa yang seronok membayar cukai. Tetapi cukai adalah termaktub di dalam peruntukan undang-undang. Istilah “mengelak dari kena bayar cukai” dan “tidak membayar cukai” mungkin seakan sama, tetapi ia adalah dua konsep yang sangat berbeza. Pada dasarnya, mengelak dari kena bayar cukai menggunakan kaedah yang sah manakala tidak membayar cukai menyalahi undang-undang.

 

Kaedah bagi Mengelak Dari Kena Bayar Cukai

Kaedah-kaedah mengelak dari kena bayar cukai biasanya melibatkan aturan yang bersifat luaran dan tidak mempunyai nilai-nilai komersil serta dirancang bagi mendapatkan sedikit kelebihan yang tidak dimaksudkan oleh Parlimen. Tindakan sebegini mungkin tidak selari dengan semangat undang-undang dan dalam hal ini dianggap tidak patuh.

 

Mengelak Dari Cukai

Mengelak Dari Cukai adalah kesalahan jenayah yang melibatkan salah tafsir secara sengaja berhubung urusan sebenar yang dimaklumkan kepada pihak berkuasa cukai untuk mengurangkan liabiliti cukai dan ini termasuklah penipuan dalam pelaporan cukai, seperti mengisytiharkan kurang pendapatan, keuntungan atau kelebihan daripada jumlah yang sebenarnya diperoleh, atau menggandakan kadar potongan cukai.

 

Tax Avoidance and Tax EvasionMengekang Pengelakan Cukai

Di Malaysia, Akta Cukai Pendapatan merangkumi peruntukan umum dan khusus bagi mengekang Pengelakan Cukai yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengabaikan skim yang tidak wajar secara komersial atau hanya ditubuhkan untuk mengelakkan cukai, serta mengetepikan bentuk undang-undang mereka.

Terdapat dua bahagian dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang merupakan peruntukan anti-pengelakan umum yang dikhususkan untuk digunakan dalam situasi tertentu. Peruntukan ini adalah Seksyen 140, Seksyen 140A dan Seksyen 141 (berkenaan dengan transaksi antara pemastautin dan bukan pemastautin). Seksyen 140 menyatakan keadaan di mana Ketua Pengarah boleh memohon peruntukan anti-pengelakan manakala Seksyen 140A memberikan pandangan lebih lanjut mengenai kuasa Ketua Pengarah untuk menggantikan harga dan tidak membenarkan kepentingan terhadap urus niaga tertentu. Secara umum, peruntukan ini bertujuan untuk menentang atau mencabar skim pencegahan yang “tidak dapat diterima” oleh pihak berkuasa cukai.

Sebaik sahaja transaksi jatuh di bawah ruang lingkup Seksyen 140, Ketua Pengarah boleh:

  • Menganggap pendapatan seseorang dari sumber apa pun sebagai pendapatan orang lain;
  • Menyemak semula liabiliti cukai mana-mana orang atau mengenakan liabiliti cukai ke atas mana-mana orang;
  • Mengeluarkan taksiran atau penilaian tambahan berkenaan dengan mana-mana orang yang diperlukan; dan
  • Membatal hak pembayaran balik cukai atau mengkehendaki pemulangan apa-apa cukai yang telah dibayar balik.

 

Perancangan Cukai

Melihat kepada perkara di atas, adalah penting untuk melaksana perancangan cukai yang sah agar selari dengan semangat undang-undang. Segala urus niaga mesti dilakukan atas alasan komersil dan tidak dengan tujuan mengelakkan atau mengurangkan cukai.

Di 3E Accounting, kami akan bekerjasama rapat dengan anda untuk mengenal pasti strategi cukai yang paling baik dalam organisasi anda dan menguruskan segala pematuhan cukai anda.

Hubungi kami hari ini untuk Perancangan Cukai Pendapatan Korporat di info@3ecpa.com.my dan dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami!