This page is also available in: enEnglish (English)

Permohonan Pas Pekerja di Malaysia

 

Yuran Pakej bagi Permohonan Pas Pekerja

Pakej Tersedia Bayaran (RM)
tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan
Permohonan Pas Pekerja @ RM 5,000
Permohonan Pas Tanggungan * @ RM 3,500
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang ** @ RM 3,500

 
Bagi sebarang pertanyaan tentang permohonan pas pekerja, sila ambil maklum bahawa terdapat yuran perundingan awalan sebanyak RM500 yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kami memproses perundingan tersebut, kerana keperluan penyelidikan mendalam bagi setiap kes, dan Perunding Kanan kami akan berbincang dengan anda sebaik bayaran diterima. Ini turut terpakai bagi pertanyaan melalui emel, telefon ataupun kunjungan ke pejabat kami.

Untuk membolehkan kami meneruskan mesyuarat perundingan awal dengan bayaran minimum RM500, anda mesti memiliki sebuah syarikat yang telah diperbadankan lebih dari 1 tahun dan melanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami.

Berdasarkan pemerhatian kami yang lepas, kadar yang berjaya untuk syarikat yang diperbadankan dengan kurang daripada 1 tahun biasanya sangat tipis. Selain itu, proses tersebut adalah rumit. Oleh itu, anda dikehendaki melanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami untuk memudahcarakan kami untuk terus memahami terlebih dahulu tentang latar belakang syarikat anda.

* Bagi suami isteri, kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, anak angkat yang sah di bawah umur 18 tahun, atau ibu bapa

** Bagi ibu bapa/ibu bapa mertua, kanak-kanak berumur 18 tahun ke atas, atau anak angkat yang sah di atas umur 18 tahun

@ Yuran yang disebutkan di atas tidak termasuk perbelanjaan sebenar dari segi yuran kerajaan, yuran terjemahan dan lain-lain. Sila maklum bahawa kelulusan permohonan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa imigresen.

@@ Anda perlu melanggan perkhidmatan kesetiausahaan tahunan kami sebelum kami membantu permohonan pas pekerja

Pas Pekerja adalah permit pekerjaan yang membolehkan ekspatriat bekerja dengan organisasi di Malaysia. Pas tersebut tertakluk kepada kontrak pekerjaan (sehingga 60 bulan). Jawatankuasa Ekspatriat atau pihak berkuasa berkaitan perlu memberi kelulusan kepada bakat asing bagi mengisi jawatan sebelum Pas Pekerja ekspatriat dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Para ekspatriat hanya dibolehkan bekerja dengan syarikat yang dinamakan di dalam Pas Pekerja. Sekiranya mereka bertukar syarikat, permohonan baharu perlu dibuat.

Pasa masa ini, terdapat sekatan bagi jumlah pekerja asing yang boleh diambil bekerja oleh syarikat di Malaysia. Sekiranya mana-mana syarikat di Malaysia berhasrat mengambil pekerja asing, Syarikat perlu membuktikan kepada kerajaan potensi pekerja dan jawatan mereka adalah mustahak serta jawatan tersebut tidak dapat diisi pekerja tempatan. Kuota perlu dipohon dari Jabatan Imigresen sebelum anda meneruskan permohonan pas pekerja.

Khidmat kami merangkumi

  • Maklumat pra-permohonan dan nasihat tentang Pas Pekerja
  • Pemfailan permohonan Pas Kerja
  • Mengesan status permohonan sementara ia masih diproses
  • Berhubung dengan pegawai imigresen secara terus apabila perlu
  • Memberi maklumbalas kepada permintaan bagi maklumat tambahan apabila perlu
  • Mengatur pemberian Pas Pekerja selepas diluluskan
  • Pemfailan rayuan

Pertama, anda perlu memeriksa samada syarikat anda layak memohon Pas Pekerja Ekspatriat. Syarat-syarat utama diterangkan di bawah:

Keperluan Modal Saham

EKUITI MODAL BERBAYAR
100% Milik Tempatan RM250,000
Usahasama (kadar minima ekuiti asing 30%) RM350,000
100% Milik Asing RM500,000
Syarikat milik asing (dengan ekuiti asing 51% ke atas) yang beroperasi dalam sektor Pemborongan, Peruncitan dan Perdagangan (WRT) (keperluan mandatori bagi menghantar lesen WRT, sekiranya berkenaan).

Sila rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk panduan permohonan lesen WRT

RM1,000,000
Syarikat milik asing (ekuiti asing pada kadar 51% ke atas) yang terlibat dalam sub sektor perkhidmatan tidak terkawal perlu merujuk kepada Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi garis panduan permohonan untuk mendapatkan kelulusan.

 

Jenis-Jenis Pas Pekerja dan Syarat Gaji Minima

Terdapat 4 jenis pas pekerja seperti berikut:

– Pas Pekerja (EP) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya RM 10,000 dan Pemohon mesti mempunyai kontrak pekerjaan yang sah sekurang-kurangnya 5 tahun

– Pas Pekerja – Kategori II (EPII) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya RM 5,000 sehingga RM 9,999 dan Pemohon mempunyai kontrak pekerjaan yang sah 2 tahun

– Pas Pekerja – Kategori III (EPIII) – untuk pemohon yang memperoleh gaji bulanan tetap antara RM3,000 hingga RM4,999 dan tempoh kontrak tidak melebihi 12 bulan.

Keperluan Kelulusan Pihak Berkuasa

Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk memohon Kategori III dikehendaki mengemukakan surat untuk mendapatkan pengecualian daripada syarat minimum gaji sebanyak RM5,000 daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Terdapat beberapa Agensi yang bertanggungjawab untuk meluluskan dan menyokong jawatan ekspatriat dalam sektor yang berkaitan. Syarikat diberi bantuan mengikut sektor industri masing-masing.

Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Agensi Pengesahan perlu mengemukakan surat kelulusan dari Agensi berkenaan untuk setiap permohonan Pas Pekerja (Kategori I, II dan III).

Syarikat dalam sektor di bawah bidang kuasa Badan Pengawalseliaan dikehendaki mengemukakan surat sokongan dari Badan yang berkenaan untuk setiap permohonan Pas Pekerja (Kategori I, II dan III).

Sektor yang tidak dikawalselia – Syarikat-syarikat dalam sektor yang tidak dikawalselia (tidak di bawah bidang kuasa Agensi Pengesahan atau Badan Pengawalselia) dikehendaki mengemukakan surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan pengecualian dari syarat minimum gaji sebanyak RM5,000.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Kelulusan yang Diperlukan Untuk Permohonan Pas Pekerja

Kriteria Kelayakan Permohonan Pas Pekerja

Bagi Ekspatriat/Pekerja Berpengetahuan/Berkemahiran

  • Ijazah dan ke atas, dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman di bidang berkaitan
  • Diploma, dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman di bidang berkaitan
  • Sijil Teknikal atau setaraf,  dengan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman di bidang berkaitan

Bagi Pemegang Saham

  • Pemegang saham perlu ekuiti minima 30% dalam syarikat; DAN
  • Mestilah Pengarah syarikat yang berdaftar dengan SSM DAN/ATAU menjawat jawatan penting dalam syarikat

Syarat Tempoh Cooling-Off

  • Para pemegang pas EP III yang telah memperbaharui sebanyak 2 atau 3 kali berturut-turut PERLU meninggalkan negara dan berkhidmat selama 3 bulan tempoh cooling-off bagi membolehkannya memohon EP III sekali lagi. Pengecualian diberi kepada penukaran dari EP III kepada EP I/II
  • Para pemegang EP III yang bertukar majikan PERLU   meninggalkan negara dan berkhidmat selama tempoh 3 bulan sebagai cooling-off sebelum layak memohon EP II dengan majikan berbeza

Sektor TIDAK dibenarkan memohon Pas Pekerja

  1. Pasaraya / pasar mini (kurang dari 3,000 kaki keluasan tapak jualan)
  2. Kedai runcit / vendor umum
  3. Kedai serbaneka (yang beroperasi 24 jam)
  4. Agensi berita dan stor barangan rencam
  5. Dewan perubatan (menjurus kepada perubatan alternatif termasuk barangan makanan kering)
  6. Stesen minyak dengan kedai serbaneka
  7. Stesen minyak tanpa kedai serbaneka
  8. Stor pasar basah kekal
  9. Stor kaki lima kekal
  10. Kepentingan Strategik Negara
  11. Tekstil, restoran (tidak eksklusif), bistro, kedai emas
  12. lain-lain

Maklumat diperlukan

Sila pastikan anda memiliki semua dokumen di bawah sebelum meneruskan pendaftaran:

  1. Salinan MyKad dan paspot bagi semua pengarah syarikat.
  2. Profil Syarikat
  3. Salinan bil telefon syarikat
  4. Perjanjian Sewaan/Perjanjian Jualan & Pembelian (S&P)
  5. Cetakan e-SSM
  6. Borang 9 SSM
  7. Borang 24 SSM
  8. Borang 49 SSM
  9. Penyata Kewangan Terkini
  10. Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan – jika berkenaan (contohnya Lesen Premis Perniagaan)
  11. Lesen perniagaan lain (Rujuk Lampiran A, atau lain-lain dokumen sokongan)
  12. Surat pengecualian dari syarat gaji minima RM5000 (terpakai bagi syarikat yang mahu memohon Pas Pekerja (Kategori III) sahaja)
  13. Lain-lain dokumen yang diminta secara khusus

*Nota: Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 perlu disahkan tulen oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Garis Masa

Selepas semua dokumen yang diperlukan dikemukakan, proses akan mengambil masa selama 14 hari. Proses pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:

Langkah 1: Cipta akuan (pendaftaran atas talian)

Langkah 2: Hantar permohonan atas talian

Langkah 3: Permohonan diproses Imigresen

Langkah 4: Pemberitahuan status

Langkah 5: Pengaktifan syarikat

Tempoh memproses mungkin berlanjutan selama 3 bulan atau lebih kerana permohonan tidak lengkap atau syarat penilaian tambahan.

 

Pautan berkaitan:
Pengambilan Kerja Ekspatriat di Malaysia
Ringkasan Proses Imigresen
Syarat Modal Berbayar Syarikat
Syarat bagi Memohon Pas Pekerja Ekspatriat
Kelulusan yang diperlukan Permohonan Pas Pekerja
Senarai Jawatan Tidak Boleh Dipohon bagi Jawatan Ekspatriat