This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

3E Accounting Mencetus Revolusi Selaku Firma Perintis Perakaunan Robotik

Dengan mendakap penggabungan pantas teknologi dalam era digital baharu, 3E Accounting muncul sebagai firma perakaunan PKS pertama di rantau ini yang mengguna pakai teknologi robotik dan melakar perubahan dalam Industri Perakaunan dan Perkhidmatan Profesional, selaku firma perintis perakaunan robotik.

 

Firma Perakaunan Robotik Perintis Asia Pasifik

 

Sebagai menandakan kemunculan sulungnya dalam ruang digital pada 2012, Pengasas Kumpulan 3E Accounting Lawrence Chai telah menubuhkan IT Solution, syarikat teknologi di bawah Kumpulan 3E Accounting, yang menawarkan rangkaian meluas solusi IT dan pemasaran digital untuk menyokong perkhidmatan profesional yang ditawarkan kepada para pelanggan. Pengenalan teknologi inovatif Robotik Berkembar pada 2016 membawa firma ini maju selangkah lagi ke arah penjelmaan semula sebagai firma perakaunan robotik dengan akauntan robotik yang pertama, di samping membuka jalan bagi perkembangan semasa robotik berautomasi dalam perkhidmatan pelaporan kewangan, percukaian dan simpan kira.

Pandemik COVID-19 telah memperakui usaha transformasi digital 3E Accounting dalam saat-saat sukar begini, sedangkan suatu masa dahulu firma yang mengguna pakai kaedah konvensyenal dan yang mendakap teknologi digital tidak banyak berbeza. Pelaburan dalam teknologi telah membolehkan 3E Accounting mengecap hasil perniagaan meluas termasuk aturan kerja anjal lalu membuktikan keuntungannya kepada syarikat ini. Ia membolehkan 3E Accounting merentas sempadan geografi dengan peluasan ke luar negara serta menjadi asas dan landasan untuk perancangan kesinambungan perniagaan dan operasi tanpa henti ketika pandemik hari ini. Selain itu, teknologi automasi pintar tersebut, yang telah meningkatkan inovasi dan produktiviti pekerja, turut membolehkan 3E Accounting kekal mendahului para pesaing utamanya dalam Industri Perakaunan dan Perkhidmatan Profesional.

Pelan Induk Digital 3E Accounting

Pengasas 3E Accounting dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Lawrence Chai membentuk pasukan Pembangunan dan Penyelidikan Digital (DR&D) firma ini bagi memacu pembangunan dalam bidang pertumbuhan teknologi baru seperti Automasi Proses Robotik (RPA), Pembelajaran Mesin (ML) serta Kecerdasan Buatan (AI) pada 2019. Satu Pelan Induk Digital telah diformulasi bagi menjangkakan trend masa hadapan industri, mengenal pasti cabaran utama dan melakar peta jalan atau roadmap bertindak.

 

Pelan Induk Digital Perakaunan 3E

 

Ke Arah Pendigitalan Sepenuhnya

Sepanjang tempoh 15 bulan penubuhannya, pasukan DR&D telah menghasilkan Transformasi Digital dalam syarikat ini. 3E Accounting dilengkapi sepenuhnya bagi melaksanakan proses penubuhan syarikat, perakaunan, percukaian, sumber manusia dan perkhidmatan kesetiausahaan secara digital untuk para pelanggan. Proses penubuhan syarikat yang secara tipikal memerlukan tempoh dua hari untuk diselesaikan dari segi ketekunan sewajarnya dan kertas kerja telah dipendekkan secara signifikan kepada tempoh satu jam hasil daripada penggunaan teknologi.

Dengan sokongan robot berautomasi, pekerja 3E Accounting mampu menyalurkan semula masa dan usaha mereka ke arah kerja rutin asas bagi memfokuskan kepada penghasilan nilai yang lebih tinggi untuk para pelanggan. Tambahan lagi, melalui pendigitalan, 3E Accounting dapat bergerak ke arah 100% digital dan sifar kertas melalui penggunaan solusi awan dan automasi, lantas menyaksikan 50% peningkatan produktiviti syarikat. Pelaksanaan alatan digital dan teknologi robotik telah banyak menjimatkan masa dan tenaga kerja, membolehkan 3E Accounting menyokong kumpulan pelanggan yang jauh lebih besar dan memberi kelebihan 4 kali ganda berbanding rakan setugas dalam industri.

 

Perakaunan 3E Merevolusikan Industri Perkhidmatan Profesional dengan Perakaunan Robotik

 

Transformasi Digital dalaman 3E Accounting telah membolehkan hubungan rentas sempadan, di mana alatan digital seperti sidang video, Rangkaian Peribadi Maya (VPN) dan Telefon Protokol Internet (IP) digunakan sebagai saluran interaktif yang membolehkan sokongan tepat pada masanya kepada pelanggan walaupun terdapat halangan geografi.

3E Accounting secara aktif memberi komitmen kepada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menawarkan sokongan kewangan dan menyumbang kemahirannya dalam pendigitalan dan teknologi demi kebajikan. Usaha-usaha ini tidak tergugat meskipun di saat ekonomi yang mencabar sebegini yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Dalam usaha menggalakkan budaya membantu sesama kita, 3E Accounting menggalakkan para pemegang taruhnya, pekerjanya, pelanggannya serta rakan-rakan PKS agar menyumbang dalam apa sahaja bentuk yang sesuai bagi menjamin kehidupan golongan yang terjejas dalam masyarakat.

Kelebihan Pendigitalan kepada 3E Accounting

Pelaburan dalam teknologi dan pendigitalan ke atas operasinya telah membolehkan 3E Accounting meraih pelbagai keuntungan seperti aturan kerja anjal, peningkatan daya pengeluaran, pengumpulan bakat dan penjanaan penjimatan kos yang lebih tinggi. Pendigitalan, yang telah membolehkan firma ini secara aktif menerapkan keseimbangan dalam kerjaya-kehidupan dengan skim kerja-anjal dan masa-anjal, di samping pencapaian 3E Accounting yang diiktiraf, merupakan faktor penyumbang dalam menarik bakat-bakat terbaik untuk menyertai 3E Accounting.

Sokongan teknologi telah memberikan pekerja firma ini memperoleh fleksibiliti untuk melakukan tugasan dari rumah, dan ianya telah terbukti mustahak dalam transisi 3E Accounting kepada aturan mandatori bekerja-dari-rumah (WFH) ketika perintah kawalan pergerakan peringkat kebangsaan akibat COVID-19.

Pelaburan dalam infrastruktur IT dan robotik telah memberikan kelebihan besar yang berdaya saing. Pengenalan teknologi telah meningkatan daya pengeluaran pekerja serta penambahan nilai bagi para pelanggan, lantas menyaksikan rekod cemerlang 99% kepuasan pelanggan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Kerana pelanggan 3E Accounting mendapat jaminan terbaik bahawa mereka akan dibantu golongan profesional berpengalaman dengan kemahiran meluas di bidang kewangan, percukaian, korporat serta rejim perundangan, firma ini telah menyokong lebih daripada 4,000 PKS melalui tawaran perniagaannya sejak ianya ditubuhkan.

Membina Masa Depan besama Robotik

Dengan mengadaptasi kepada kemunculan teknologi robotik, impian 3E Accounting ialah bagi membina masa depan firma perakaunan dan perkhidmatan profesional di mana robot pintar akan digunakan ketika melaksana tugasan dan berkolaborasi dengan rakan sejawat manusia. Teknologi inovatif ini memberi kelebihan besar kepada firma ini dari segi meningkatkan daya saing, kecekapan operasi yang lebih tinggi dan penghasilan nilai yang dipertingkatkan untuk pemegang taruh dalaman dan luaran 3E Accounting.

Perakaunan 3E Merupakan Syarikat Perakaunan Terunggul dalam Industri 4.0

Pada 2020, 3E Accounting telah menyempurnakan transformasi perniagaan dan digital kepada firma perakaunan robotik, dengan selesainya Robot Automasi Proses Robotik (RPA) serta Robot Laporan Kewangan, yang dapat menjimatkan 90% masa yang dihabiskan untuk tugasan, lantas membolehkan 3E Accounting menjadi akauntan robotik yang akan berkembang pesat di masa hadapan.

Pelancaran Robot Automasi Proses Robotik (RPA) 3E Accounting

Robot RPA yang disesuaikan mampu melakukan tugasan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk mengumpul dan menganalisis data, memasukkan data ke aplikasi lain dan mengawal aplikasi komputer meja seperti Excel dan Pelayar Chrome untuk melihat set unik maklumat pelanggan dengan tujuan mengenal pasti isu pulangan cukai pendapatan dan memeriksa pulangan cukai tertunggak pelanggan melalui laman sesawang secara automatik. Menggunakan data excel berkaitan Nombor Rujukan Cukai yang diperoleh secara robotik, proses automasi telah diprogram untuk memilih Tahun Pentaksiran dengan tepat dan menyelesai Captcha tanpa sebarang input manusia secara manual. Proses ini membantu dalam memperoleh dan menjadualkan maklumat pelanggan dalam fail excel dengan automatik. Robot RPA akan meningkatkan tahap pengeluaran dan kecekapan 3E Accounting kerana ia mengurangkan masa yang diperlukan untuk melakukan tugasan berulang secara dramatik.

Pelancaran Robot Laporan Kewangan 3E Accounting

3E Accounting telah mencipta Robot Laporan Kewangan yang memerlukan input manusia secara minimum, bagi menghasilkan laporan kewangan yang selari dengan standard laporan kewangan tempatan dalam tempoh 30 saat. Solusi teknologi berkuasa ini meningkatkan pengeluaran firma pada kadar 90% dalam tempoh jangka panjang kerana pengurangan signifikan dalam tempoh purata masa sebanyak 5 ke 8 jam kepada hanya 30 saat bagi setiap penyata kewangan. Selain itu, Robot Laporan Kewangan menangani cabaran dalam sektor perakaunan, termasuk tugas memasukkan data yang pelbagai dan leceh, dan mengurangkan kesalahan akibat kecuaian manusia dengan ketara. Teknologi robotik ini dibangunkan oleh pasukan Digital R&D melalui teknologi AI, pembelajaran mesin yang diprogramkan serta menggabungkan pemprosesan bahasa semulajadi dalam perisian penjanaan penyata kewangan bagi memilih data dalam format berbeza. Dengan input manusia merangkumi sekadar baki percubaan dan Penyata Untung dan Rugi, perisian ini akan secara automatik menganalisis, mempelajari dan mengesahkan data sebelum menterjemahnya ke dalam laporan kewangan. Dengan lonjakan kuantum ini, peranan Akauntan berubah ke arah fokus lebih ketara dalam aktiviti menghasilkan nilai seperti kerja penasihat kewangan, menganalisis data kewangan bagi memperoleh kaedah untuk pelanggan meningkatkan kewangan perniagaan pada hari ini, dan merancang masa depan dengan strategik.

Setelah mencapai tranformasi digital penuh dalam operasinya, 3E Accounting mengakui kelemahan dalam integrasi Internet lalu membangunkan Robot Pengesan Frod untuk membantu melindungi aset digitalnya, serta data dan maklumat pentingnya daripada ancaman penggodam siber. Dengan peningkatan kes serangan siber ke atas perniagaan semakin mencetus kebimbangan terutama dalam usaha pendigitalan yang dipercepatkan di peringkat global, Robot Pengesan Frod 3E Accounting merupakan ciptaan penting demi melindungi firma dan pelanggannya daripada niat jahat para penjenayah dan penyerang siber.

Pelancaran Robot Pengesan Frod 3E Accounting

3E Accounting menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem operasinya bagi mengenal pasti emel bersifat spam, seperti emel phishing serta yang mengandungi perisian hasad (malware) serta ransomware. Emel sebegini ditapis lalu diarahkan ke sistem spam berpusat 3E Accounting dan tidak sampai ke peti masuk peribadi kakitangan. Sebagai tambahan perlindungan kakitangan individu daripadi emel yang meragukan, 3E Accounting membangunkan Robot Pengesan Frod yang menggunakan teknologi AI untuk melakukan tapisan tepat dan pintar yang menghalang hampir 99% emel bercirikan phishing, frod dan spam setiap hari. Pasukan Digital R&D menjalankan ujian dummy setiap hari dengan menghantar emel spam yang dihasilkan mereka kepada robot bagi memastikan keberkesanannya tidak dikompromi. Sepanjang 12 bulan lalu, robot ini telah mencapai jejak rakam yang mengagumkan dengan tiada satupun emel spam sampai ke pengguna (kakitangan). Ini melindungi perisian syarikat daripada infiltrasi dan melindungi data serta maklumat syarikat daripada digodam penjenayah dengan niat yang hasad.

Robot Pengesan Frod bukan sekadar membantu 3E Accounting menguruskan risiko frod secara dalaman, ia juga berperanan melaksanakan fungsi penting dalam membantu pelanggan. Integrasi dalaman sistem dengan Robot Laporan Kewangan 3E Accounting memberikan 3E Accounting keupayaan menghantar amaran tentang akaun dengan risiko frod, seperti akaun bank dengan jumlah tunai yang sangat besar. Penggunaan teknologi robotik memastikan 3E Accounting akan memberi perhatian khusus kepada buku lejer umum dan dokumen sokongan dari akaun yang diberi tanda amaran untuk menyaring transaksi yang luar biasa. Sekiranya terdapat entri yang menimbulkan syak, pengurus akaun utama akan memaklumkan pelanggan dan menyiasat asal usul kegiatan yang berpotensi menjadi frod.

Robot Percukaian dan Robot Simpan Kira akan Dibangunkan

3E Accounting sedang membangunkan dua lagi robot bagi meningkatkan kecekapan firma dan membawa nilai lebih tinggi kepada pelanggan. Robot Percukaian akan dilancar secara rasmi pada 2021 manakala Robot Simpan Kira disasarkan akan terhasil pada 2022. Selaku firma peneraju robot perakaunan dan robotik perakaunan dalam Industri 4.0, 3E Accounting akan terus membina robot dan menyasarkan pelaksanaan penuh AI dalam proses perniagaan menjelang 2025 di samping menampilkan robot humanoid menjelang 2028. Kesemua teknologi AI ini akan menambah pengeluaran firma pada kadar 99%. 3E Accounting telah mula melakukan penyelidikan dan meninjau projek kolaborasi robotik humanoid berpotensi dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha menghasilkan pelan transformasi AI.

Aplikasi Teknologi Robot Percukaian

Robot Percukaian akan diprogram dengan teknologi pembelajaran mesin bagi melakukan tugasan AI termasuk automasi bagi penyediaan Pengiraan Cukai dan borang Pulangan Cukai Pendapatan selari dengan peraturan percukaian menggunakan input yang dimuatnaik bagi Penyata Kewangan dan Daftar Aset Tetap. Teknologi Robot Percukaian ini akan menghasilkan penjimatan masa signifikan untuk setiap Pengiraan Cukai dan penyediaan Borang, seterusnya meningkatkan pengeluaran dan keuntungan firma pada kadar 90% dalam tempoh jangka panjang.

Mencipta Robot Simpan Kira

Robot Simpan Kira akan mengaplikasi automasi bagi menggunakan teknologi Pengenalan Karakter Secara Optik (OCR) serta teknologi Pembelajaran Mesin untuk menukar pembelian yang diimbas dan juga dokumen invois jualan yang hadir dalam beberapa format kepada akaun dan data kewangan yang dapat disunting dan mudah dicari, serta menyalinnya secara automatik ke dalam entri jurnal kewangan selari dengan pembentangan dan pendedahan Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) – semuanya tanpa memerlukan penglibatan manusia. Dengan memanfaatkan automasi berkuasa dan teknologi kecerdasan buatan, robot simpan kira memperkasa akauntan bagi penyediaan entri jurnal kewangan secara lebih berkesan. 3E Accounting mampu meningkatkan kecekapan operasi di samping mengurangkan kecenderungan kesilapan manusia dalam dokumentasi salinan keras dan tugasan memasukkan data yang berulang serta leceh.

 

Mencipta Pusat Data Offsite untuk Daya Tahan Perniagaan

Setelah 10 tahun 3E Accounting memberi khidmat kepada pelanggan dengan cemerlang, firma ini kini dalam proses mencipta pusat data luar tapak (offsite) untuk perniagaan berdaya tahan. Objektif utama pusat data ini ialah memusatkan perkongsian operasi dan kelengkapan IT dalam penstoran, pemprosesan dan penyebaran data serta aplikasi, dengan menyasarkan peningkatan produktiviti yang berganda melalui teknologi di samping membolehkan penyaluran sokongan teknologi yang tepat pada masanya untuk para pelanggan.

3E Maya

Pusat Data Selamat 3E Accounting akan menempatkan kembar digital untuk setiap aset digitalnya yang paling kritikal dan sensitif bertujuan memastikan kesinambungan perniagaan dalam operasi seharian dan melindungi daripada gangguan perniagaan di masa hadapan. Ini amat kritikal kerana firma ini terlibat dengan teknologi canggih seperti AI dan pembelajaran mesin, yang memerlukan memori besar dan kuasa pemprosesan untuk beroperasi. 3E Maya ditempatkan dalam fasiliti pusat data fizikal dilengkapi dengan pelayan berkuasa tinggi demi daya tahan perniagaan, aplikasi yang kritikal dalam perniagaan serta maklumat data perusahaan dengan salinan dan backup

 

Firma Perakaunan Robotik Perakaunan 3E

 

Pelaburan Besar dalam Technologi

Dengan kepercayaan penuh bahawa teknologi akan mentransformasi lanskap perniagaan, 3E Accounting telah melabur lebih daripada $2.0 juta dalam penyelidikan dan pembangunan robotik automasi dan infrastruktur IT. Meskipun tidak memanfaatkan dana kapitalis teroka, Perakaunan 3E telah membuat lonjakan besar dalam pengembangan teknologi.

Ketika firma meraikan permulaan trajektori sebelas berganda pada 2021 dan seterusnya, firma ini sedang meninjau pilihan permodalannya dan tidak mengelak mempertimbangkan pembiayaan Pra-Siri A melalui pasaran ekuiti persendirian untuk memperluaskan kumpulan pelanggan dan penawaran produknya dalam robotik canggih.

“COVID-19 telah menukar corak permainan dalam perniagaan. Ia telah memperakui usaha transformasi digital 3E Accounting, dan memberikan dorongan yang lebih kuat kepada cita-cita kami untuk menjadi firma perakaunan robotik dan akauntan robotik. Untuk mengukuhkan daya tahan perniagaan, saya melabur dalam pusat data offside saya sendiri. Pusat Data Selamat 3E Accounting akan menempatkan salinan digital bagi aset digital paling kritikal dan sensitif kami demi memastikan kesinambungan perniagaan operasi harian kami serta melindungi daripada gangguan perniagaan di masa hadapan.”

Lawrence Chai
Pengasas & Ketua Pegawai Teknologi
Kumpulan 3E Accounting